09/10/2026
🏎️ MEDICAL STANDBY – FORMULA ONE GULF AIR BAHRAIN GRAND PRIX IN MALAYSIA 2026 🏥
Dimaklumkan bahawa Pelatih Pengkhususan Lanjutan Subspeciality Pre-Hospital Care (Cohort 15) dari ILKKM Seremban (Pembantu Perubatan) telah terlibat dalam penugasan Medical Standby sempena Formula One Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 yang berlangsung di Sepang International Circuit (SIC) pada 1 hingga 4 Oktober 2026.
Penugasan ini dilaksanakan bersama Penyelaras, En. Md. Shahrizan, sebagai sebahagian daripada pendedahan dan pengalaman klinikal pelatih dalam pengurusan perkhidmatan perubatan prahospital, khususnya dalam situasi acara berskala besar dan berisiko tinggi.
Turut bersama dalam penugasan ini ialah:
Dr. Annuar Muhammad Zuljamal bin Osman
Coordinator, Public Medical Service
F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen, kerjasama dan profesionalisme yang diberikan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan Medical Standby sepanjang program berlangsung.
👏 Tahniah kepada semua pelatih Subspeciality Pre-Hospital Care (Cohort 15) atas peluang, pengalaman dan komitmen yang ditunjukkan.
ILKKM SEREMBAN (PEMBANTU PERUBATAN)
Melahirkan Pembantu Perubatan yang kompeten, profesional dan berdaya saing.