IKTBN Sepang

IKTBN Sepang Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang (IKTBN Sepang) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Kemudahan sukan dan riadah
7.
(1)

Institut ini terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor dan telah beroperasi sepenuhnya mulai bulan Mei 1990. Kemudahan yang disediakan kepada Pelajar :-

1. Tempat tinggal percuma (Asrama)
2. Makan dan minum sepanjang tempoh latihan
3. Pakaian seragam untuk latihan
4. Wang saku RM100 / RM 200.00 sebulan
5. Perubatan percuma di hospital dan klinik kerajaan
6. Bengkel mesin konvension

al dan mesin kawalan berkomputer (CNC)
8. Makmal latihan komputer dan kawalan Numerical Komputer. Makmal elektronik, elektrik dan hidraulik
9. Kemudahan wifi percuma

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN IKTBN SEPANG KE KEJOHANAN SUKAN ILKBS KE 38Sepang, 11 Mei 2026 - Majlis Penyerahan B...
12/05/2026

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN IKTBN SEPANG KE KEJOHANAN SUKAN ILKBS KE 38

Sepang, 11 Mei 2026 - Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen IKTBN Sepang ke Kejohanan Sukan ILKBS kali ke 38 telah disempurnakan oleh Pn Hamizatul Azura Binti Hamzah, Pengarah IKTBN Sepang sebagai simbolik pelepasan kontinjen IKTBN Sepang yang akan bertanding di IKTBN Chembong bermula dari 11 Mei sehingga 14 Mei 2026.

Majlis ini menjadi pemangkin semangat kepada para atlet IKTBN Sepang dalam membawa cabaran institut serta mengharumkan nama IKTBN Sepang untuk kejohanan tersebut.

Semoga kontinjen IKTBN Sepang berjaya mencipta kecemerlangan dan mencapai kejayaan dalam Kejohanan Sukan ILKBS kali ke 38.



SEMINAR KEFAHAMAN EKSTREMIS DAN PENYELEWENGAN AKIDAH DALAM KALANGAN PIMPINAN PELAJAR IPT NEGERI SELANGORShah Alam,8 Mei ...
10/05/2026

SEMINAR KEFAHAMAN EKSTREMIS DAN PENYELEWENGAN AKIDAH DALAM KALANGAN PIMPINAN PELAJAR IPT NEGERI SELANGOR

Shah Alam,8 Mei 2026 - Seramai 10 orang pelajar bersama seorang pegawai pengiring telah menyertai Seminar Kefahaman Ekstremis dan Penyelewengan Akidah Dalam Kalangan Pimpinan Pelajar IPT Negeri Selangor serta sesi dialog bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang diadakan di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada para pelajar berkaitan ancaman fahaman ekstremis serta penyelewengan akidah yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat masa kini.

Selain itu, seminar ini turut membuka ruang dialog dan perkongsian ilmu secara langsung bersama pihak JAIS dalam usaha memperkukuhkan jati diri, pemikiran kritis dan kefahaman Islam yang sebenar dalam kalangan mahasiswa.

Semoga penglibatan dalam program ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada para peserta untuk terus menjadi pemimpin pelajar yang berilmu, berintegriti dan berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sahih.

KEJOHANAN SUKAN ILKBS KE-38 TAHUN 2026 Jom semarakkan semangat kesukanan, perpaduan dan daya saing‼️Semarakkan semangat ...
08/05/2026

KEJOHANAN SUKAN ILKBS KE-38 TAHUN 2026

Jom semarakkan semangat kesukanan, perpaduan dan daya saing‼️

Semarakkan semangat juara 🏆

📅 11 – 14 Mei 2026
📍 Perkampungan Sukan @ IKTBN Chembong

Acara yang akan dipertandingkan :
🏸 Badminton
⚽ Bola Sepak
🤾 Bola Baling
🏐 Bola Tampar
🎳 Bowling
🏎️ Go Kart
🏀Sepak Takraw

Jom kita gegarkan SUKAN ILKBS KE-38 ini dengan semangat luar biasa Team IKTBN SEPANG 💪🏻




MAJLIS RINGKAS AMANAT PENGARAH DAN PELEPASAN PESERTA WSMB PERINGKAT AKHIR 2026Sepang, 6 Mei 2026 - “Anda semua adalah ya...
06/05/2026

MAJLIS RINGKAS AMANAT PENGARAH DAN PELEPASAN PESERTA WSMB PERINGKAT AKHIR 2026

Sepang, 6 Mei 2026 - “Anda semua adalah yang terbaik” antara bait kata daripada Puan Pengarah, Hamizatul Azura binti Hamzah buat peserta-peserta WSMB Peringkat Akhir 2026 IKTBN Sepang dalam sebuah majlis ringkas yang berlangsung di Bilik Puan Pengarah. Kata-kata tersebut menggambarkan betapa hebatnya para peserta kali ini dalam mengetepikan perasaan takut, rasa tidak yakin dan gemuruh dalam menghadapi pertandingan akhir tahun ini. Keberanian sebegini sangat-sangat diperlukan bagi meningkatkan keyakinan dalam diri.

Puan Pengarah juga turut menyampaikan kata-kata perangsang dan semangat buat semua peserta, beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penyelaras, jurulatih serta urusetia yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha menyertai pertandingan pada tahun ini.

Semoga ada sinar pingat lagi pada tahun ni.
Ayuh Sepang ‼️



PERSEDIAAN SEPANG ROBOT MENUJU YOUTH ROBOT CHALLENGE 2026Bukit Mertajam, 5 Mei 2026 – Pasukan Robot IKTBN Sepang menyert...
05/05/2026

PERSEDIAAN SEPANG ROBOT MENUJU YOUTH ROBOT CHALLENGE 2026

Bukit Mertajam, 5 Mei 2026 – Pasukan Robot IKTBN Sepang menyertai Bengkel Pembangunan Soccer Robot pada 4–5 Mei 2026 di IKTBN Bukit Mertajam sebagai persiapan menghadapi Youth Robot Challenge 2026 pada Julai ini.

Bengkel ini memberi pendedahan menyeluruh merangkumi rekabentuk robot, asas pembinaan hardware, sistem kawalan serta penyelenggaraan robot. Dalam masa sama, ia menjadi platform pertukaran idea dan pengalaman bersama institusi lain, sekali gus mengukuhkan jaringan kolaborasi dalam bidang robotik.

Sepang Robot bersedia mencabar pentas, membawa semangat inovasi dan kemahiran ke tahap lebih tinggi!



ANUGERAH TOKOH PEKERJA NEGARA PERKHIDMATAN AWAM 2026 (KUMPULAN PELAKSANA)Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. ...
01/05/2026

ANUGERAH TOKOH PEKERJA NEGARA PERKHIDMATAN AWAM 2026 (KUMPULAN PELAKSANA)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Ts. Dr. Thinakaran a/l Narayanan atas penganugerahan Anugerah Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Kumpulan Pelaksana) sempena Sambutan Hari Pekerja 2026.

Pengurusan IKTBN Sepang menzahirkan rasa bangga dan penghargaan atas pencapaian cemerlang ini yang mencerminkan tahap profesionalisme, komitmen tinggi serta dedikasi yang luar biasa dalam perkhidmatan awam.

Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama institusi, malah menjadi pemangkin kepada seluruh warga IKTBN Sepang untuk terus memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti dan berimpak.

Semoga kecemerlangan ini berterusan dan menjadi inspirasi dalam memacu kecemerlangan organisasi serta pembangunan negara.




SELAMAT HARI PEKERJA 2026"Pekerja MADANI Kesuma Bangsa"Ikhlas Daripada :Seluruh Warga KerjaIKTBN Sepang
01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026
"Pekerja MADANI Kesuma Bangsa"

Ikhlas Daripada :
Seluruh Warga Kerja
IKTBN Sepang







LAWATAN KOLABORASI STRATEGIK KE SYARIKAT CPI (KL) SDN BHDSeri Kembangan, 30 April 2026 - Lawatan kolaborasi strategik ke...
30/04/2026

LAWATAN KOLABORASI STRATEGIK KE SYARIKAT CPI (KL) SDN BHD

Seri Kembangan, 30 April 2026 - Lawatan kolaborasi strategik ke Syarikat CPI (KL) yang merupakan kunjungan balas dari institut telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Ts. Nurhayati binti Niaz Ahmad, semua Ketua Jabatan dan Ketua Cawangan, wakil pengajar dari semua jabatan serta pegawai dari Cawangan Hubungan Industri.

Objektif utama lawatan adalah untuk mendapatkan gambaran jelas berkenaan operasi di premis CPI (KL) Sdn Bhd bagi memperincikan potensi kerjasama dalam memperkasakan pelaksanaan TVET di IKTBN Sepang.

Bermula dengan ucapan pengenalan daripada wakil IKTBN Sepang disusuli dengan taklimat ringkas berkenaan CPI (KL) Sdn Bhd dan seterusnya lawatan ke kilang penghasilan produk.

Lawatan ini menggambarkan komitmen institut dan pihak syarikat dalam memastikan kolaborasi dan kerjasama strategik yang memfokuskan kepada TVET dapat direalisasikan dan memberi manfaat kepada pengajar, pelajar IKTBN Sepang serta kakitangan syarikat.





PROGRAM STUDY IN TURKEY EDUCATION FAIR 2026Kuala Lumpur, 28 April 2026 - Seramai 25 orang pelajar dari Jabatan Mekanikal...
28/04/2026

PROGRAM STUDY IN TURKEY EDUCATION FAIR 2026

Kuala Lumpur, 28 April 2026 - Seramai 25 orang pelajar dari Jabatan Mekanikal Pemesinan berpeluang menyertai Program Study In Turkey Education Fair 2026 yang berlangsung di Menara Felda, Kuala Lumpur.

Program anjuran SIT Connect Asia Sdn Bhd ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang melanjutkan pembelajaran di peringkat antarabangsa serta peluang kerjaya di peringkat global.

Moga penglibatan dalam program ini memberi manfaat kepada pelajar dan membuka mata mereka mengenai peluang yang tersedia di luar kampus.




LAWATAN DAN PERBINCANGAN KOLABORASI PELAKSANAAN SKM BERSAMA SYARIKAT TNB INTEGRATED LEARNING SOLUTIONS SDN BHD (ILSAS)SE...
27/04/2026

LAWATAN DAN PERBINCANGAN KOLABORASI PELAKSANAAN SKM BERSAMA SYARIKAT TNB INTEGRATED LEARNING SOLUTIONS SDN BHD (ILSAS)

SEPANG , 27 April 2026 - IKTBN Sepang telah menerima lawatan daripada Syarikat TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd yang diwakili oleh Pn Samiha Jaafar, Ir. Ts. Pairolani dan 3 orang pegawai yang lain daripada Bahagian TVET.

Lawatan ini lebih tertumpu kepada perancangan kolaborasi pelaksanaan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 serta pelaksanaa Program ADI Perantisan.

Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKTBN Sepang, Ts. Nurhayati binti Niaz Ahmad mempengerusikan sesi perbincangan ini dan berpeluang bersama-sama mengikuti lawatan ke bengkel Penjaga Jentera Elektrik selepas sesi perbincangan selesai.

Wakil dari TNB ILSAS dapat melihat sendiri suasana pembelajaran di IKTBN Sepang serta berinteraksi secara langsung dengan tenaga pengajar.

Semoga perancangan kolaborasi antara TNB ILSAS dengan IKTBN Sepang dapat dilaksanakan sebaiknya bagi merealisasikan hasrat pemerkasaan TVET di Malaysia.




PERAK INTERNATIONAL ROBOT COMPETITION 2026TAIPING, 26 April 2026 – Pasukan robotik IKTBN Sepang mempamerkan prestasi mem...
27/04/2026

PERAK INTERNATIONAL ROBOT COMPETITION 2026

TAIPING, 26 April 2026 – Pasukan robotik IKTBN Sepang mempamerkan prestasi membanggakan dalam kejohanan Perak International Robot Competition 2026 bagi kategori Robot Sumo 500g (Auto Magnet) yang berlangsung di ADTEC Kampus JTM Taiping pada 25 hingga 26 April 2026.

Dalam saingan sengit melibatkan 224 buah kumpulan, pasukan Sepang Robotech berjaya membuktikan kehebatan mereka apabila menduduki tangga ke-17 keseluruhan dan mara sehingga ke peringkat Suku Akhir (Quarter-Final).

Sementara itu, sebuah lagi wakil institusi iaitu kumpulan Sepang Mecha Force turut memberikan saingan kompetitif dalam kategori yang sama walaupun perjalanan mereka terhenti di pusingan awal.

Pencapaian Sepang Robotech berada di kelompok 20 terbaik daripada ratusan peserta membuktikan kualiti dan kemahiran tinggi pelajar IKTBN Sepang dalam menguasai teknologi robotik auto magnet.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan atas semangat juang dan dedikasi luar biasa yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan seluruh warga institusi. Semoga pengalaman berharga ini menjadi pemangkin semangat untuk pasukan IKTBN Sepang terus bangkit dan melakar kejayaan lebih gemilang di masa hadapan!

Syabas, IKTBN Sepang!



Address

Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang
43900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60387061720

Website

https://sites.google.com/view/portaliktbnsepang/utama

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKTBN Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to IKTBN Sepang:

Share