20/11/2020
Assalammualaikum, Salam Jumaat Salam Penghulu Segala Hari dan Salam Rahmat buat semua. Kami di Persatuan Permuafakatan Warisan Ilmu akan melancarkan Program Pelupusan Al-Quran dan Bahan Berasaskan Al-quran termasuk kitab-kitab lama dan juga buku-buku fardu ain dan KAFA.
Mengambil inisiatif dalam membantu komuniti untuk melupuskan dengan cara yang betul disamping memberi gambaran jelas tentang konsep menghormati ayat-ayat alquran dan yang berkaitan dengannya.
Oleh yang demikian kami mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang ingin melupuskan atau membuang al-quran dan buku-buku agama bolehlah menyerahkan kepada kami untuk dilupuskan dengan cara yang sistematik seperti yang telah disarankan oleh Pejabat Agama Islam Daerah dan juga beberapa syarikat pembekal perkhidmatan ini.
Kami juga memohon sumbangan kewangan seikhlas hati sekiranya ada yang berhajat untuk menyumbang bagi kami membiayai kos pelupusan yang dianggarkan sekitar RM5500.00 untuk 500 kg bahan yang dilupuskan termasuk penghantaran dan juga pembakaran.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan bolehlah hubungi En Hafez di talian *013.9397769* ataupun Pn Rose *017.3874408.* Buat masa ini pusat pengumpulan atau penerima bahan-bahan ini ialah di *128, JALAN WARISAN INDAH 8/14, KOTA WARISAN 43900 SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN*.
Panduan ;
1. Bagi yang berhajat untuk menghantar Al-quran dan juga bahan berasaskan agama; mohon dibungkus atau dimasukkan kedalam kotak/bekas yang sempurna untuk memudahkan penyusunan dan penghantaran
2. Bagi yang ingin menyumbang bagi membantu kos pelupusan tersebut boleh terus 'Bank In' atau kreditkan ke akaun *AFFIN ISLAMIC BANK "106620004225", PERSATUAN PERMUAFAKATAN WARISAN ILMU*. Nyatakan sumbangan bagi program *"LUPUS ALQURAN"*
3. Bagi individu yang ingin turut serta mengoperasikan program ini, sila hubungi nombor seperti diatas untuk kami bersama-sama membahagikan tugasan bagi kejayaan program ini.
Sekian, Terima Kasih. Segala sumbangan dan kerjasama pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan. Jazakallah