Faculty of Biotechnology & Biomolecular Sciences UPM

Faculty of Biotechnology & Biomolecular Sciences UPM This is the official page of the Faculty of Biotechnology & Biomolecular Sciences, UPM (Bio

The Faculty of Biotechnology and Biomolecular Sciences (BioTech UPM) was established on 1st August 2004 with the merger of two departments, the Department of Biotechnology (from the Faculty of Food Science and Biotechnology) and the Department of Biochemistry and Microbiology (from the Faculty of Science and Environmental Studies). With the formation of BioTech UPM, all activities involving biotec

hnology in UPM are organised under one administration. Since its formation, the Faculty has four departments:

- Department of Bioprocess Technology
- Department of Cell & Molecular Biology
- Department of Biochemistry
- Department of Microbiology

Each department offers core and elective courses for its own programme as well as for other programmes. Besides teaching, the academic staff members are also involved actively in research, extension services and consultancy. Although it is a new faculty, all the academic staff members are very experienced and have broad scientific knowledge in their respective fields. BioTech UPM has various expertise and facilities to support teaching and research as well as to provide professional services in all fields involving biotechnology. Currently, the Faculty offers four academic programmes at the Bachelor’s degree level. These programmes are Bachelor of Science (Biotechnology), Bachelor of Science (Honours) majoring either in Biochemistry or Microbiology, and Bachelor of Science (Honours) majoring in Biochemistry and Microbiology. For post-graduate studies, the Faculty offers the Master of Science (MS) and Doctor of Philosophy (PhD) programmes. The fields of study offered for the MS and PhD programmes are Bioinformatics, Biochemistry, Molecular Biology and Genetic Engineering, Industrial Biotechnology, Food and Enzyme Biotechnology, Animal Cell Biotechnology, Environmental Biotechnology, Plant Biotechnology, Structural Biology, Microbiology and Nanobiotechnology.

📚✨ READ@BIOTECH VI: “PhD for Mummies” ✨📚A PhD is more than research, experiments and writing — it’s also about navigatin...
21/08/2026

📚✨ READ@BIOTECH VI: “PhD for Mummies” ✨📚

A PhD is more than research, experiments and writing — it’s also about navigating career, family, life, expectations, and everything in between. 🎓

Join Ts. Dr. Shahani Aman Shah, one of the authors of PhD for Mummies, as she shares insights and experiences on navigating the PhD journey while balancing career, family, and life beyond academia.

And despite the title, this session isn’t just for mummies! 😊 Everyone is welcome to join the conversation.

📅 4 September 2026 (Friday)
⏰ 10.00 AM
📍 Reading Corner, Biotech 1, FBSB

📝 Register here:
https://forms.gle/HDtARHhRLTQg7Gyt7

Come join us for a relaxed morning of stories, reflections and meaningful conversation. ☕📖

📚 Read. Discover. Inspire.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, JOM BERWAKAF PROJ...
14/08/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

JOM BERWAKAF PROJEK NAIK TARAF PERABOT BILIK KULIAH FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL (FBSB), UPM

Terlebih dahulu didoakan agar YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan sentiasa serada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), UPM sedang melaksanakan projek naik taraf bilik kuliah kepada Smart Classroom bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih interaktif, kondusif dan selari dengan keperluan pembelajaran terkini.

3. Namun demikian, pihak fakulti masih memerlukan sumbangan dana tambahan bagi tujuan menggantikan meja dan kerusi pelajar sedia ada dengan yang lebih ergonomik serta sesuai dengan susun atur pembelajaran pintar yang telah dirancang.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rendah hati mempelawa YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan untuk bersama-sama menyumbang melalui wakaf tunai bagi menjayakan inisiatif ini.

Firman Allah SWT:

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka p**a tidak akan berdukacita.
(Surah al-Baqarah: 274)

Bagaimana cara untuk menyumbang?

Ikuti langkah berikut:
Imbas kod QR yang tertera di dalam e-poster untuk berwakaf;
Tentukan jumlah yang anda ingin wakafkan;
Hantarkan slip sumbangan menerusi aplikasi Whatsapp di talian 03-9769 1816 untuk mendapatkan resit rasmi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), bagi tujuan pengecualian cukai pendapatan LHDN.

Keprihatinan YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan dalam menyokong usaha murni ini akan menjadi amal jariah yang diterima oleh Allah SWT. Kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Ayuh bersama-sama mengiringi doa buat wakil staf FBSB yang akan beraksi di Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malays...
06/08/2026

Ayuh bersama-sama mengiringi doa buat wakil staf FBSB yang akan beraksi di Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2026 pada 6–15 Ogos 2026 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.
Semoga dipermudahkan segala urusan, sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dilindungi sepanjang kejohanan dan dikurniakan kejayaan dalam setiap acara yang disertai.
Selamat berjuang dan semoga berjaya, Team FBSB! 💙🤲🏼💪🏼

05/08/2026
05/08/2026

Sesi Bicara Kesihatan Planet dan Kelestarian di PutraFM (90.7)

Tajuk: Bioteknologi untuk Kesihatan Planet: Menukar Sisa kepada Sumber Lestari

🎙️Panel: Prof. Ts. Dr. Hidayah Ariffin
Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah)
Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul
📅 Tarikh: 5 August 2026
⏰ Masa: 11.00 pagi - 12.00 tengah hari
📺 Siaran Langsung di PUTRA FM 907 MHz

Program Mobiliti ASEAN Cultural Exchange-Indonesia BioMIX Perkukuh Jaringan Akademik dan Kebudayaan di Universitas Gadja...
04/08/2026

Program Mobiliti ASEAN Cultural Exchange-Indonesia BioMIX Perkukuh Jaringan Akademik dan Kebudayaan di Universitas Gadjah Mada

JOGJAKARTA, 31 Julai 2026 – Majlis Perwakilan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (BioMIX), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan program mobiliti antarabangsa ASEAN Cultural Exchange-Indonesia pada 27 hingga 31 Julai 2026. Program ini disertai oleh 14 orang pelajar prasiswazah bersama dua orang pegawai pengiring, iaitu Dr. Fairolniza Mohd Shariff dan Puan Nurul Hidayah Samadi.

Melalui slot sinergi akademik, para peserta telah mengadakan lawatan serta aktiviti interaktif bersama mahasiswa di Fakultas Teknologi Pertanian (FTS), Universitas Gadjah Mada (UGM), Jogjakarta. Pengisian program merangkumi sesi perkongsian berhubung pengurusan persatuan mahasiswa masing-masing, seminar pembentangan Projek Tahun Akhir (Final Year Project), sesi pertukaran pandangan mengenai kebudayaan dan adat resam tempatan dan lawatan ke makmal pengajaran serta penyelidikan di UGM.

Menerusi perbincangan potensi kolaborasi strategik antara pengurusan FTS dan pegawai pengiring UPM, pihak UGM menzahirkan minat untuk menghantar pelajar tahun akhir bagi menjalani program latihan industri (internship) serta program pertukaran semester di FBSB, UPM pada masa hadapan.

Bagi slot pertukaran budaya, pihak UGM telah mengiringi delegasi UPM melawat Desa Pentingsari untuk merasai pengalaman budaya tempatan secara terus. Para pelajar berpeluang menyertai aktiviti seni dan warisan seperti mencanting batik, memain alatan muzik tradisional gamelan, serta mempelajari tarian tradisional Indonesia. Selain itu, para peserta turut melawat beberapa tapak bersejarah dan pusat kebudayaan utama di bandar Jogjakarta, antaranya Keraton Jogja, Museum Sonobudoyo, dan Candi Prambanan, di samping menyertai aktiviti lasak menerusi Lava Tour Merapi.

Secara keseluruhannya, penganjuran program mobiliti ini bukan sahaja berjaya memupuk kefahaman silang budaya (cross-cultural understanding) dan kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa, malah menjadi platform penting dalam memperkukuh jalinan kerjasama akademik antarabangsa antara UPM dan UGM.

Penganjuran Majlis Minum Petang Alumni Biotech 2026 Eratkan Hubungan Silaturahim dan Jaringan Strategik AlumniSERDANG, 1...
04/08/2026

Penganjuran Majlis Minum Petang Alumni Biotech 2026 Eratkan Hubungan Silaturahim dan Jaringan Strategik Alumni

SERDANG, 1 Ogos 2026 - Majlis Minum Petang Alumni Biotech 2026 bertemakan “Jalinan Kasih, Kenangan Abadi” telah berjaya dianjurkan dengan suasana meriah bertempat di Farm Grill House, UniPutra Golf Club, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Majlis yang menghimpunkan seramai 78 orang alumni ini melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mengumpulkan pelbagai generasi alumni, termasuk mereka dari era sebelum penubuhan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) iaitu era Jabatan Biokimia dan Mikrobiologi (Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar) serta Jabatan Bioteknologi (Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi), Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran para alumni tersohor fakulti, antaranya YBhg. Datuk Ts. Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan YBhg. Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Abu Bakar Salleh, YBhg. Prof. Emeritus Datin Paduka Dr. Khatijah Mohamad Yusoff, YBhg. Prof. Emeritus Dr. Nor Aripin Shamaan dan Prof. Dato’ Dr. Mohd Ali Hassan.

Semasa menyampaikan ucapan perasmian, YBhg. Prof. Ts. Dr. Rosfarizan Mohamad, Dekan FBSB, telah mengumumkan dan menjemput para alumni untuk menyokong inisiatif Wakaf Fasiliti FBSB. Inisiatif penambahbaikan ini bertujuan memperkukuh kelestarian ilmu melalui projek menaik taraf Bilik Kuliah 1.4 kepada Bilik Kuliah Pintar (Smart Classroom) dengan sasaran kutipan sebanyak RM50,000. Projek ini dilaksanakan menerusi saluran wakaf rasmi dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak UPM (WAZAN).

Majlis diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi cabutan bertuah, jualan amal, serta persembahan nyanyian daripada kump**an muzik FBSB, The Culture. Secara keseluruhannya, penganjuran majlis ini bukan sahaja menjadi medan penyatuan semula (reunion) buat para alumni, malah berjaya memupuk semangat kebersamaan dalam menyumbang kepada pembangunan akademik dan kelestarian fakulti pada masa hadapan.

Pada 23 Julai 2026, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan...
03/08/2026

Pada 23 Julai 2026, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan delegasi daripada pihak industri dan Yunnan Minzu University bagi sesi lawatan tapak

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai kepakaran, penyelidikan serta kemudahan yang terdapat di FBSB.

Sesi ini turut membuka ruang perbincangan ke arah jalinan kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, inovasi, pemindahan ilmu, pembangunan akademik serta potensi kerjasama melalui inisiatif Satellite Campus.

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) telah menjalani sesi penjurian bagi Pertandingan Anugerah Sudut Bacaan ...
30/07/2026

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) telah menjalani sesi penjurian bagi Pertandingan Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni UPM. Alhamdulillah, sesi penjurian telah berlangsung dengan lancar.

Kehadiran kedua-dua juri, En. Khairul Anwar bin Zulkifli dan Cik Nazibah Kamaruddin, telah disambut oleh Prof. Dr. Rosfarizan Mohamad, Dekan FBSB, bersama beberapa pegawai fakulti.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Dr. Yasmin Mustapha Kamil, selaku Penyelaras Sudut Bacaan Read@Biotech, serta semua staf yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan persediaan dan pelaksanaan sesi penjurian ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan membuahkan hasil yang membanggakan buat FBSB.

SERDANG, 29 Julai 2026 — Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan lawa...
29/07/2026

SERDANG, 29 Julai 2026 — Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan lawatan hormat dan sesi penanda aras (benchmarking) bagi Program MSKK ke Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), Universiti Putra Malaysia (UPM).

Delegasi IPB UMS tersebut diketuai oleh Pengarahnya, Prof. Dr. Jualang Azlan Gansau, bersama ahli jawatankuasa dan pegawai akademik institusi berkenaan dan ketibaan delegasi IPB UMS disambut mesra oleh kepimpinan dan pihak pengurusan tertinggi FBSB UPM. Lawatan ini bertujuan memperkukuh struktur kurikulum serta pemantapan pelaksanaan Program MSKK menerusi perkongsian kepakaran daripada UPM.

Menerusi sesi ini, kedua-dua pihak berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan akademik dan pemantauan kualiti, di samping meneroka peluang kerjasama penyelidikan serta pertukaran kepakaran antara pensyarah.



Address

Fakulti Bioteknologi Dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia
Serdang
43400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faculty of Biotechnology & Biomolecular Sciences UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share