[SEJARAH DAN CORETAN ]
Grup ini adalah satu Pertubuhan Tidak Rasmi Kumpulan Pelajar Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Fakulti Sains Pentadbiran Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM yang memulakan pengajian di UiTM pada Sesi Disember 2013 - April 2014. Ahli Grup ini adalah terdiri daripada Bekas-2 Pelajar Diploma Pentadbiran Awam, FSPPP UiTM Merbok, Kedah dan FSPPP UiTM Alor Gajah
, Melaka. Pada Bulan Jun 2014, semua Pelajar DPA FSPPP di UiTM Alor Gajah, Melaka, dan sebahagian daripada Pelajar DPA FSPPP di UiTM Merbok, Kedah, telah berpindah ke UiTM Seremban, Negeri Sembilan. Hal ini demikian kerana, UiTM Seremban, Negeri Sembilan merupakan kampus tetap untuk Pelajar DPA FSPPP. UiTM Kampus Merbok, dan UiTM Kampus Alor Gajah merupakan kampus transit, kampus tumpangan, sementara menunggu pembinaan UiTM Seremban siap sepenuhnya. Pada permulaan pengajian di UiTM Seremban, terdapat banyak perselisihan faham, percanggahan pendapat, hamburan kata-kata kesat, semangat assabiyyah, senioriti dan seumpamanya. Hal ini demikian kerana, dua identiti DPA FSPPP dari berlainan kampus, membawa budaya kampus lama ke kampus baharu. Corak dan gaya kehidupan Pelajar DPA FSPPP UiTM Merbok dan FSPPP UiTM Alor Gajah adalah amat jauh berbeza sama sekali. Oleh sebab itu, Grup ini, ditubuhkan dengan satu tujuan utama, iaitu :-
1- Dasar Ukhwah & Persaudaraan.
2- Merapatkan jurang antara Bekas Pelajar DPA UiTM Merbok, Kedah dan DPA UiTM Alor Gajah, Melaka.
3- Mewujudkan identiti baru, iaitu Identiti Pelajar Diploma Pentadbiran Awam (DPA), FSPPP UiTM Seremban.
4- Menyatukan Pelajar DPA FSPPP UiTM Seremban, yang memulakan pengajian di UiTM, bermula dari pengambilan pelajar Sesi Disember 2014 - April 2015.
5- Menyahut cabaran senior DPA FSPPP, yang telah menubuhkan Grup , yang juga mempunyai misi, visi dan matlamat yang sama seperti Grup . Alhamdulillah, akhirnya Grup ini telah ditubuhkan secara rasminya pada tarikh keramat :-
[17 Disember 2014],
Rabu, 1435H. Pengasas Grup adalah :-
Ahmad Azeem Bin Ahmad Raslan
Pengasas Bersama adalah :-
Faisal Bin Azmi
Mohd Imran Afwan Bin Rosli
Pemberi Nama Grup adalah :-
Muhammad Danial Azim
Untuk pengetahuan umum, tarikh penubuhan Grup diambil sempena usaha pertama Grup dalam menjayakan aktiviti bersama rakan-rakan sekursus, iaitu :-
Sukan Futsal, di Kompleks Futsal Taman Permai, Seremban, Negeri Sembilan.
8.00PM - 10.00PM. Tagline Grup adalah :-
"Sepakat Membawa Berkat"
Hashtag Official?
Ikuti kami di laman sosial berikut :-
Twitter :
Instagram :
Facebook : Sepakat