Cosmopoint College Seremban

Cosmopoint College Seremban Kolej Cosmopoint Seremban (DK253-06(N)) berdaftar di bawah KPT dan menerima pengiktirafan MyQuest be

Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Cosmopoint Seremban telah menganjurkan program Bowling Tournament pada 22/2/2023 bertemp...
24/02/2023

Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Cosmopoint Seremban telah menganjurkan program Bowling Tournament pada 22/2/2023 bertempat di Ampang bowl Seremban. Program ini melibatkan pelajar Kolej Cosmopoint Seremban dan pelajar Unitar Pusat Wilayah Seremban serta pensyarah dan kakitangan kolej Cosmopoint Seremban

Anugerah Pelajar Cemerlang dan Majlis 'Hi-Tea' 2023 yang berlangsung pada 9/2/2023 di 'Agora Cafe', Seremban 2 bersama p...
23/02/2023

Anugerah Pelajar Cemerlang dan Majlis 'Hi-Tea' 2023 yang berlangsung pada 9/2/2023 di 'Agora Cafe', Seremban 2 bersama para pelajar College Cosmopoint dan Pusat Wilayah UNITAR Seremban beserta dengan staff-staff CC Seremban.

22/01/2023
Sempena peperiksaan akhir semester, Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Cosmopoint Seremban telah menganjurkan program Bacaa...
13/12/2022

Sempena peperiksaan akhir semester, Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Cosmopoint Seremban telah menganjurkan program Bacaan yaasin yang melibatkan pelajar kolej Cosmopoint dan pelajar Unitar Pusat Wilayah Seremban serta pensyarah dan kakitangan kolej Cosmopoint

Tujuan program ini adalah untuk memohon doa kepada Allah SWT agar dipermudahkan semua pelajar dapat menjawab peperiksaan dengan baik.

Pada 6 Disember 2022 (Selasa) telah berlangsung program "Formatting Workshop" anjuran Program Teknologi Maklumat yang di...
06/12/2022

Pada 6 Disember 2022 (Selasa) telah berlangsung program "Formatting Workshop" anjuran Program Teknologi Maklumat yang dikendalikan oleh Alumni Kolej Cosmopoint Seremban, Cik Irene Michael.

Program ini disertai oleh 8 orang pelajar dari Program Teknologi Maklumat, E-Perniagaan, Multimedia, Kesetiausahaan dan Pengurusan Perniagaan.

Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada ilmu format komputer yang tiada dalam silibus pembelajaran mereka. Selain dari itu, ia juga dapat menambahkan pengetahuan pelajar kepada ilmu komputer terutamanya penggunaan perisisan, aplikasi komputer dan memberi pendedahan kepada pelajar dalam ilmu penggendalian perkakasan komputer.

Pada 5 Disember 2022 (Isnin) telah berlangsungnya program "The Mafia Game" anjuran pelajar GERAK Modul 5.Program ini dis...
06/12/2022

Pada 5 Disember 2022 (Isnin) telah berlangsungnya program "The Mafia Game" anjuran pelajar GERAK Modul 5.Program ini disertai oleh 12 orang peserta terdiri daripada pelajar dan pensyarah Kolej Cosmopoint Seremban.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara para peserta dan meningkatkan keyakinan diri berdasarkan karakter yang diberi dalam permainan ini. Selain dari itu, program ini juga bertujuan untuk melatih sifat kepekaan dalam diri setiap peserta supaya peka dengan keadaan dan situasi sekitar, mewujudkan sifat saling mempercayai antara satu dengan yang lain kerana di dalam permainan ini terdapat beberapa karakter yang berbeza yang mana karektor tersebut tediri daripada penjahat, orang awam dan pengawai polis. Setiap peserta mempunyai karakter yang tertentu dan mereka harus menyembunyikan karakter mereka dari diketahui oleh peserta lain supaya mereka tidak terkeluar dari permainan.

Di akhir permainan, dilihat para peserta seronok dengan misi-misi yang ada di dalam permainan ini.

Pada 1 Disember 2022 (Khamis), program lawatan sambil belajar ke Muzium Tentera Darat, Port Dickson dan Pusat Ikan Hiasa...
05/12/2022

Pada 1 Disember 2022 (Khamis), program lawatan sambil belajar ke Muzium Tentera Darat, Port Dickson dan Pusat Ikan Hiasan, Port Dickson telah diadakan. Program ini melibatkan 39 orang pelajar daripada Kolej Cosmopoint Seremban dan pelajar Unitar Pusat Wilayah Seremban beserta 2 tenaga pengajar.


Aktiviti lawatan sambil belajar ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mempraktikkan segala kemahiran luar yang mereka miliki. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dapat memberi ruang yang lebih kepada tenaga pengajar dan pelajar-pelajar untuk mendalami ilmu mereka berkenaan sejarah negara, sejarah ketenteraan, berkenaan dengan hidupan laut dan menimba seberapa banyak pengalaman yang mereka dapat.

Pada 30 Nov 2022 (Rabu), Program Diploma E-Kesetiausahaan CC Seremban telah mengadakan Program Bicara Santai Bersama Alu...
01/12/2022

Pada 30 Nov 2022 (Rabu), Program Diploma E-Kesetiausahaan CC Seremban telah mengadakan Program Bicara Santai Bersama Alumni. Alumni jemputan adalah saudara Mohamed Azmie Bin Abd Jabar dan saudari Nurul Ashiqin Bt Zaman. Kedua-duanya adalah alumni daripada Diploma E-Kesetiausahaan.

Antara intipati program tersebut adalah perkongsian tentang pengetahuan dan pengalaman belajar di kolej, pengalaman menjalani latihan industri dan juga alam pekerjaan.

24/11/2022

Kami warga Cosmopoint College mengucapkan setinggi-tinggi 𝑻𝒂𝒉𝒏𝒊𝒂𝒉 kepada YAB Dato' Seri Haji Anwar Bin Ibrahim diatas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10

Majlis pengagihan Perantisiswa telah berjalan dengan lancar dimana ia melibatkan 45 pelajar yang menerima PerantiSiswa.
22/11/2022

Majlis pengagihan Perantisiswa telah berjalan dengan lancar dimana ia melibatkan 45 pelajar yang menerima PerantiSiswa.

Sempena perayaan deepavali yang lepas, Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Cosmopoint Seremban telah menganjurkan program "D...
21/11/2022

Sempena perayaan deepavali yang lepas, Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Cosmopoint Seremban telah menganjurkan program "Diwali Sensation" yang melibatkan pelajar Kolej Cosmopoint Seremban dan pelajar Unitar Pusat Wilayah Seremban serta pensyarah.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk merasakan rasa cinta kepada perayaan ini dan memperluaskan ilmu pengetahuan mereka tentang Hari Deepavali yang diraikan oleh penganut agama Hindu sehingga hari ini.

Address

23 Jalan Tuanku Hassan
Seremban
70000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cosmopoint College Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Cosmopoint College Seremban:

Share