13/10/2026
LAPOR DENGAN INTEGRITI: FAKTA, BUKAN TOHMAHAN!
Pejabat Integriti USIM menyeru seluruh warga universiti agar bersama-sama membudayakan integriti dan mewujudkan persekitaran kerja yang telus, beretika dan bertanggungjawab.
Sebagai ingatan dan panduan bersama, warga USIM haruslah:
β
Mengemukakan aduan berdasarkan fakta serta maklumat dan bukti yang relevan.
β
Mengelakkan tohmahan, fitnah dan penyebaran dakwaan yang tidak disahkan.
β
Menggunakan saluran rasmi aduan USIM serta mematuhi prosedur yang ditetapkan.
β
Bersama-sama menjaga integriti dan reputasi diri, organisasi serta komuniti USIM.
π² Sila imbas kod QR pada poster yang dilampirkan untuk mengakses saluran rasmi aduan USIM (Al-Inayah) https://alinayah.usim.edu.my/sign-in
Marilah kita bersama-sama mengamalkan prinsip βIntegriti Tanggungjawab Bersamaβ demi memperkukuh budaya kerja yang berintegriti di USIM.
Sekian, terima kasih.
PEJABAT INTEGRITI USIM
Universiti Sains Islam Malaysia