Madrasah Tarbiyatul Mustafa

Directions Contact the university

Madrasah Tarbiyatul Mustafa Pengajian tahfiz untuk pelajar perempuan (lil banat) Ke arah memperkasakan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙✨ “Cinta Rasul, Cinta Allah” ✨Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul ﷺ, marilah kita bersam...
25/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙

✨ “Cinta Rasul, Cinta Allah” ✨

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul ﷺ, marilah kita bersama-sama menghayati kembali perjuangan, akhlak dan kasih sayang junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada seluruh umat manusia.

Baginda SAW mengajar kita erti kasih sayang, kesabaran, keikhlasan dan kepedulian terhadap sesama insan. Maka, marilah kita hidupkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ bukan sekadar dengan kata-kata, tetapi dengan mengamalkan sunnah dan mencontohi akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

🤍 Perbanyakkan selawat.
🤍 Hidupkan sunnah.
🤍 Teladani akhlak Rasulullah ﷺ.
🤍 Semarakkan cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

🌿 Allahumma salli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ terus mekar di hati dan menjadi jalan untuk kita semakin dekat kepada Allah SWT.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ
🌙 Cinta Rasul, Cinta Allah 🌙

PROGRAM IBADAH QURBAN 1447H / 2026MMadrasah Tarbiyatul Mustafa lil Banat (MTM)السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهSempena Har...
13/05/2026

PROGRAM IBADAH QURBAN 1447H / 2026M
Madrasah Tarbiyatul Mustafa lil Banat (MTM)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sempena Hari Raya Aidiladha 1447H, pihak MTM membuka penyertaan Ibadah Qurban kepada muslimin dan muslimat.

🐄 1 bahagian lembu : RM950
🐐 1 bahagian kambing : bermula RM1,200 ke atas

📌 Cara Penyertaan:
Hantar maklumat berikut beserta bukti bayaran:

Nama
Alamat
Nombor telefon
Jumlah bahagian qurban

📲 http://www.wasap.my/+60122117858/QurbanMTM2026

MAKLUMAT AKAUN
🏦 Madrasah Tarbiyatul Mustafa
📌 12113010065736
🏦 Bank Islam Malaysia Berhad

Rujukan pembayaran:

Rujukan 1 : Qurban 2026
Rujukan 2 : Nombor telefon

📅 Tarikh tutup penyertaan:
22 Mei 2026 (Jumaat)

📅 Tarikh penyembelihan qurban:
28 Mei 2026 (Khamis - Raya ke 2)

📍 Peserta qurban dijemput hadir membantu dan mengambil bahagian daging qurban masing-masing.

Jazakumullahu khayran atas sokongan dan penyertaan anda.
Semoga Allah menerima ibadah kita semua.

MUKMIN SEJATI ITU DERMAWANSalah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adal...
13/03/2026

MUKMIN SEJATI ITU DERMAWAN

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah.

Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, yaitu dermawan. Allah dan Rasul-Nya memerintahkan bahkan memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah. Ketahuilah bahwa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah Ta’ala, sebagaimana hadits:

‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi)

Dari hadits ini demikian dapat diambil kesim@pulan bahwa pelit dan bakhil adalah akhlak yang buruk dan bukanlah akhlak seorang mukmin sejati. Begitu juga, sifat s**a meminta-minta, bukanlah ciri seorang mukmin.

Lipat gadakan sedekah penghujung Ramadhan ini, hulurkan sedeqah anda hari ini kepada tabung MTM dengan click link di bawah :

https://tarbiyatulmustafa.edu.my/infaq/

Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan hamba-hamba yang dicintai Allah.


PENGAMBILAN PELAJAR BARU (PEREMPUAN) BAGI SESI 2026 KINI SEDANG DIBUKA !!MENGAPA PERLU MEMILIH MTM ❓✅ Yuran Pendaftaran ...
05/01/2026

PENGAMBILAN PELAJAR BARU (PEREMPUAN) BAGI SESI 2026 KINI SEDANG DIBUKA !!

MENGAPA PERLU MEMILIH MTM ❓

✅ Yuran Pendaftaran PERCUMA

✅ Yuran Pengajian yang berpatutan

✅ Berpeluang mendapat biasiswa (Dermasiswa Hufaz) & bantuan zakat (tertakluk kepada kelayakan & kelulusan)

✅ Penumpuan kepada Pengajian Al - Quran dengan bimbingan guru yang bertauliah dan berpengalaman

✅ Hafazan 30 juzu' Al - Quran dengan bimbingan guru yang hafizah & berpengalaman

✅ Pengajaran matapelajaran Diniah turut diajar oleh guru yang alimah

✅ Penekanan yang tinggi kepada pembentukan akhlak & adab

✅ Sistem pembelajaran yang turut disulami dengan penerapan ibadah, s**an dan riadah untuk pelajar - pelajar

✅ Pelajar boleh mengikut program fast track SPM di bawah anjuran JAIS & PITAS apabila mencapai umur 17 tahun (tertakluk kepada terma & syarat yang dikeluarkan oleh JAIS / PITAS)

✅ Kediaman asrama, makan & minum disediakan

✅ Syarat kemas**an yang mudah

✅ Suasana pengajian yang selamat, selesa & kundusif

SYARAT KEMASUKAN KE MTM :

1. Pelajar Perempuan berusia 12 tahun ke atas
2. Mempunyai rekod akhlak yang baik
3. Mempunyai minat & kesungguhan yang tinggi dalam menghafaz Al-Quran & mempelajari ilmu agama
4. Sihat anggota tubuh badan, mental & fizikal.
5. Bersedia untuk tinggal di asrama dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh madrasah.
6. Boleh membaca, menulis & mengira dengan lancar.
7. Mendapat keizinan ibu bapa / penjaga.
8. Lulus ujian temuduga.

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR ❓

Pendaftaran boleh dibuat secara online (atas talian) dengan klik pautan di bawah :
https://tarbiyatulmustafa.edu.my/pengambilan/

Untuk sebarang pertanyaan / maklumat lanjut sila hubungi :
- Ustazah Fathimah Az Zahrah di 013-4212792 atau
- Pengurusan MTM di 012-4237858

Address

No. 10 & 12, Jalan Gapi 2A, Seksyen 2
Serendah
48200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Tarbiyatul Mustafa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Madrasah Tarbiyatul Mustafa:

Shortcuts

Share