20/02/2023
[NOTIS PEMAJU]
✨SALAM ISRAK MIKRAJ 1444H/2023 ✨
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan (PEMAJU) UPM ingin mengucapkan selamat menyambut dan memperingati peristiwa Israk Mikraj kepada seluruh warga Universiti Putra Malaysia terutamanya umat Islam.
“Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Al-Israa’ 17:1)
Peristiwa Isra’ Mi’raj bukan sekadar kisah sejarah tetapi ia membawa pengajaran melalui pelbagai peristiwa yang Allah SWT telah buktikan agar manusia sentiasa mengingati Allah dan takut akan kekuasaanNya. Penghayatan terhadap peristiwa Isra’ Mi’raj mampu menjadikan kita manusia yang sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
Selamat memperingati Isra’ Mi’raj bagi seluruh umah Islam. Semoga kita sentiasa taat akan perintah Allah dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
Sekian, terima kasih.
Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan (PEMAJU)
Fakulti Kejuruteraan
Sesi 2022/2023
Universiti Putra Malaysia
__________
📢Ikuti hebahan lebih lanjut, follow, like dan share di;
Instagram:
Facebook: https://www.facebook.com/Pemaju-UPM-100600799476532