Jabatan Matematik & Statistik UPM - RASMI

Jabatan Matematik & Statistik UPM - RASMI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Matematik & Statistik UPM - RASMI, College & University, Seri Kembangan.

Misi Jabatan Matematik & Statistik ialah menjadi penyumbang teladan bagi sektor pendidikan berasaskan penyelidikan dan pengajaran berinovasi bagi matematik moden dan di dalam mengejar keunggulan di dalam penyelidikan matematik dan statistik.

SYARAHAN UMUM JABATAN MATEMATIK DAN STATISTIK APRIL 2026 (02/2026)Tarikh: 29 April 2026 (Rabu)Masa:  3.00PM - 4.00PMTemp...
29/04/2026

SYARAHAN UMUM JABATAN MATEMATIK DAN STATISTIK APRIL 2026 (02/2026)

Tarikh: 29 April 2026 (Rabu)
Masa: 3.00PM - 4.00PM
Tempat: Bilik Seminar Al-Khawarizmi, Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains UPM
Penceramah: Dr. Nur Syahirah Wahid
Tajuk: Boundary Layer Flow and Heat Transfer of Penta-Hybrid Nanofluid with Velocity and Thermal Slips Over a Shrinking Sheet: Stability Analysis and Optimization

Majlis Penutup International Day of Mathematics 2026 (IDM2026)Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, Universiti...
22/04/2026

Majlis Penutup International Day of Mathematics 2026 (IDM2026)

Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan sambutan International Day of Mathematics 2026 bertemakan Mathematics and Hope bermula Mac 2026 sehingga April 2026. Program ini bertujuan menjadi wadah memperkasa ilmu, inovasi dan apresiasi terhadap peranan matematik dalam kehidupan sejagat. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Sains, Prof. Madya Dr. Nor Azwady Abd Aziz pada 17 April 2026.

Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah;
1) Projek Permainan Matematik di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur yang diketuai oleh Dr. Muhammad Aslam Mohd Safari.
2) International Data Science Challenge 2026 yang diketuai oleh Dr. Ahmad Hakiim Jamaluddin.

Secara keseluruhannya, penganjuran International Day of Mathematics 2026 membuktikan komitmen berterusan Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, penyelidikan dan jaringan antarabangsa. Program ini bukan sahaja menyemarakkan minat terhadap matematik dalam kalangan masyarakat dan pelajar, malah turut membuka ruang kepada pembangunan bakat, inovasi serta penyelesaian berasaskan sains yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

International Data Science Challenge 2026 (IDSC2026)Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Jabatan Matematik dan Statis...
22/04/2026

International Data Science Challenge 2026 (IDSC2026)

Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains telah menganjurkan International Data Science Challenge 2026 (IDSC2026). Pertandingan yang dijalankan sepenuhnya secara dalam talian ini memberi fokus kepada aplikasi matematik dan sains data dalam meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan, khususnya melalui analisis data dan kecerdasan buatan.

Program ini melibatkan kerjasama strategik bersama institusi tempatan dan antarabangsa seperti Universitas Airlangga, Universitas Mulawarman dan Universitas Brawijaya. Sebanyak 189 pasukan dengan 605 peserta dari lima negara dan 62 institusi telah mengambil bahagian. Pihak penganjur turut mengadakan Bengkel Sains Data dan Pembelajaran Mesin serta Bengkel Kemahiran Pembentangan bagi meningkatkan kualiti penyertaan peserta.

Daripada 129 projek yang berjaya dihantar menggunakan set data bioperubatan PhysioNet, sepuluh pasukan terbaik dipilih ke peringkat akhir untuk membentangkan penyelesaian kecerdasan buatan klinikal. Tempat pertama telah dimenangi oleh kumpulan Bioinformers dari Universiti Malaya. Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan GAMA BCI dari Universitas Gadjah Mada, manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan MultiU yang melibatkan gabungan Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Secara keseluruhannya, pertandingan ini berjaya menjadi platform penting dalam membangunkan bakat, memperkukuh jaringan akademik serta meneroka inovasi berasaskan data dalam bidang penjagaan kesihatan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat Prof. Madya Dr. Athirah Nawawi di atas kenaikan pangkat ke GRED DS14.Semoga terus...
01/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat Prof. Madya Dr. Athirah Nawawi di atas kenaikan pangkat ke GRED DS14.

Semoga terus melakar lebih banyak pencapaian hebat di masa hadapan.

Sukacita dimaklumkan Universiti Putra Malaysia telah bersetuju meluluskan kenaikan pangkat Profesor Madya Dr. Athirah binti Nawawi@Mohamed Nawawi dari jawatan Pensyarah Kanan Gred DS13 ke jawatan Profesor Madya Gred DS14 berkuat kuasa 1 Mac 2026.

Fakulti Sains merakamkan ucapan sekalung tahniah atas kejayaan ini!

24/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H | 2026M

Tulus ikhlas daripada seluruh warga Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains UPM

12 Mac 2026 |  22 Ramadhan 1447HSesi fotografi sempena Aidilfitri bagi mengabadikan detik kebersamaan warga Jabatan Mate...
19/03/2026

12 Mac 2026 | 22 Ramadhan 1447H

Sesi fotografi sempena Aidilfitri bagi mengabadikan detik kebersamaan warga Jabatan Matematik dan Statistik dalam suasana penuh keceriaan.

Indah berseri bunga di taman,Harum mewangi setiap masa,Aidilfitri lambang kemaafan,Zahir dan batin dipohon sentiasa.Sela...
19/03/2026

Indah berseri bunga di taman,
Harum mewangi setiap masa,
Aidilfitri lambang kemaafan,
Zahir dan batin dipohon sentiasa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H
Maaf Zahir dan Batin daripada seluruh warga Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains UPM

Semoga sambutan Aidilfitri pada tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan keberkatan di samping insan tersayang.

Majlis Pemeteraian MoU antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Koperasi Alumni Sekolah Alam Shah Berhad (KO-ASAS) Pad...
12/03/2026

Majlis Pemeteraian MoU antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Koperasi Alumni Sekolah Alam Shah Berhad (KO-ASAS)

Pada 6 Mac 2026 jam 9.30 pagi, satu majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Koperasi Alumni Sekolah Alam Shah Berhad (KO-ASAS) di Bilik Seminar Al-Khawarizmi.

Majlis ini bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara institusi akademik dan komuniti alumni dalam usaha memperluas inisiatif pendidikan, pembangunan ilmu serta pelaksanaan program yang memberi manfaat kepada pelajar dan masyarakat. Kerjasama ini tercetus daripada penganjuran Bengkel Arduino pada tahun 2023 yang dipelopori oleh Dr. Nadihah Wahi, dan inisiatif tersebut telah diteruskan secara berterusan sehingga tahun ini.

Melalui MoU ini, kedua-dua pihak berhasrat memperkukuh kolaborasi khususnya dalam bidang automasi dan kecerdasan buatan (AI), di samping membuka peluang kepada pelbagai program ilmiah, perkongsian kepakaran serta pembangunan modal insan yang berteraskan teknologi dan inovasi.

Pada 3 Mac 2026, Projek Permainan Matematik telah dilaksanakan bersama murid-murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih berse...
11/03/2026

Pada 3 Mac 2026, Projek Permainan Matematik telah dilaksanakan bersama murid-murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih bersempena dengan sambutan International Day of Mathematics 2026 yang dianjurkan oleh Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia.

Program ini bertujuan memperkenalkan matematik secara lebih interaktif dan menyeronokkan melalui pelbagai aktiviti permainan matematik bersama para murid. Selain itu, warga Jabatan Matematik dan Statistik turut menyampaikan sumbangan kepada pihak sekolah, bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Semoga usaha ini dapat menyemai minat terhadap matematik serta memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

Majlis “Sejambak Kasih, Seuntai Budi” telah diadakan pada 11 Februari 2026 di Royal Park Hotel, UNITEN, bagi meraikan pe...
11/03/2026

Majlis “Sejambak Kasih, Seuntai Budi” telah diadakan pada 11 Februari 2026 di Royal Park Hotel, UNITEN, bagi meraikan persaraan Puan Aniza Abd Ghani.

Majlis persaraan ini bukan penamat, tetapi tanda penghargaan atas sebuah dedikasi yang akan terus dikenang. Terima kasih atas setiap jasa yang telah dicurahkan!

Selamat bersara, Puan Aniza Abd Ghani 🌸

PEMBENTANGAN DISERTASI MASTER STATISTIK GUNAAN, JABATAN MATEMATIK DAN STATISTIK, FAKULTI SAINS, UPM SEMESTER PERTAMA 202...
20/02/2026

PEMBENTANGAN DISERTASI MASTER STATISTIK GUNAAN, JABATAN MATEMATIK DAN STATISTIK, FAKULTI SAINS, UPM SEMESTER PERTAMA 2025/2026

Tarikh : 30 Januari 2026 (Jumaat)
Tempat : Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, UPM

Address

Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397696811

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Matematik & Statistik UPM - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Jabatan Matematik & Statistik UPM - RASMI:

Share