Institute of Tropical Forestry and Forest Products

Call Directions Website Contact the university

Institute of Tropical Forestry and Forest Products INTROP is one of the Higher Institution Centre of Excellence (HICoE) in the field of tropical wood.

πŸ“š Perkasa Penulisan, Perluas Pemindahan Ilmu! 🌿INTROP, UPM telah menganjurkan Bengkel Penulisan Bab Buku bagi memperkasa...
17/08/2026

πŸ“š Perkasa Penulisan, Perluas Pemindahan Ilmu! 🌿

INTROP, UPM telah menganjurkan Bengkel Penulisan Bab Buku bagi memperkasa kemahiran penulisan akademik serta pemindahan ilmu dalam bidang biokomposit kayu tropika dan gentian.

Inisiatif ini turut menyokong usaha INTROP dalam memperkukuh budaya penerbitan dan penyebaran ilmu yang berimpak kepada masyarakat dan industri. πŸŒ±πŸ“–

πŸ”— Baca berita penuh: https://introp.upm.edu.my/berita/introp_upm_anjur_bengkel_penulisan_bab_buku_perkasakan_pemindahan_ilmu_biokomposit_kayu_tropika_dan_gentian-95254

🌟 Sekalung Tahniah! 🌟Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), UPM...
14/08/2026

🌟 Sekalung Tahniah! 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), UPM atas pencapaian cemerlang dengan skor 98.75% dalam Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan (PKK)**. πŸ†β­

Pencapaian ini mencerminkan komitmen, kerjasama dan kesungguhan seluruh warga INTROP dalam memastikan persekitaran kerja yang *selamat, sihat dan kondusif*.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga INTROP! πŸ‘βœ¨

14/08/2026
🌿 UPM, Rakan Kerjasama Jepun Teroka Potensi Tumbuhan Tropika untuk Produk Hijau πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡―πŸ‡΅Institut Perhutanan Tropika dan Prod...
13/08/2026

🌿 UPM, Rakan Kerjasama Jepun Teroka Potensi Tumbuhan Tropika untuk Produk Hijau πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡―πŸ‡΅

Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkukuh jaringan penyelidikan antarabangsa menerusi kerjasama strategik bersama S.T. Corporation dan Leave a Nest, Jepun dalam meneroka potensi tumbuhan tropika untuk pembangunan bioproduk mesra alam.

Kerjasama ini memberi tumpuan kepada penerokaan sebatian bioaktif daripada tumbuhan tropika melalui teknologi pengekstrakan termaju bagi menghasilkan inovasi yang lestari dan berpotensi untuk aplikasi komersial serta perindustrian. πŸŒ±πŸ”¬

Inisiatif ini mencerminkan komitmen INTROP dalam memperkasakan penyelidikan sumber hutan tropika secara lestari serta memperluas kolaborasi penyelidikan Malaysia–Jepun ke arah inovasi berimpak tinggi. 🀝🌏

πŸŽ‰ SEKALUNG TAHNIAH! πŸŽ‰Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia merakamkan setingg...
13/08/2026

πŸŽ‰ SEKALUNG TAHNIAH! πŸŽ‰

Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mohd Zulkhlairi Mohd Yusoff, Penasihat Projek dan Ketua Laboratori Biopolimer dan Bahan Terbitan (BADs), serta En. Mohd. Ashadie Kusno, Ketua Projek, atas kejayaan memperoleh tajaan daripada S.T. Corporation, Japan bernilai RM62,000.00 bagi projek penyelidikan:

🌿 Explore Tropical Plant Resources for the Development of Sustainable, Environmentally Friendly Bioproducts.

Semoga kejayaan ini terus memperkukuh kecemerlangan penyelidikan, inovasi serta kerjasama antarabangsa dalam pembangunan produk biobahan yang mampan dan mesra alam.

13/08/2026
🌟 Bengkel Penulisan Bab Buku dan Pemindahan Ilmu Mengenai Biokomposit Berasaskan Kayu Tropika dan GentianBengkel ini aka...
12/08/2026

🌟 Bengkel Penulisan Bab Buku dan Pemindahan Ilmu Mengenai Biokomposit Berasaskan Kayu Tropika dan Gentian

Bengkel ini akan didakan seperti ketetapan berikut:
πŸ“… Tarikh: 13 Ogos 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
πŸ“ Tempat: Bilik Seminar, Institut Perhutanan Tropika Dan Produk Hutan (INTROP), UPM
πŸ’° Yuran penyertaan: Percuma
πŸ‘₯ Terhad kepada 20 orang peserta terawal SAHAJA.

Pendaftaran terbuka kepadaπŸ“:
πŸŽ“ Siswazah dan Pascasiswazah
πŸ‘©β€πŸ’Ό Penyelidik UPM
🏒 Agensi Luar

Syarat PenyertaanπŸ“‹:
πŸ“„ Peserta yang ingin menyertai bengkel ini mestilah membawa komputer riba/laptop untuk tujuan perbincangan dan penulisan semasa bengkel.

Maklumat lanjut boleh hubungi πŸ“ž:
πŸ‘©β€πŸ’ΌNur Sabrina Mohd Anuar - 012 867 8747
πŸ‘©β€πŸ’ΌMuhammad Hazim Hidzer - 011 2582 8120
πŸ”— Daftar sekarang: https://forms.gle/jeS8EA69A2JZvHvP6

🌏 Memperkukuh Jaringan Penyelidikan Antarabangsa! 🀝INTROP, UPM menerima kunjungan delegasi penyelidik daripada MJIIT-UTM...
11/08/2026

🌏 Memperkukuh Jaringan Penyelidikan Antarabangsa! 🀝

INTROP, UPM menerima kunjungan delegasi penyelidik daripada MJIIT-UTM dan Kyushu University, Jepun pada 30 Julai 2026 bagi meneroka potensi kolaborasi penyelidikan dalam bidang bahan mampan, komposit berasaskan bio, polimer hijau dan bahan boleh diperbaharui. πŸ”¬πŸŒ±

Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama penyelidikan, pertukaran kepakaran dan inovasi bersama pada masa hadapan.

Warga Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahnia...
11/08/2026

Warga Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Norfaryanti Kamaruddin, Pegawai Penyelidik INTROP, atas jemputan sebagai Pakar Jemputan ke 2026 Teacher Professional Development Programme in Intangible Cultural Heritage (ICH) Education.

Program ini berlangsung pada 1 hingga 5 Ogos 2026 di University of Hong Kong, China, sebagai satu platform perkongsian ilmu dan kepakaran dalam bidang pendidikan warisan budaya tidak ketara.

Semoga jemputan ini terus memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa serta membuka lebih banyak peluang dalam perkongsian ilmu, penyelidikan dan inovasi berkaitan warisan budaya.

Tahniah Dr. Norfaryanti! Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama INTROP dan UPM di persada antarabangsa. πŸ‘πŸŒ

Address

Institute Of Tropical Forestry And Forest Products, UPM Serdang
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397691780

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institute of Tropical Forestry and Forest Products posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Institute of Tropical Forestry and Forest Products:

Shortcuts

Share