12/10/2026
iGEM 2026 HARI KETIGA: PENUTUPAN PAMERAN UPM
KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2026 – Hari terakhir iGEM 2026 menyaksikan reruai Universiti Putra Malaysia (UPM) terus menerima kunjungan daripada pelbagai pihak, termasuk alumni UPM dari Nestlé, wakil Nexus Future dan pelajar pascasiswazah UPM.
Selain sesi Pocket Talk bertajuk “Terengganu: Unlocking Opportunities in Green Energy & Smart Logistics” turut menampilkan penglibatan wakil UPM, iaitu Prof. Dr. Abdul Rahim sebagai ahli panel dan YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Hanif Yaacob Abdul Samad sebagai moderator., hari terakhir turut diisi dengan sesi iGEM 2027 Pledge, sesi fotografi bersama para peserta pameran serta majlis iGEM 2026 Appreciation Hi-Tea di Hall 5.
Terima kasih kepada semua yang telah berkunjung ke reruai UPM di Hall 4, Booth 4016 sepanjang tiga hari pameran. Semoga hubungan yang terjalin membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam inovasi hijau pada masa hadapan!