Pejabat Pendaftar UPM

Call Directions Website Contact the university

Pejabat Pendaftar UPM Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia

22/09/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) berkuat kuasa dari 18 September 2026 hingga 17 September 2028 🎓✨

17/09/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah FASc atas kepimpinan, khidmat bakti dan dedikasi sepanjang menerajui Universiti Putra Malaysia sebagai Naib Canselor ke-10.

Sepanjang kepimpinan beliau, UPM terus dipacu dengan hala tuju yang jelas melalui Kerangka True North, pengukuhan agenda keterjaminan makanan, kesihatan planet dan kelestarian, kesohoran global serta kesejahteraan warga dan Jiwa Putra. Semangat kerja berpasukan, tadbir urus berintegriti dan nilai “Berilmu Berbakti” turut menjadi antara asas penting dalam membawa UPM melangkah ke hadapan.

Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang telah mencorakkan perjalanan UPM. Selamat bersara, YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah FASc. Semoga segala usaha dan legasi yang telah dibina terus menjadi kekuatan kepada seluruh warga universiti dalam meneruskan agenda pertanian, keterjaminan makanan, kesihatan planet dan kelestarian, berpaksikan nilai “Berilmu Berbakti”.

09/09/2026

Kes nahas helikopter yang melibatkan kehilangan nyawa, waris bukan sahaja berdepan kesedihan, tetapi boleh mengalami trauma akut, grief traumatik, rasa tidak percaya, marah, bersalah, kebimbangan dan pada sesetengah individu, PTSD. Namun penting untuk tidak melabel seseorang sebagai PTSD terlalu awal kerana banyak reaksi awal selepas tragedi adalah reaksi normal terhadap keadaan yang luar biasa. WHO menyatakan bahawa selepas kecemasan, kebanyakan orang mengalami tekanan psikologi seperti keresahan, kesedihan, gangguan tidur, keletihan atau kemarahan; sebahagiannya sahaja akan berkembang kepada gangguan mental yang berterusan.

Ikuti rakaman temuramah bersama Puan Siti Fatimah Abdul Ghani, Pegawai Psikologi Kanan, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Di BERNAMA Radio.

https://www.youtube.com/watch?v=P1IXGAkhBhc

Ikuti temuramah bersama Puan Siti Fatimah Abdul Ghani, Pegawai Psikologi Kanan, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Un...
09/09/2026

Ikuti temuramah bersama Puan Siti Fatimah Abdul Ghani, Pegawai Psikologi Kanan, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), membicarakan Topik ‘Nahas Helikopter: Bantu Waris Atasi Trauma & PTSD’ dalam REAKSI di BERNAMA Radio.

📅 9 September 2026 (Rabu)
🕒 3.15 petang

Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) akan mengadakan Kaunter Khidmat Pelanggan sebagai inisiatif bagi memu...
08/09/2026

Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) akan mengadakan Kaunter Khidmat Pelanggan sebagai inisiatif bagi memudahkan warga UPM mendapatkan perkhidmatan, maklumat serta khidmat nasihat secara terus daripada pihak kami seperti butiran berikut:

Tarikh : 21 September 2026
Masa : 8:30 pagi – 4.30 petang
Tempat: Foyer Aras 1, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Melalui pembukaan kaunter ini, warga UPM berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan seperti berikut:

1. Pengemaskinian maklumat Peribadi dan tanggungan di HRMIS dan HRPortal
2. Isytihar Harta
3. Cuti
4. Rekod Kenyataan Perkhidmatan
5. Persaraan
6. E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)
7. Semakan CPD Individu
8. Behavioral Event Self-Assessment (BESA)
9. Cuti Belajar
10. Semakan Yuran Profesional
11. Caruman Skim Potongan Gaji
12. Taksiran Semua Zakat
13. Pertanyaan berkenaan PCB dan Zakat
14.Pertanyaan Bantuan Wakaf, Zakat dan Infak
15. Pembayaraan Zakat & Sumbangan Wakaf
16.Lain-Lain Pertanyaan

Semua warga UPM dijemput hadir ke Kaunter Khidmat P

Jangan lepaskan peluang mengikuti kupasan “Tak Malu Berhutang” bersama Pegawai Psikologi Kanan / Ketua Seksyen Perkhidma...
01/09/2026

Jangan lepaskan peluang mengikuti kupasan “Tak Malu Berhutang” bersama Pegawai Psikologi Kanan / Ketua Seksyen Perkhidmatan Intervensi, Pendaftar, Universiti Putra Malaysia, Siti Fatimah Abdul Ghani di Wanita Hari Ini (WHI).

📅 Rabu | 2 September 2026
⏰ 12.00 tengah hari – 1.00 petang
📺 TV3 atau strim secara langsung di Tonton

28/08/2026
21/08/2026
19/08/2026

🎓 Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia ke-50 bakal tiba!

Raikan detik penuh bermakna, kejayaan dan kebanggaan bersama warga UPM. ❤️💛

📍 UPM Sarawak: 2–3 November 2026
📍 UPM Serdang: 30 November–6 Disember 2026

18/08/2026

Tahniah Kontinjen UPM! Naib Juara keseluruhan bagi kejohanan Sukan Staf antara Universiti Malaysia ke-46

Address

Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran UPM, Serdang
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397691527

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendaftar UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pejabat Pendaftar UPM:

Shortcuts

Share