Fakulti Pengajian Pendidikan UPM

Call Directions Website

Fakulti Pengajian Pendidikan UPM FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Education Reimagined. Future Redefined
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

Melahirkan graduan yang cemerlang, penyelidikan berkualiti dan memberi khidmat profesional dalam bidang pendidikan dan pembangunan sumber manusia untuk memenuhi keperluan negara.

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UPM PERKASA KOMUNITI MELALUI BENGKEL DAN PERTANDINGAN KOKEDAMAPETALING JAYA, 26 September 2...
01/10/2026

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UPM PERKASA KOMUNITI MELALUI BENGKEL DAN PERTANDINGAN KOKEDAMA

PETALING JAYA, 26 September 2026 – Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperluas perkongsian ilmu dan kemahiran kepada masyarakat menerusi pelaksanaan Bengkel dan Pertandingan Kokedama bersempena Program Rewang Komuniti Strata 2026 yang berlangsung di kawasan lapang Blok G dan H, Pangsapuri Cahaya, Taman Medan, Petaling Jaya.
Program anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan kerjasama pelbagai agensi itu menghimpunkan kira-kira 600 penduduk sekitar Taman Medan dan Taman Datuk Haron, selain wakil agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan bukan kerajaan (NGO).

Seramai 20 orang peserta komuniti telah menyertai Bengkel dan Pertandingan Kokedama yang dikendalikan oleh Cik Ashana Saffie dan Cik Siti Rahayu Abdul Ghafar selaku penceramah, dengan dibantu oleh Cik Azika Abdul Jalil sebagai fasilitator.

Menerusi sesi amali, peserta didedahkan kepada teknik asas penghasilan Kokedama, penggunaan bahan, pembentukan dan ikatan bebola tanaman, teknik kemasan serta aspek penjagaan tanaman. Peserta turut diberi pendedahan mengenai kreativiti dalam menghasilkan Kokedama yang mempunyai nilai estetika dan potensi untuk dikomersialkan.

Menariknya, kemahiran penghasilan Kokedama bukan sahaja dapat dimanfaatkan sebagai aktiviti penghijauan dan hobi, malah mempunyai potensi untuk dikembangkan sebagai aktiviti keusahawanan mikro serta sumber pendapatan tambahan isi rumah. Produk Kokedama boleh dipasarkan sebagai tanaman hiasan, cenderamata, hadiah serta dekorasi untuk kediaman, pejabat, majlis dan acara korporat.

Turut diadakan ialah Pertandingan Kokedama bagi memberi ruang kepada peserta mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari serta mengetengahkan kreativiti masing-masing. Hadiah turut disampaikan kepada para pemenang sebagai penghargaan terhadap hasil kreativiti dan penglibatan mereka.

Program berkenaan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Datuk Bandar Petaling Jaya; YB Datuk Borhan bin Aman Shah, EXCO Perumahan Negeri Selangor; Tuan Halimey Abu Bakar, Penyelaras DUN Taman Medan; Tuan Ahmad Akhir, Ahli Majlis MBPJ Zon 18; serta Puan Nora Mansor, Ahli Majlis MBPJ Zon 17.

Penganjuran aktiviti ini mencerminkan usaha FPP UPM dalam memperluas pemindahan ilmu dan kemahiran kepada komuniti, khususnya melalui pendekatan yang menggabungkan elemen pendidikan, kelestarian, kreativiti dan keusahawanan.
Melalui kemahiran yang diperoleh, peserta bukan sahaja berpeluang menghasilkan Kokedama untuk kegunaan sendiri, malah boleh mengembangkannya sebagai produk bernilai tambah yang berpotensi mewujudkan peluang penjanaan pendapatan sampingan kepada isi rumah dan komuniti setempat.

Saksikan perbincangan isu "Buli Dalam Kalangan Belia, Gurauan Jadi Keterlaluan" dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM...
30/09/2026

Saksikan perbincangan isu "Buli Dalam Kalangan Belia, Gurauan Jadi Keterlaluan" dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM) bersama panel jemputan:

👨‍🏫 Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad
(Pensyarah Pembangunan Belia FPP)

👩‍🎓 Nur Wani Insyirah Ahmad Najmin
(Presiden Persatuan Pelajar Bachelor Sains Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian, UPM)

📅 Tarikh: Khamis, 1 Oktober 2026
⏰ Masa: 8.00 Pagi – 10.00 Pagi
📺 Saluran: TV1, Berita RTM, MYTV, Astro CH505 & RTMKlik

Saksikan perbincangan isu "Buli Dalam Kalangan Belia, Gurauan Jadi Keterlaluan" dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM) bersama panel jemputan:

👨‍🏫 Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad
(Pensyarah Pembangunan Belia FPP & Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM)

👩‍🎓 Nur Wani Insyirah Ahmad Najmin
(Presiden Persatuan Pelajar Bachelor Sains Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian, UPM)

📅 Tarikh: Khamis, 1 Oktober 2026
⏰ Masa: 8.00 Pagi – 10.00 Pagi
📺 Saluran: TV1, Berita RTM, MYTV, Astro CH505 & RTMKlik

GREEN EDU-CARE 2026 SIRI 4: MEMPERKASA GENERASI LESTARI SECARA INKLUSIF DI SK SUNGAI SIREH, TANJONG KARANG, SELANGOR.TAN...
28/09/2026

GREEN EDU-CARE 2026 SIRI 4: MEMPERKASA GENERASI LESTARI SECARA INKLUSIF DI SK SUNGAI SIREH, TANJONG KARANG, SELANGOR.

TANJONG KARANG, 22 September 2026 – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Fakulti Pengajian Pendidikan, dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia, terus memperkukuh komitmen dalam membudayakan kelestarian alam sekitar melalui penganjuran Program Climate Combat Care: Peduli Pendidikan Memperkasa Generasi Lestari (Green Edu-Care 2026 – Siri 4) di SK Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor.

Program ini merupakan satu inisiatif pendidikan alam sekitar yang bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman murid terhadap isu perubahan iklim, di samping membentuk amalan gaya hidup hijau sejak usia awal. Keunikan Siri 4 ini penglibatan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dalam program ini. Pada Siri 4, melibatkan 463 orang murid aliran perdana dari peringkat prasekolah hingga Tahun 5, dan 21 murid PPKI, pihak sekolah ingin mendedahkan pengalaman berharga ini kepada murid – murid berkeperluan khas supaya tidak disisihkan.

Penganjuran program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama strategik daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau), Aramco serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekali gus memperlihatkan kepentingan jaringan kerjasama antara institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan, pihak industri dan sekolah dalam memperkasa agenda kelestarian.
Bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna, pelbagai aktiviti interaktif, kreatif dan berasaskan pendekatan STEM telah dilaksanakan. Antara aktiviti yang menjadi pengisian program ialah Gaya Hidup Sihat: Green Movement (Senamrobik); Slot Generasi Cilik Melestari MasaDEpan; Warna-Warni Usahawan Masa Depan; Koyakan Kreatif; Tanaman Hijauku; Fabric Fashion Show; Bingkai Estetika Alam dan Chicky Waste.

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan turut mendedahkan murid kepada amalan penggunaan semula bahan terpakai, misalnya menerusi aktiviti Tanaman Hijauku dengan memanfaatkan botol plastik sebagai pasu tanaman. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan kreativiti, malah memberi pengalaman secara langsung kepada murid dalam mengaplikasikan konsep 3R – Reduce, Reuse dan Recycle – dalam kehidupan seharian.
Kemeriahan program turut diserikan dengan aktiviti Fabric Fashion Show yang menggalakkan murid menghasilkan idea kreatif menggunakan bahan Tekstil terpakai. Malah, inovasi penggunaan kotak juga dilakukan menerusi program Bingkai Estetika Alam dengan membuat kotak terpakai untuk dijadikan bingkai dan murid perlu menggunakan kreativiti untuk menghias menggunakan elemen alam semula jadi misalnya, daun, ranting, pasir dan lain – lain lagi.

Melalui projek ini, murid berpeluang meneroka potensi bahan buangan untuk diubah menjadi hasil reka cipta yang mempunyai nilai guna, sekali gus mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah, kreativiti, inovasi dan kerja berpasukan.
Pengarah Program, Dr. Norliza Ghazali, merakamkan penghargaan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh, Pn. Azizah Ajis, serta seluruh warga sekolah atas komitmen dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program tersebut. Beliau turut berharap agar kerjasama antara institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, pihak industri dan sekolah dapat terus diperkukuh melalui pelaksanaan lebih banyak program berimpak tinggi yang mampu membentuk generasi muda yang mempunyai kesedaran, pengetahuan dan kemahiran untuk bersama-sama menangani cabaran alam sekitar.
Program Climate Combat Care Siri 4 ini diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutupan yang disempurnakan oleh Tn. Iszamli Jailani, Wakil PPPD, Tn. Hj Fadzli Mat Radzi, YDP PIBG SK Sungai Sireh, Cik Fathinah Uzma Muhammad Jamil, Yayasan Hijau Malaysia, Dr Nurzatulshima Kamarudin Penyelaras Program dan Dr Norliza Ghazali, Pengarah Program Siri 4.

Secara keseluruhannya, program mendapat sambutan dan maklum balas yang positif daripada pihak sekolah serta para tetamu kehormat. Pendekatan yang menggabungkan pendidikan kelestarian, kreativiti, inovasi, dan STEM dilihat berpotensi untuk diperluaskan ke lebih banyak sekolah sebagai satu usaha berterusan dalam membina generasi yang bukan sahaja berpengetahuan, malah prihatin, kreatif, bertanggungjawab terhadap alam sekitar serta mempunyai semangat cinta akan negara.

AUDIT LOKASI PROGRAM BACELOR PENDIDIKAN SAINS RUMAH TANGGA DENGAN KEPUJIAN (BPSRTDK) BERJALAN LANCAR BAGI PENGEKALAN AKR...
28/09/2026

AUDIT LOKASI PROGRAM BACELOR PENDIDIKAN SAINS RUMAH TANGGA DENGAN KEPUJIAN (BPSRTDK) BERJALAN LANCAR BAGI PENGEKALAN AKREDITASI

SERDANG, 25 September 2026 (Jumaat) – Bagi memastikan kualiti pendidikan tinggi negara sentiasa berada pada tahap standard yang ditetapkan, Audit Lokasi bagi tujuan Penilaian Audit Pengekalan untuk Program Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga dengan Kepujian (BPSRTDK) telah dilaksanakan dengan jayanya di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia pada 25 September 2026. Sesi penilaian ini dikendalikan oleh panel penilai jemputan daripada pakar bidang dan jaminan kualiti, Dr. Suriani Mohamed dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Objektif utama lawatan tapak ini adalah untuk menilai dan menentusahkan pelaksanaan program tersebut selari dengan dokumen yang telah diserahkan, selain memastikan program ini memenuhi kerangka dan penanda aras Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Sepanjang audit lokasi berlangsung, audit memfokuskan kepada semakan dokumen rasmi, fail kursus, dan laporan pencapaian pelajar. Satu sesi temu bual berasingan bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk barisan tenaga pengajar, staf sokongan, para pelajar, serta wakil alumni turut diadakan. Sesi dialog ini bertujuan mendapatkan maklum balas secara terus mengenai keberkesanan kurikulum, sistem sokongan pelajar, dan kebolehpasaran graduan. Selain pemeriksaan dokumen program, delegasi panel penilai telah dibawa meninjau secara fizikal prasarana dan kemudahan sokongan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang disediakan untuk pelajar program tersebut. Tinjauan ini penting bagi memastikan kelengkapan yang digunakan adalah moden, selamat, dan relevan dengan keperluan industri semasa.

Proses audit pengekalan ini bukanlah sekadar satu keperluan prosedur, sebaliknya ia merupakan komitmen berterusan Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, Fakulti Pengajian Pendidikan dalam memperkasakan pendidikan guru, khususnya dalam bidang Sains Rumah Tangga. Maklum balas dan teguran membina daripada pihak auditor amat berharga bagi membantu fakulti membuat penambahbaikan berterusan. Hasrat fakulti adalah untuk melahirkan bakal pendidik Sains Rumah Tangga yang bukan sahaja kompeten dari segi kemahiran teknikal, malah holistik dan mampu mendepani cabaran pendidikan era digital ini. Pihak fakulti optimis bahawa program ini akan terus mengekalkan status akreditasinya, sekali gus meyakinkan bakal pelajar dan pihak majikan terhadap kualiti graduan yang dihasilkan.

TAHNIAH YBHG. PROF DR. ARIFIN ABDUWarga Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) merakamkan s...
25/09/2026

TAHNIAH YBHG. PROF DR. ARIFIN ABDU

Warga Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat menjalankan amanah kepada YBhg. Prof Dr Arifin Abdu atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tempoh 18 September 2026 hingga 17 September 2028.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kepimpinan yang cemerlang, berintegriti dan berwawasan dalam memperkukuh kecemerlangan UPM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Tahniah dan selamat memimpin, YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu.

Daripada:
Dekan dan seluruh warga Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP)
Universiti Putra Malaysia

Rakaman temubual bersama Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad daripada Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjut...
21/09/2026

Rakaman temubual bersama Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad daripada Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM di rancangan Niaga Awani membicarakan tajuk Belanjawan 2027: Peluang lebih adil untuk generasi muda pada 21 September 2026 jam 9.00 pagi.

Cabaran belia hari ini bukan sekadar mendapatkan pekerjaan, tetapi ...

PROGRAM OUTBOUND MOBILITI HIBRID KE UNIVERSITAS NEGERI MALANG, INDONESIA Malang, Indonesia, 14 - 20 OGOS 2026 - Persatua...
21/09/2026

PROGRAM OUTBOUND MOBILITI HIBRID KE UNIVERSITAS NEGERI MALANG, INDONESIA

Malang, Indonesia, 14 - 20 OGOS 2026 - Persatuan Pelajar Pembangunan Sumber Manusia (PESUMA), Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Outbound Mobiliti Hibrid Ke Universitas Negeri Malang Indonesia pada 14 Ogos hingga 20 Ogos 2026. Program ini melibatkan seramai 11 orang pelajar Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia Dengan Kepujian (BSHRD) dan diketuai oleh Syadea Nirmin Binti Shahron, bersama pegawai pemantau iaitu Dr. Nur Raihan Che Nawi, Pensyarah Kanan, Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan (JPPPL), FPP UPM.

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap sistem pendidikan dan kepelbagaian budaya di Indonesia, khususnya melalui pengalaman bersama warga Universitas Negeri Malang (UM).

Antara pengisian utama program ialah sesi perkongsian berkaitan penggunaan Artificial Intelligence (AI) dalam pendidikan yang disampaikan oleh Dr. Muhibuddin Fadhli, M.Pd. dan Hengkri Tri Hayadatullah. Perkongsian berkaitan keusahawanan sosial dan pembangunan komuniti turut disampaikan oleh Dr. Nur Raihan.

Di samping itu, mahasiswa UPM turut melaksanakan aktiviti explorace bersama 28 orang pelajar dari SD Laboratorium, UM. Aktiviti ini merangkumi permainan yang menguji kecerdasan minda, keupayaan fizikal serta memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.

Program ini merangkumi lawatan dan aktiviti di beberapa lokasi sekitar Malang dan Jawa Timur, seperti Kajoetangan Heritage, Kampung Tridi, Soendari Batik, Sumber Maron, Tumpak Sewu, Lava Tour dan Kapas Biru. Aktiviti ini memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali keunikan budaya, sejarah serta keindahan alam semula jadi di Indonesia.

Green Edu-Care 2026 Siri 3: Semai Kesedaran Kelestarian dan Semangat Patriotisme dalam Kalangan Murid di SK LKTP Jeranga...
21/09/2026

Green Edu-Care 2026 Siri 3: Semai Kesedaran Kelestarian dan Semangat Patriotisme dalam Kalangan Murid di SK LKTP Jerangau, Dungun, Terengganu



DUNGUN, 15 September 2026 – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Fakulti Pengajian Pendidikan, dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia, terus memperkukuh komitmen dalam membudayakan kelestarian alam sekitar melalui penganjuran Program Climate Combat Care: Peduli Pendidikan Memperkasa Generasi Lestari (Green Edu-Care 2026 – Siri 3) di Sekolah Kebangsaan LKTP Jerangau, Dungun, Terengganu. Program ini merupakan satu inisiatif pendidikan alam sekitar yang bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman murid terhadap isu perubahan iklim, di samping membentuk amalan gaya hidup hijau sejak usia awal yang melibatkan seramai 245 orang murid dari peringkat prasekolah hingga Tahun 6.

Penganjuran program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama strategik daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau), Aramco serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekali gus memperlihatkan kepentingan jaringan kerjasama antara institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan, pihak industri dan sekolah dalam memperkasa agenda kelestarian.

Bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna, pelbagai aktiviti interaktif, kreatif dan berasaskan pendekatan STEM telah dilaksanakan. Antara aktiviti yang menjadi pengisian program ialah Gaya Hidup Sihat: Green Movement (Briskwalk & Gaya Hidup Hijau); Ceramah Kelestarian Alam: Generasi Cilik Melestari Gaya Hidup Hijau; Warna-Warni Usahawan Masa Depan; Koyakan Kreatif; Tanaman Hijauku; Fabric Fashion Show; Pantun & Lukisan Hiasan Estetika Alam dan Transform Waste to Race.

Program turut diserikan dengan pengisian Kibaran Jalur Gemilang sebagai salah satu usaha menyemai semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September 2026, iaitu sehari selepas penganjuran program dalam kalangan murid. Murid dan warga sekolah bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan tiga buah lagu patriotik, iaitu Negaraku, Jalur Gemilang dan 31 Ogos. Pengisian ini dijalankan dalam suasana yang ceria dan penuh semangat.

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan turut mendedahkan murid kepada amalan penggunaan semula bahan terpakai, misalnya menerusi aktiviti Tanaman Hijauku dengan memanfaatkan botol plastik sebagai pasu tanaman. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan kreativiti, malah memberi pengalaman secara langsung kepada murid dalam mengaplikasikan konsep 3R – Reduce, Reuse dan Recycle – dalam kehidupan seharian.

Kemeriahan program turut diserikan dengan aktiviti Fabric Fashion Show yang menggalakkan murid menghasilkan idea kreatif menggunakan bahan Tekstil. Malah, inovasi penggunaan botol plastik juga dilakukan menerusi program Pantun & Lukisan Hiasan Estetika Alam dengan membuat cetakan dan murid perlu membuat pantun bertemakan alam semula jadi. Juga terdapat projek reka cipta Transform Waste to Race turut menjadi antara aktiviti utama yang menggabungkan elemen sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dengan konsep kelestarian dengan menggunakan barangan terbuang.

Melalui projek ini, murid berpeluang meneroka potensi bahan buangan untuk diubah menjadi hasil reka cipta yang mempunyai nilai guna, sekali gus mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah, kreativiti, inovasi dan kerja berpasukan.

Pengarah Program, Dr. Marzni binti Mohamed Mokhtar, merakamkan penghargaan kepada Guru Besar SK LKTP Jerangau, Tn. Razihawari bin Che Wan, serta seluruh warga sekolah atas komitmen dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program tersebut. Beliau turut berharap agar kerjasama antara institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, pihak industri dan sekolah dapat terus diperkukuh melalui pelaksanaan lebih banyak program berimpak tinggi yang mampu membentuk generasi muda yang mempunyai kesedaran, pengetahuan dan kemahiran untuk bersama-sama menangani cabaran alam sekitar.

Program Climate Combat Care Siri 3 ini diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutupan yang disempurnakan oleh Tn. Rosdi bin Husin, TPPD Dungun Sektor Pengurusan, PPD Dungun. Turut hadir memberikan sokongan ialah En. Ahmad Aida binYaakob, Naib YDP PIBG SK LKTP Jerangau, Dungun.

Secara keseluruhannya, program mendapat sambutan dan maklum balas yang positif daripada pihak sekolah serta para tetamu kehormat. Pendekatan yang menggabungkan pendidikan kelestarian, kreativiti, inovasi, STEM dan nilai patriotisme dilihat berpotensi untuk diperluaskan ke lebih banyak sekolah sebagai satu usaha berterusan dalam membina generasi yang bukan sahaja berpengetahuan, malah prihatin, kreatif, bertanggungjawab terhadap alam sekitar serta mempunyai semangat cinta akan negara.



Disediakan oleh: Dr Raihan & Cik Ashana

Saksikan program NiAGA AWANI membincangkan topik "Belanjawan 2027: Peluang Adil Untuk Belia Melangkah" bersama tetamu je...
20/09/2026

Saksikan program NiAGA AWANI membincangkan topik "Belanjawan 2027: Peluang Adil Untuk Belia Melangkah" bersama tetamu jemputan Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pensyarah Pembangunan Belia, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.

Tarikh: Isnin, 21 September 2026
Masa: 9.00 Pagi
Saluran/Platform: Astro Saluran 501, Live TV (astroawani.com), Aplikasi Astro AWANI & Astro GO

Saksikan program NiAGA AWANI membincangkan topik "Belanjawan 2027: Peluang Adil Untuk Belia Melangkah" bersama tetamu jemputan Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pensyarah Pembangunan Belia FPP dan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM.

Tarikh: Isnin, 21 September 2026
Masa: 9.00 Pagi
Saluran/Platform: Astro Saluran 501, Live TV (astroawani.com), Aplikasi Astro AWANI & Astro GO

15/09/2026

“Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera”

Warga Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Malaysia menjadi lambang perpaduan, kebersamaan dan kekuatan kita sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan latar belakang.

Marilah kita terus memupuk semangat Malaysia MADANI, memperkukuh perpaduan serta bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negara melalui pendidikan, ilmu dan nilai kemanusiaan.

Berbeza latar, bersatu jiwa.
Bersama membina Malaysia yang lebih sejahtera.

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia!
Ikhlas daripada Pengurusan dan Warga FPP, UPM

Address

Universiti Putra Malaysia (UPM)
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397698210

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Pengajian Pendidikan UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share