26/09/2026
[SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU KTDI SESI 2026/2027]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Warga Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada para pelajar baharu sesi 2026/2027 yang telah terpilih menjadi sebahagian daripada keluarga besar Universiti Putra Malaysia (UPM)! 🎓✨
✨ Kehadiran anda menandakan bermulanya satu fasa baharu dalam menimba ilmu, membina pengalaman dan mencipta kenangan yang bermakna. Di KTDI, anda bukan sekadar penghuni kolej, tetapi sebahagian daripada komuniti yang bersama-sama berkembang, berbakti dan mencipta kejayaan. Semoga langkah pertama ini menjadi permulaan kepada perjalanan untuk menimba ilmu, menabur bakti dan mengukir kejayaan.
Mari kita warnai perjalanan, bina kenangan dan mengejar kejuaraan bersama di Kolej Tun Dr. Ismail! 💜🧡
"BERILMU BERBAKTI"
“TEGUH DINAMIK INTELEK”
“JUARA DAMBAAN WARGA”
Ikhlas daripada
Warga Kolej Tun Dr. Ismail
Universiti Putra Malaysia