Malaysian Research Institute on Ageing

Call Directions Website Contact the university

Malaysian Research Institute on Ageing Malaysian Research Institute on Ageing(MyAgeing®) was previously known as Institute of Gerontology

Malaysian Research Institute on Ageing (MyAgeing™) UPM is a research institute that works specifically for conducting research related to aged and ageing. . . Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (IPPM) UPM merupakan sebuah institut penyelidikan yang berfungsi khusus bagi menjalankan penyelidikan berkaitan warga tua dan penuaan.

Good luck to all M1, M2 & M5 CFP candidates sitting for the September 2026 Examination Session on 19 & 20 September 2026...
18/09/2026

Good luck to all M1, M2 & M5 CFP candidates sitting for the September 2026 Examination Session on 19 & 20 September 2026!

Stay focused, stay confident, and give it your best. All the best, and wishing you success in your CFP examination!

Wishing all CFP M1, M2 & M5 candidates the very best for your September 2026 Exam! Stay focused, stay confident, and trust in all the hard work you have put in. Good luck..

Purnama indah di langit tinggi,Cahayanya lembut menyeri taman;Tinta bakti terukir abadi,Menjadi teladan sepanjang zaman....
17/09/2026

Purnama indah di langit tinggi,
Cahayanya lembut menyeri taman;
Tinta bakti terukir abadi,
Menjadi teladan sepanjang zaman.

Harum cempaka di laman bestari,
Mekar berseri disapa bayu;
Kepimpinan Dato’ amat dihargai,
Jasa dan budi tetap terpadu.

Burung merbah terbang ke hulu,
Singgah berteduh di pohon sena;
Walau berpisah ruang dan waktu,
Nama dan jasa kekal bermakna.

Jazakallahu khairan atas segala jasa, kepimpinan dan bakti. Semoga persaraan ini membuka lembaran baharu yang penuh keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan.

Daripada kami di MyAgeing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah FASc atas kepimpinan, khidmat bakti dan dedikasi sepanjang menerajui Universiti Putra Malaysia sebagai Naib Canselor ke-10.

Sepanjang kepimpinan beliau, UPM terus dipacu dengan hala tuju yang jelas melalui Kerangka True North, pengukuhan agenda keterjaminan makanan, kesihatan planet dan kelestarian, kesohoran global serta kesejahteraan warga dan Jiwa Putra. Semangat kerja berpasukan, tadbir urus berintegriti dan nilai “Berilmu Berbakti” turut menjadi antara asas penting dalam membawa UPM melangkah ke hadapan.

Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang telah mencorakkan perjalanan UPM. Selamat bersara, YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah FASc. Semoga segala usaha dan legasi yang telah dibina terus menjadi kekuatan kepada seluruh warga universiti dalam meneruskan agenda pertanian, keterjaminan makanan, kesihatan planet dan kelestarian, berpaksikan nilai “Berilmu Berbakti”.

SPECIAL ANNOUNCEMENT: Group Registration for the National Conference on Ageing 2026 (NCA2026)Planning to bring your team...
17/09/2026

SPECIAL ANNOUNCEMENT: Group Registration for the National Conference on Ageing 2026 (NCA2026)

Planning to bring your team? Register as a group and enjoy a special rate:

👥 RM6,000 for 10 participants

Want to add more value? Bring your group to the Pre-Conference Masterclass on Ageing (18 Oct) too, at RM400/USD100 per pax.

📅 19–21 October 2026
📍 KLGCC Convention Centre, Bukit Kiara, KL

Register now: https://myageing.upm.edu.my/national_conference_on_ageing/nca2026-16114

BERSARA BUKAN BERHENTI! KEKAL SIHAT DAN PRODUKTIFPAROI, 17 September 2026 – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAg...
17/09/2026

BERSARA BUKAN BERHENTI! KEKAL SIHAT DAN PRODUKTIF

PAROI, 17 September 2026 – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan slot rutin ceramah bertajuk “Bersara Bukan Berhenti! Kekal Sihat dan Produktif” yang disampaikan oleh Dr. Harnisha binti Haidhir, Pensyarah Kanan, Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.

Ceramah tersebut telah disertai oleh 25 orang ahli Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE@MyAgeing), Paroi, Negeri Sembilan. Program ini memberi penekanan terhadap kepentingan mengekalkan kesihatan, kecergasan, penglibatan sosial dan produktiviti dalam kalangan warga emas selepas persaraan.

Dalam sesi tersebut, peserta turut didedahkan kepada kepentingan penglibatan dalam aktiviti yang bermakna, hubungan kekeluargaan dan sosial, penyertaan dalam aktiviti komuniti serta autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kehidupan seharian.

Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MyAgeing®, UPM dalam menggalakkan penuaan aktif dan sihat melalui pembelajaran sepanjang hayat serta penglibatan komuniti setempat PAWE MyAgeing dalam aktiviti yang dapat meningkatkan kesejahteraan dan produktiviti warga emas. Inisiatif ini juga memberi peluang kepada warga emas untuk terus aktif, membina hubungan sosial dan menyumbang secara positif kepada keluarga serta masyarakat.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026
16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! Sama-sama kita raikan kepelbagaian dan memperkukuh perpaduan demi kesejahteraan negara.

🇲🇾✨

Masih bekerja selepas umur 60 tahun: pilihan atau keperluan?Dalam segmen Pantau Belanjawan bersama Astro AWANI, Chai Sen...
15/09/2026

Masih bekerja selepas umur 60 tahun: pilihan atau keperluan?

Dalam segmen Pantau Belanjawan bersama Astro AWANI, Chai Sen Tyng, Pegawai Penyelidik Kanan MyAgeing, berkongsi pandangan tentang isu bekerja selepas usia 60 tahun dalam konteks Belanjawan 2027.

Perkara ini wajar dibincangkan dengan lebih serius. Jika warga emas terus bekerja kerana masih sihat, berminat dan mahu kekal aktif, itu satu pilihan yang baik. Tetapi jika mereka terpaksa bekerja kerana simpanan tidak mencukupi, kos sara hidup meningkat, atau sokongan sosial masih lemah, itu tanda ada jurang yang perlu ditangani.

Malaysia memerlukan persekitaran kerja yang lebih mesra usia, perlindungan sosial yang lebih kukuh, dan perancangan persaraan yang lebih realistik.

Tonton perkongsian penuh di sini:
https://youtu.be/UL7o1Gufw9o?si=OztB_Qx4tboOyhKx

Malaysia sedang menuju negara menua, namun persoalannya bukan sekad...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perubatan ...
10/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), UPM akan mengadakan bengkel seperti butiran berikut:

Tajuk: Pemanduan Selamat Warga Emas: Kenali Kebolehan dan Risiko
📅 Tarikh: 24 September 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Bilik Latihan, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), UPM Serdang, Selangor
💰 Yuran Penyertaan: RM60 seorang

🔹 Sijil penyertaan elektronik (e-sijil) akan diberikan kepada semua peserta.
🔹 Staf UPM layak menuntut mata latihan CPD.
🔹 Sarapan pagi & makan tengah hari disediakan

📝 Tarikh Tutup Pendaftaran:
23 September 2026 (Rabu), 3.00 petang

🔗 Pautan Pendaftaran:
https://forms.gle/JTUshahpoTWTqrHq6

💳 Kaedah Pembayaran:
Pembayaran hendaklah dibuat melalui pindahan bank secara manual ke akaun berikut:

Nama Akaun: KIRA-KIRA AM UPM
Bank: CIMB Bank
No. Akaun: 8002151963

Sila nyatakan rujukan pembayaran seperti berikut:
"Pemanduan Selamat / Nama Peserta"

Harap maklum bahawa yuran pendaftaran yang telah dibayar adalah tidak boleh dikembalikan. Walau bagaimanapun, peserta boleh menggantikan penyertaan dengan peserta lain tanpa sebarang caj tambahan dengan memaklumkan kepada pihak urus setia sebelum program berlangsung.

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Dr. Harnisha Binti Haidhir: 018-266 1926
En Farid Jihadi: 011-1854 3083
📧 [email protected]

Kerjasama dan sokongan YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai bengkel ini serta berkongsi hebahan ini kepada rakan-rakan amatlah dihargai.

Terima kasih.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,YBhg. Prof./YBrs. Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,HEBAHAN PENGAMBILAN MySiswa@JoC (JO...
10/09/2026

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./YBrs. Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN PENGAMBILAN MySiswa@JoC (JOB ON CAMPUS) KEPADA PELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), Universiti Putra Malaysia (UPM) membuka peluang kepada lima (5) orang pelajar di bawah Program MySiswa@Job untuk ditempatkan di Unit Pentadbiran dan Unit Pengurusan Makmal.

Maklumat pengambilan MySiswa@Job adalah seperti berikut:

Bilangan: Lima (5) orang pelajar
Penempatan: Unit Pentadbiran dan Unit Pengurusan Makmal
Kadar bayaran: RM6.00 sejam
Waktu bekerja semasa semester: 20 jam seminggu
Waktu bekerja semasa cuti semester: 40 jam seminggu


Antara tugasan yang akan dilaksanakan adalah:

- Melaksanakan tugasan pentadbiran;
- Membantu urusan pelupusan rekod;
- Membantu mengemaskini data dan maklumat;
- Membantu dalam pengurusan penyelidikan; dan
- Membantu menjaga dan menguruskan gimnasium di Makmal
Kefungsian Fizikal

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 September 2026. Pelajar yang berminat boleh berhubung melalui emel [email protected] atau di talian 03-97692733 sebelum atau pada tarikh tutup yang ditetapkan.

Kerjasama pihak YBhg. Prof./YBrs. Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan untuk menguar-uarkan peluang ini kepada pelajar adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69. Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.
30/08/2026

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69. Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69. Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

Bengkel Selamat dan Berdikari di Rumah Perkukuh Keselamatan dan Kemahiran Kehidupan HarianSERDANG, 27 Ogos 2026 – Jabata...
27/08/2026

Bengkel Selamat dan Berdikari di Rumah Perkukuh Keselamatan dan Kemahiran Kehidupan Harian

SERDANG, 27 Ogos 2026 – Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), UPM, telah menganjurkan Bengkel “Selamat dan Berdikari di Rumah: Memperkasa Kemahiran Kehidupan Harian” bertempat di Bilik Latihan MyAgeing®, UPM.

Bengkel yang dikendalikan oleh Dr. Siti Noraini binti Asmuri, Pensyarah Kanan, FPSK, UPM, telah disertai seramai 17 peserta yang terdiri daripada golongan profesional, wakil pusat jagaan warga emas dan orang awam.

Bengkel ini memberi penekanan kepada kepentingan keselamatan, keupayaan berdikari dan pengurusan aktiviti kehidupan harian, khususnya dalam persekitaran rumah. Peserta didedahkan kepada pengetahuan serta strategi praktikal untuk melaksanakan aktiviti harian dengan lebih selamat, mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan di rumah, serta meningkatkan keyakinan dalam mengurus keperluan diri dan keluarga.

Selain perkongsian teori, pendekatan praktikal yang diterapkan dalam bengkel membolehkan peserta memahami cara menyesuaikan aktiviti dan persekitaran rumah mengikut keperluan individu. Pengetahuan ini amat berguna bukan sahaja kepada individu yang ingin mengekalkan tahap kebergantungan yang rendah, malah kepada penjaga dan keluarga dalam menyokong kehidupan harian yang lebih selamat dan berkualiti.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen UPM melalui MyAgeing® dalam menterjemahkan kepakaran akademik dan penyelidikan kepada manfaat yang boleh diaplikasikan secara langsung oleh masyarakat, khususnya dalam menyokong aspek keselamatan, kefungsian dan penuaan sihat. Program seumpama ini turut menyumbang kepada usaha membina persekitaran yang lebih mesra, selamat dan menyokong golongan berusia agar dapat terus menjalani kehidupan harian secara aktif, yakin dan berdikari.

Address

Malaysian Research Institute On Ageing, Persiaran Mardi-UPM
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397692751

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Research Institute on Ageing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Malaysian Research Institute on Ageing:

Shortcuts

Share