Institut Penyelidikan Produk Halal

Call Directions Website Contact the university

Institut Penyelidikan Produk Halal Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Julai 2006 hasil d

Nestle Malaysia, UPM perkasa aspek halal dalam pendidikan STEM
26/09/2026

Nestle Malaysia, UPM perkasa aspek halal dalam pendidikan STEM

Nestle Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memeterai kerjasama strategik dengan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026.

26/09/2026

KUALA LUMPUR: Nestlé (Malaysia) Bhd has entered into a collaboration with Universiti Putra Malaysia (UPM) to expand halal-related science, technology, engineering and mathematics (STEM) education among secondary school students.

UPM Perkukuh Ekosistem Halal Global Menerusi GHaS 2026Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Institut Penyelidikan Prod...
26/09/2026

UPM Perkukuh Ekosistem Halal Global Menerusi GHaS 2026

Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) memperkukuh peranannya dalam pembangunan ekosistem halal global menerusi penglibatan sebagai penganjur bersama Global Halal Summit (GHaS) 2026 yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, hari ini.

GHaS 2026 dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dalam ucapannya menekankan kepentingan memperkukuh ekosistem halal secara menyeluruh, dengan pensijilan halal dilihat sebagai permulaan kepada perjalanan sesebuah perniagaan, bukan sebagai titik akhir.

Sementara itu, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Prof. Dr. Awis Qurni Sazili berkata, tahun ini merupakan tahun kedua UPM dan IPPH terlibat secara langsung sebagai penganjur bersama GHaS, selepas terlibat menerusi penganjuran MIHREC 2025 pada tahun lalu.

“Penglibatan IPPH dalam GHaS bukan sekadar menganjurkan program, sebaliknya menjadi platform untuk kami mengetengahkan kepentingan penyelidikan, pendidikan dan latihan sebagai asas kepada pembangunan industri halal global,” katanya.

Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia, Dato’ Sri Jailani Johari, Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Zamberi Sekawi serta Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid.

UPM, Nestlé Malaysia Perluas Pendidikan Halal Berasaskan STEM melalui HalSTEMUniversiti Putra Malaysia (UPM) menerusi In...
26/09/2026

UPM, Nestlé Malaysia Perluas Pendidikan Halal Berasaskan STEM melalui HalSTEM

Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) menjalinkan kerjasama strategik dengan Nestlé Malaysia bagi memperluas pendidikan halal berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada pelajar sekolah menerusi program HalSTEM.

Kerjasama itu dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang merangkumi pembangunan modul pembelajaran, latihan dan aktiviti jangkauan bagi memberi pendedahan praktikal kepada pelajar tentang peranan sains dan teknologi dalam industri halal.

Majlis pertukaran MoU itu berlangsung baru-baru ini sempena Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) dan disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, Profesor Dr. Shamsul Bahri Md Tamrin, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan Nestlé Malaysia dan Singapura, Yang Mulia Raja Nurmaria Murni Raja Azmi dan Ketua Hal Ehwal Halal Nestlé Malaysia, Nasrul Hadi Mohamed Nor, Pengarah IPPH, Prof. Dr. Awis Qurni Sazili FASc.

,

Alhamdulillah, GCMS For Alcohol Content Determination Workshop telah berjaya dilaksanakan pada 23 September 2026 bertemp...
24/09/2026

Alhamdulillah, GCMS For Alcohol Content Determination Workshop telah berjaya dilaksanakan pada 23 September 2026 bertempat di Laboratori Perkhidmatan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), UPM. Ia adalah agenda ke-2 bagi Program Halal Paradigm yang diadakan bersempena dengan Global Halal Summit (GHaS) dan juga untuk menyokong usaha Indonesia–Malaysia–Thailand Growth Triangle (IMT-GT).

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan kefahaman peserta dalam analisis pengesanan kandungan alkohol menggunakan Gas Chromatography-Mass Spectrometry (GCMS), khususnya bagi menyokong integriti, penyelidikan serta kawalan mutu produk halal.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Liew Ting Kok, Pengurus Teknikal daripada CX1 Services Sdn Bhd, atas perkongsian ilmu, pengalaman dan tunjuk ajar yang sangat bermanfaat sepanjang bengkel berlangsung.

Tidak dilupakan juga, ribuan terima kasih kepada Pn. Haslina Mohamad (Pegawai Sains) dan Cik Syariena Arshad (Pegawai Penyelidik) dari IPPH atas pengendalian sesi praktikal, penyediaan sampel, analisis dan interpretasi data.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui bengkel ini dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh penyelidikan, analisis serta ekosistem halal di peringkat nasional dan juga global.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Pu...
24/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM).

22/09/2026

Majlis Perasmian University Research & Innovation Investment Summit (URIIS) 2026 yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

PARALLEL SESSION 1 | URIIS 2026Explore six dynamic tracks shaping Malaysia’s innovation landscape at URIIS 2026, from se...
21/09/2026

PARALLEL SESSION 1 | URIIS 2026

Explore six dynamic tracks shaping Malaysia’s innovation landscape at URIIS 2026, from semiconductors, nanotechnology and the digital economy to ag-tech, green technology, life sciences, advanced manufacturing, AI and robotics.

Join leading experts and industry players as they share insights, explore emerging opportunities and discuss pathways from research to real-world impact.

📅 22 September 2026 | 2.00–3.00 PM
📍 World Trade Centre Kuala Lumpur

Be part of Malaysia’s innovation future.

Click the link in the bio to register for URIIS 2026.

🚨 ONLY 5 DAYS LEFT! DON’T MISS THIS OPPORTUNITY! 🚨The Laboratory of Halal Services, Halal Products Research Institute co...
18/09/2026

🚨 ONLY 5 DAYS LEFT! DON’T MISS THIS OPPORTUNITY! 🚨

The Laboratory of Halal Services, Halal Products Research Institute cordially invites all UPM staff, researchers, and students to participate in the GCMS for Alcohol Determination Workshop.

📅 Date: 23rd September 2026
⏰ Time: 8.30 AM – 5.00 PM
📍 Venue: Halal Services Laboratory, Halal Products Research Institute (IPPH), UPM

💰 SPECIAL STUDENT PRICE – RM600 ONLY!

Looking to strengthen your knowledge and practical skills in GCMS analysis for alcohol content determination? This is a great opportunity to gain valuable exposure to an analytical technique relevant to halal research, laboratory analysis, and alcohol determination.

🎓 Open to all UPM staff, researchers & students
📚 CPD points will be counted for UPM staff
📜 E-certificate will be provided

🔥 Don’t wait until the last minute! Secure your spot now !

📧 For inquiries: [email protected]

We warmly encourage you to share this opportunity with your colleagues, research groups, and students.

Thank you, and we look forward to seeing you at the workshop!

Address

Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397691952

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Penyelidikan Produk Halal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Institut Penyelidikan Produk Halal:

Shortcuts

Share