Department of Physics Universiti Putra Malaysia

Call Directions Website Contact the university

Department of Physics Universiti Putra Malaysia Department of Physics aims to produce competent graduates who are ready for the job market.

This is the official page of Department of Physics, Universiti Putra Malaysia

Official website:
http://www.science.upm.edu.my/jabatan/fizik-698 (Malay version) http://www.science.upm.edu.my/jabatan/fizik-698?L=en (English version)

Email: [email protected]

Phone: +603-97696646

Alhamdulillah, selesai sudah Hari Penerangan Jabatan Fizik bagi sesi 2026/2027 yang telah berlangsung pada 30 September ...
30/09/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Hari Penerangan Jabatan Fizik bagi sesi 2026/2027 yang telah berlangsung pada 30 September 2026 bertempat di Dewan Kuliah Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM). βš›οΈβœ¨

Program ini menjadi platform untuk menyambut dan memberikan pendedahan awal kepada mahasiswa baharu Jabatan Fizik mengenai kehidupan akademik, sistem penasihatan akademik, pendaftaran pengajian serta peranan dan aktiviti yang disediakan sepanjang tempoh pengajian.

Turut berlangsung sesi perkongsian bersama alumni Jabatan Fizik, Kelab Mahasiswa Fizik (KMF) UPM serta penasihat akademik, yang memberikan panduan, pengalaman dan inspirasi kepada mahasiswa baharu dalam menempuh perjalanan mereka di UPM.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pensyarah, staf, alumni, KMF serta mahasiswa yang telah menjayakan program ini. Semoga sesi 2026/2027 menjadi permulaan kepada sebuah perjalanan yang penuh ilmu, pengalaman dan kejayaan. πŸ’™

Selamat datang dan selamat memulakan perjalanan di Jabatan Fizik, UPM! πŸ”¬βš›οΈ

Tahniah & Selamat Datang Mahasiswa Baharu Jabatan Fizik! ​Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa bahar...
29/09/2026

Tahniah & Selamat Datang Mahasiswa Baharu Jabatan Fizik!

​Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa baharu yang berjaya melangkah ke Jabatan Fizik!

​"Fizik bukan sekadar memahami hukum alam, tetapi seni melihat bagaimana dunia ini berfungsi dari sekecil-kecil zarah hingga seluas-luas galaksi."
​
​Selamat meneroka dunia fizik dan semoga terus cemerlang! πŸš€

Warga Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyar...
28/09/2026

Warga Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali atas pemergian beliau pada 28 September 2026.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah. 🀍

πŸ”¬ EDUCATIONAL LABORATORY TOUR | MSU-MAIN πŸ‡΅πŸ‡­ Γ— UPM πŸ‡²πŸ‡ΎThe Department of Physics, Universiti Putra Malaysia (UPM), was plea...
25/09/2026

πŸ”¬ EDUCATIONAL LABORATORY TOUR | MSU-MAIN πŸ‡΅πŸ‡­ Γ— UPM πŸ‡²πŸ‡Ύ

The Department of Physics, Universiti Putra Malaysia (UPM), was pleased to welcome a delegation of Physics students from Mindanao State University – Main Campus (MSU-Main), Philippines, for an educational laboratory tour on 24 September 2026.

The visit provided an opportunity for the students to explore UPM’s physics laboratories, gain exposure to laboratory facilities and instrumentation, and exchange knowledge and experiences in physics education and research.

We were honoured to welcome:

πŸ‘©β€πŸ”¬ ZHARAH M. ZAPANTA, MSc
PhD in Physics Student

πŸ‘©β€πŸ”¬ RAWIYA D. HADJI SALIC
MS in Physics Student

πŸ‘¨β€πŸ”¬ MOHAMMAD SHALICH T. TIOLO
MS in Physics Student

We hope this visit provided valuable insights and fostered meaningful academic connections between MSU-Main and UPM. Thank you for visiting us, and we look forward to future collaborations! πŸ‡΅πŸ‡­πŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύ

Warga Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada...
25/09/2026

Warga Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada:

🌟 Prof. Madya Dr. Muhammad Khalis Abdul Karim
🌟 Dr. Yazid Yaakob
🌟 Dr. Tan Sin Tee
🌟 Dr. Muhammad Kashfi Shabdin
🌟 Dr. Amirah Abd Latif

atas kejayaan menerima Geran STI 100Β³ (Sains, Teknologi & Inovasi) daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan jumlah keseluruhan geran sebanyak RM15,000.00.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pembangunan ilmu pengetahuan, di samping menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi negara.

Warga Jabatan Fizik merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Prof. Madya Dr. Mohd Amiruddin Abd. Rahm...
24/09/2026

Warga Jabatan Fizik merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Prof. Madya Dr. Mohd Amiruddin Abd. Rahman atas kejayaan menerima Geran Penyelidikan dan Pembangunan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berjumlah RM99,960.00. πŸŽ‰πŸ‘

Geran ini menyokong projek eARFSC-SSM: Pembangunan Sistem Kesiapsiagaan Pematuhan Berasaskan AI untuk Intermediari Korporat dan Juruaudit dalam Pemfailan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan.

Sekalung tahniah atas pencapaian yang membanggakan! ✨

Warga Jabatan Fizik merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Dr. Farah Diana Muhammad atas kejayaan t...
24/09/2026

Warga Jabatan Fizik merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Dr. Farah Diana Muhammad atas kejayaan terpilih menyertai APEC Scientist Program to Korea 2026! πŸŽ‰πŸ‡°πŸ‡·

Program ini akan berlangsung pada 5 Oktober hingga 29 Disember 2026 bertempat di Korea Institute of Science and Technology (KIST), Seoul, Korea.

Semoga penyertaan ini membuka peluang kolaborasi penyelidikan antarabangsa serta pengalaman bermakna dalam memperkukuh kecemerlangan akademik dan inovasi.

Sekalung tahniah dan selamat maju jaya! πŸ‘βœ¨

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Pu...
23/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia berkuat kuasa dari 18 September 2026 hingga 17 September 2028.

​Semoga UPM terus melakar kejayaan dan kecemerlangan di bawah kepimpinan YBhg. Prof.

Ikhlas daripada :
Ketua Jabatan & Warga Jabatan Fizik, Fakulti Sains, UPM.

23/09/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) berkuat kuasa dari 18 September 2026 hingga 17 September 2028 πŸŽ“βœ¨

🏸 SERVE, RALLY & CONNECT 2026Alhamdulillah, selesai sudah Pertandingan Badminton Tiga Sebelah Kakitangan Jabatan Fizik –...
18/09/2026

🏸 SERVE, RALLY & CONNECT 2026

Alhamdulillah, selesai sudah Pertandingan Badminton Tiga Sebelah Kakitangan Jabatan Fizik – SERVE, RALLY & CONNECT 2026! 🏸✨

Program yang berlangsung pada 11 September 2026 di Gelanggang Badminton, Dewan Serbaguna, UPM ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan, malah turut mengeratkan kerjasama, silaturahim dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Jabatan Fizik.

πŸ† SENARAI PEMENANG

πŸ₯‡ Johan – The Rally Master
Kumpulan 3
β€’ Dr. Mohd Hafiz Mohd Zaid
β€’ Dr. Muhammad Safwan Zaini
β€’ Dr. Mohd Saiful Asmal Abdul Rani

πŸ₯ˆ Naib Johan
Kumpulan 6
β€’ Prof Madya Dr. Chan Kar Tim
β€’ Dr. Muhammad Kashfi Shabdin
β€’ En. Muhammad Syahir Sak Ari

πŸ₯‰ Tempat Ketiga
Kumpulan 4
β€’ Prof. Madya Dr. Mohd Amiruddin Abd Rahman
β€’ Dr. Md Shuhazlly Mamat@Mat Nazir
β€’ En. Muhammad Harith Daniel Azman

🌟 ANUGERAH INDIVIDU

🏸 The Silver Smash – Anugerah Pemain Lelaki Terbaik
Dr. Mohd Hafiz Mohd Zaid

🏸 The Shuttle Slayer – Anugerah Pemain Perempuan Terbaik
Dr. Mazliana Ahmad Kamarudin

πŸ™Œ PENGHARGAAN

Penghargaan juga diberikan kepada pelajar Jabatan Fizik yang membantu sebagai pengadil:

1. Fion Soh Jia Xi
2. Muhamad Irfan bin Muhammad Tayyab
3. Mohammad Ally Adinda bin Adrian Gan
4. Muhammad Dzulfiqri bin Rosli

Terima kasih kepada semua peserta, pengadil, urus setia dan warga Jabatan Fizik yang bersama-sama menjayakan program ini. Tahniah kepada semua pemenang! πŸ‘πŸ»πŸΈ

Address

Department Of Physics, Faculty Of Science, Universiti Putra
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397696646

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Department of Physics Universiti Putra Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Department of Physics Universiti Putra Malaysia:

Shortcuts

Share