Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi - IDEC

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi - IDEC Visi
Untuk menjadikan UPM salah satu universiti unggul yang terhubung berasaskan ICT.

Misi
Membangun dan mengukuhkan sistem pengajaran, penyelidikan dan pentadbiran UPM melalui penyediaan sistem maklumat dan teknologi secara meluas dan menyeluruh.

20/08/2026
20/08/2026

Selamat Menyambut Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia (HPUA) 2026!

20/08/2026

Tahniah Kontinjen UPM! Naib Juara keseluruhan bagi kejohanan Sukan Staf antara Universiti Malaysia ke-46

Assalamualaikum w.b.t.Ayuh kita memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan kepada atlet dan pegawai iDEC yang mewakili U...
06/08/2026

Assalamualaikum w.b.t.

Ayuh kita memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan kepada atlet dan pegawai iDEC yang mewakili UPM ke Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2026 yang berlangsung pada 6 hingga 16 Ogos 2026 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.

Semoga semua wakil iDEC sentiasa diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan semangat juang yang tinggi serta berjaya mengharumkan nama iDEC dan UPM.

πŸ’ͺ Selamat Berjuang Atlet dan Pegawai SUKUM iDEC!

MESYUARAT CDO KPT SELARAS HALA TUJU AI EDUCATION HUB31 Julai 2026 |  Kuala Lumpur Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan ...
03/08/2026

MESYUARAT CDO KPT SELARAS HALA TUJU AI EDUCATION HUB

31 Julai 2026 | Kuala Lumpur

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) merangkap Ketua Pegawai Digital (CDO) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan telah mempengerusikan Mesyuarat Ketua Pegawai Digital (CDO) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Universiti Malaya secara fizikal serta dalam talian semalam.

Mesyuarat ini bertujuan menyelaras hala tuju transformasi digital KPT, memperkukuh kerjasama antara Ketua Pegawai Digital (CDO) KPT, jabatan, agensi dan universiti awam, serta memperkasa pelaksanaan inisiatif pendigitalan pendidikan tinggi yang lebih bersepadu dan berimpak tinggi.

Antara pengisian utama mesyuarat ialah perbincangan mengenai pembangunan AI Education Hub sebagai platform penyelarasan nasional yang diterajui KPT dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membangunkan ekosistem AI pendidikan yang bersepadu, merangkumi pembangunan bakat, penyelidikan, inovasi serta laluan pembangunan bakat AI secara berterusan daripada peringkat sekolah hingga ke pendidikan tinggi.

Mesyuarat turut membincangkan cadangan penubuhan Majlis Ketua Pegawai Digital Universiti Awam Malaysia, perkongsian inisiatif teknologi universiti awam, kerjasama strategik KPT bersama industri dalam pembangunan bakat AI dan reka bentuk litar bersepadu (IC Design), serta penggunaan Model AI ILMU (Intelek Luhur Malaysia Untukmu) oleh YTL AI Labs bagi memperkukuh ekosistem AI pendidikan tinggi negara.

KPT akan terus komited memperkukuh agenda transformasi digital dan pemerkasaan kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan tinggi bagi melahirkan ekosistem yang lebih inovatif, berdaya saing dan mampan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI serta Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Pegawai Digital Universiti Awam, Jabatan dan Agensi, serta pegawai-pegawai kanan KPT.

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Aminuddin Hassim
Universiti Malaya




Komitmen seluruh warga iDEC dalam menghayati prinsip EKSA diyakini mampu menyokong aspirasi Universiti Putra Malaysia ke...
31/07/2026

Komitmen seluruh warga iDEC dalam menghayati prinsip EKSA diyakini mampu menyokong aspirasi Universiti Putra Malaysia ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti, cekap, inovatif dan mampan.

πŸŽ‰ TAHNIAH DI ATAS KENAIKAN PANGKAT WARGA iDEC πŸŽ‰Seluruh warga Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universit...
28/07/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH DI ATAS KENAIKAN PANGKAT WARGA iDEC πŸŽ‰

Seluruh warga Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia (UPM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada dua orang warga iDEC yang telah menerima kenaikan pangkat.

🌟 Puan Nurul Fatihah Md Marham
Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F10
πŸ“… Berkuat kuasa: 1 Jun 2026

🌟 Encik Hishamuddin Abd Samat
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Gred FA6
πŸ“… Berkuat kuasa: 22 Jun 2026

Kenaikan pangkat ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan sepanjang berkhidmat. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi serta menyumbang kepada kecemerlangan iDEC dan Universiti Putra Malaysia.

Semoga kedua-dua penerima terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Sekalung tahniah dan syabas daripada seluruh warga iDEC! πŸ’

Assalamualaikum w.b.t.Sukacita dimaklumkan bahawa 22 orang staf Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Univer...
23/07/2026

Assalamualaikum w.b.t.

Sukacita dimaklumkan bahawa 22 orang staf Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia telah menerima kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026.

Warga iDEC merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada:

1. Syemsul Bahrim bin Abdul (Gred F13)
2. Mohd Rizal bin Mohd Khanafie (Gred F13)
3. Juraidah binti Mohamad Amin (Gred F13)
4. Ahmad Faisal bin Abdul Ghafar (Gred F12)
5. Aidah binti Ngatiman (Gred F12)
6. Muhammad Fadzli bin Arifin (Gred F12)
7. Mohamad Farid bin Harun (Gred F12)
8. Maziah binti Alis @ Alias (Gred F12)
9. Rosrizal bin Mohd Zain (Gred F12)
10. Mohd Nor Hisham bin Che Jaafar (Gred F12)
11. Abdul Wahid bin Mohd Sidik (Gred F12)
12. Sabdin @ Zahar bin Wahab (Gred F12)
13. Rusli bin Ahmad (Gred J12)
14. Rahayu binti Hashim (Gred F12)
15. Ku Haizal bin Ku Halim (Gred F12)
16. Harun @ Eyong bin Jantrik (Gred J12)
17. Hashimah binti Amat Sejani (Gred F12)
18. Huda binti Khairuddin (Gred F12)
19. Mohd Mazlimin bin Omar (Gred F12)
20. Rosliza binti Ibrahim (Gred F12)
21. Rostam bin Abu Bakar (Gred F12)
22. Zurayawati binti Sulaiman (Gred F12)

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan, meningkatkan profesionalisme serta menyumbang dengan lebih cemerlang ke arah merealisasikan aspirasi Universiti Putra Malaysia dan iDEC.

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua penerima. Semoga terus maju jaya dan cemerlang dalam melaksanakan amanah. πŸŽ‰

Sesi Libat Urus Pelan Strategik Pendigitalan UPM 2026–2030 Bersama Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPMSERDANG, 16 Jula...
17/07/2026

Sesi Libat Urus Pelan Strategik Pendigitalan UPM 2026–2030 Bersama Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPM

SERDANG, 16 Julai 2026 – Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Sesi Libat Urus Pelan Strategik Pendigitalan UPM 2026–2030 Bersama Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPM di Restoran L’Apprenti, UPM.

Sesi libat urus ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Jailani Johari, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, dan turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Nurfadhlina Mohd. Sharef, Chief Digital Officer (CDO) UPM, barisan pengurusan iDEC serta pegawai-pegawai yang terlibat dalam perancangan strategik pendigitalan universiti.

Program ini bertujuan mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada LPU bagi memperkukuh penyediaan Pelan Strategik Pendigitalan UPM 2026–2030 agar selaras dengan aspirasi universiti serta keperluan transformasi digital masa hadapan.

Perbincangan memberi tumpuan kepada pencapaian Pelan Strategik Pendigitalan UPM 2021–2025, di samping membincangkan hala tuju dan inisiatif strategik bagi tempoh 2026–2030. Antara fokus utama termasuk pemerkasaan tadbir urus ICT, pembangunan infrastruktur digital, transformasi perkhidmatan, inovasi digital serta penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Hasil sesi libat urus ini akan dijadikan input penting dalam memuktamadkan Pelan Strategik Pendigitalan UPM 2026–2030 sebagai panduan pelaksanaan agenda transformasi digital universiti ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, inovatif dan mampan.

Address

Seri Kembangan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi - IDEC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi - IDEC:

Shortcuts

Share