Institut Biosains, UPM

Join us for the UPM-MCC Webinar Series 1/2026!πŸ”— Scan the QR code or click the link to join: https://forms.gle/F5LSA3hV5d...
13/08/2026

Join us for the UPM-MCC Webinar Series 1/2026!
πŸ”— Scan the QR code or click the link to join:
https://forms.gle/F5LSA3hV5dqQVYeJ6

Let’s be part of this insightful session!

Jom sertai Bedah Buku Read@IBS !!Tarikh: 21 Ogos 2026 (Jumaat)Nantikan ya !!
11/08/2026

Jom sertai Bedah Buku Read@IBS !!
Tarikh: 21 Ogos 2026 (Jumaat)
Nantikan ya !!

[Pembentangan Teknikal Skim C IBS Siri 19 2026]24 Julai 2026 – Program Talent@IBS bagi Pembentangan Teknikal Skim C Inst...
08/08/2026

[Pembentangan Teknikal Skim C IBS Siri 19 2026]

24 Julai 2026 – Program Talent@IBS bagi Pembentangan Teknikal Skim C Institut Biosains (IBS) siri ke-19 bagi tahun 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya. Program anjuran Sekretariat Pengurusan Perkhidmatan Makmal IBS ini bermatlamat untuk memperkasa kompetensi staf makmal dan mengetengahkan kepakaran teknikal dalam pelbagai disiplin penyelidikan sains hayat. Sesi siri kali ini menampilkan dua pembentangan teknikal yang sangat informatif, memfokuskan kepada aplikasi instrumentasi penulenan bahan kimia serta metodologi mikrobiologi khusus.

Sesi pertama dikendalikan oleh Encik Ahmad Fauzi bin Mokhtar, Penolong Pegawai Sains dari Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi (NaturMeds). Menerusi pembentangan bertajuk "Panduan Komprehensif Operasi: Rotary Evaporator", beliau berkongsi kepakaran teknikal mengenai teknik penyejatan lembut yang digunakan khusus untuk menumpukan dan menulenkan sampel cecair berharga melalui penyejatan pelarut. Penekanan diberikan kepada prinsip teras penyejatan berputar yang menggabungkan tiga elemen utama iaitu haba (water bath), kinetik (rotary flask), dan tekanan rendah (vacuum pump). Beliau menerangkan bahawa sistem vakum sangat kritikal untuk menurunkan takat didih pelarut bagi melindungi molekul sampel termolabil daripada kerosakan akibat haba berlebihan. Selain daripada memperincikan anatomi instrumen seperti kondenser, kelalang berputar, kelalang pemungut, injap vakum, dan panel kawalan, beliau turut membentangkan perbandingan antara model industri BUCHI R220 dan model kompak IKA RV-8. Sesi beliau diakhiri dengan panduan amalan keselamatan terbaik seperti memastikan paras air water bath mencukupi, penggunaan gris silikon untuk kedap vakum, serta larangan melepaskan tekanan vakum secara mengejut bagi mengelakkan sampel terpercik (bumping).

Sesi kedua p**a disampaikan oleh Puan Nor Umaira Abu Asan, Pegawai Sains dari Koleksi Kultur Mikrob UPM (UPM-MCC), Institut Biosains. Beliau membentangkan topik yang bertajuk "Viability Test for Bacteria / Ujian Daya Hidup Bakteria". Beliau menerangkan kepentingan ujian daya hidup bakteria dalam pelbagai sektor industri seperti penentuan dos probiotik, pemantauan kualiti air minuman, serta pengesahan keberkesanan dalam pembuatan vaksin dan produk perubatan. Beliau memperincikan kaedah Viable Plate Count (VPC) dan menjelaskan rasional di sebalik penggunaan unit CFU (Colony Forming Unit) berbanding istilah "sel", memandangkan satu koloni yang tumbuh di atas agar boleh berasal daripada sel tunggal mahupun sekelompok sel kecil bakteria.

Beliau turut memperincikan tujuh fasa aliran proses VPC, bermula dari pengambilan sampel, pencairan bersiri (serial dilution), plating (spread plate atau pour plate), inkubasi pada suhu optimum, pertumbuhan, pengiraan koloni sah, sehingga kepada analisis pengiraan menggunakan formula matematik . Selain itu, beliau menekankan kepentingan 'Peraturan 30-300' dalam memilih piring petri yang sah untuk pengiraan statistik, di mana piring dengan koloni kurang daripada 30 dikategorikan sebagai TFTC (Too Few To Count) dan melebihi 300 sebagai TNTC (Too Numerous To Count). Sesi ini turut menggariskan faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan VPC seperti aspek teknik (aseptik, dilution, spreading) dan faktor persekitaran, serta membincangkan kelebihan dan kekurangan kaedah ini, termasuk titik buta terhadap sel bakteria mati dan sel yang berada dalam fasa VBNC (Viable But Non-Culturable).

Program bulanan Talent@IBS ini diharap dapat terus memperkasa pengetahuan teknikal, meningkatkan kefahaman staf mengenai pengendalian peralatan serta teknik makmal khusus, di samping menjadi platform perkongsian idea dan pengalaman yang dinamik dalam kalangan staf makmal IBS untuk memacu kelestarian saintifik universiti

[Canres Outreach 2026 Meningkatkan Kesedaran Awal Kanser dan Kesihatan Komuniti di Dungun, Terengganu]25 Julai 2026 β€” La...
05/08/2026

[Canres Outreach 2026 Meningkatkan Kesedaran Awal Kanser dan Kesihatan Komuniti di Dungun, Terengganu]

25 Julai 2026 β€” Laboratori Penyelidikan Kanser UPM MAKNA (CANRES) telah menganjurkan sebuah program khidmat masyarakat Canres Outreach 2026 di Dungun, Terengganu, yang berjaya menarik penyertaan seramai 320 orang, terdiri daripada penduduk setempat serta pelajar daripada tujuh buah sekolah di sekitar daerah ini. Program ini mendapat sokongan daripada National Cancer Society Malaysia (NCSM), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Pejabat Pendidikan Daerah Dungun, dan Pejabat Daerah dan Tanah Dungun. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengesanan awal kanser serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta mendedahkan aplikasi STEM bagi merangsang minat murid sekolah terhadap penerokaan bidang sains dan teknologi.

Program dimulakan dengan sesi senamrobik sebelum diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh pengarah program Canres Outreach 2026 , Dr. Aida Azrina Azmi, dan Ketua Laboratori, Profesor Madya Dr. Chia Suet Lin. Program ini turut diselaraskan bersama YB Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin bin Tengku Md Fauzi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, dan telah dirasmikan oleh YB Mohd Fadhli Rahmi bin Zulkifli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang.

Selepas majlis perasmian, para peserta mengikuti ceramah kesihatan yang memberi tumpuan kepada kanser serviks dan kanser kolorektal. Program ini turut menawarkan saringan kesihatan dan saringan kanser secara menyeluruh, di samping aktiviti STEM berbentuk praktikal yang memberi peluang kepada peserta memperoleh pengalaman pembelajaran secara langsung. Maklum balas daripada para peserta amat memberangsangkan. Mereka menyifatkan program ini sebagai menarik, bermanfaat, dan menyeronokkan. Ramai juga berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperluaskan kesedaran masyarakat mengenai pencegahan dan pengesanan awal kanser.

Master Advanced Cell Culture Techniques for Cancer Research! πŸ§ͺAre you looking to bridge theoretical knowledge with pract...
05/08/2026

Master Advanced Cell Culture Techniques for Cancer Research! πŸ§ͺ

Are you looking to bridge theoretical knowledge with practical, hands-on laboratory experience? Join us at the UPM-MAKNA Cancer Research Laboratory (CANRES), Institute of Bioscience, UPM, for an intensive 3-day practical workshop designed to elevate your research skills.

πŸ“Œ Workshop Details
Event: Advanced Cell Culture Workshop for Cancer Research 2026

Date: 8 – 10 September 2026

Time: 8:00 AM – 5:00 PM

Venue: UPM-MAKNA Cancer Research Laboratory (CANRES), Institute of Bioscience, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Target Audience: Students, Researchers, and Industry Professionals

Capacity: Limited to 20 participants only!

For more information please refer to the poster.

[Institut Biosains Terima Kunjungan Panel Penilai Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni UPM 2026]31 Julai 2026 – Institut Biosa...
04/08/2026

[Institut Biosains Terima Kunjungan Panel Penilai Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni UPM 2026]

31 Julai 2026 – Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan panel penilai sempena Pertandingan Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni UPM 2026 pada 31 Julai 2026.

Sesi penjurian yang berlangsung di Sudut Bacaan Read@IBS ini bertujuan menilai usaha PTJ dalam mewujudkan ruang bacaan yang kondusif, kreatif dan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi Universiti Putra Malaysia untuk membudayakan amalan membaca serta memperkukuh ekosistem pembelajaran sepanjang hayat.

Delegasi panel penilai terdiri daripada Puan Noor Syafini Zamani dan Puan Emelda Mohd Hamid, yang telah menilai pelbagai aspek termasuk pengurusan sudut bacaan, kreativiti dan idea, penglibatan warga IBS serta pelaksanaan aktiviti galakan membaca sepanjang tahun.

Sesi turut diserikan dengan lawatan ke ruang bacaan serta demonstrasi beberapa aktiviti interaktif yang menjadi identiti Sudut Bacaan Read@IBS. Komitmen warga IBS dalam menjayakan budaya membaca mencerminkan usaha berterusan institut dalam menyokong pembangunan ilmu, kreativiti dan kesejahteraan warga kampus.

Institut Biosains merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada panel penilai atas kunjungan dan penilaian yang telah dilaksanakan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua warga IBS yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan Sudut Bacaan Read@IBS sehingga berjaya menjadi sebuah ruang ilmu yang aktif, kondusif dan memberi manfaat kepada seluruh warga universiti.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dalam menyemarakkan budaya membaca serta menyokong aspirasi UPM sebagai sebuah universiti berteraskan ilmu.

🌿 Mencari Cenderamata Unik & Mesra Alam untuk Majlis Anda? 🌿Dapatkan Tempahan Pokok Hiasan & Cenderamata Pokok khas dari...
04/08/2026

🌿 Mencari Cenderamata Unik & Mesra Alam untuk Majlis Anda? 🌿

Dapatkan Tempahan Pokok Hiasan & Cenderamata Pokok khas daripada Unit Biodiversiti, Institut Biosains, UPM!

Sesuai sangat untuk dijadikan cenderamata atau hiasan bagi pelbagai acara:
βœ… Majlis Penutupan / Perasmian
βœ… Mesyuarat / Seminar / Bengkel
βœ… Program Komuniti & Acara Rasmi

πŸ’‘ Kenapa Pilih Kami?

Pemilihan pokok hiasan berkualiti & segar.

Siap digubah mesra dengan pasu, pusingan hiasan & balutan kemas.

Sesuai untuk pelbagai bajet majlis!

πŸ’° Harga: RM 48 – RM 58 (Mengikut kadar harga UPM)
πŸ“ Tempah Lebih Awal untuk pastikan stok & pilihan terbaik anda!

πŸ“ž Hubungi Kami Sekarang Untuk Tempahan:

En. Kamarul: 014-9740769

En. Safawi: 012-2071074

Sedang berlangsungnya penilaian pertandingan Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni 2025/2026
31/07/2026

Sedang berlangsungnya penilaian pertandingan Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni 2025/2026

Seluruh warga Institut Biosains (IBS), UPM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Dato' Dr. Mohamed Shariff bin...
30/07/2026

Seluruh warga Institut Biosains (IBS), UPM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Dato' Dr. Mohamed Shariff bin Mohamed Din (FASc, MCVS) atas penganugerahan berprestij Tan Sri Ahmad Mustaffa Babjee Award 2026
(Malaysian Veterinary Medical Association)

Semoga kejayaan Prof. Dato' terus menjadi sumber inspirasi buat seluruh warga IBS UPM!

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH! Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah daripada seluruh warga Institut Biosains (IBS), ...
30/07/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH!

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah daripada seluruh warga Institut Biosains (IBS), UPM atas kenaikan pangkat pegawai dan staf IBS berkuat kuasa 1 Julai 2026.

Semoga terus cemerlang dan berdedikasi dalam menjalankan amanah yang diberi!

Address

Institut Biosains, UPM
Seri Kembangan
43400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Biosains, UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Institut Biosains, UPM:

Shortcuts

Share