10/05/2026
Sekilas pandang Majlis Soft Launch Perasmian Debunga@FRSB UPM, sebuah nurseri pokok di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Jailani Johari, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia.
Turut hadir memeriahkan majlis:
YBhg. Dato’ Hj. Mohamad Satim Diman
LPU Wakil Sektor Swasta
YBrs. Tn. Mohamad Sabrie Mohamad Salleh
LPU Wakil Alumni
Professor Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof
Dekan FRSB
serta ahli-ahli pengurusan dan warga kerja FRSB UPM.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Alumni KASEL, LAr. Tan Pengkoon daripada Terang Bulan Landscape Sdn. Bhd., atas kejayaan merealisasikan pembukaan Debunga@FRSB UPM serta Cafe Kopi&Ulam by Debunga.
We are proud of you!
Semoga Debunga@FRSB UPM terus berkembang sebagai ruang hijau, pembelajaran, kolaborasi industri, dan kebanggaan alumni FRSB UPM.