Fakulti Ekologi Manusia UPM

Call Directions Website

Fakulti Ekologi Manusia UPM Akaun media sosial rasmi Fakulti Ekologi Manusia , UPM Serdang, Lorong Tulang Daing 1, 43400 Serdang, Selangor.

The Faculty of Human Ecology (FHE) was officially established on 1st April 1992 through the merger of the Department of Human Development Studies from the Faculty of Agriculture with the Department of Social Sciences from the Faculty of Educational Studies. Four departments were then established, namely, the Department of Family Development Studies, Department of Resource Management and Consumer Studies, Department of Community Nutrition and Health, and the Department of Social Development Studies.

🎬 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆! 🏆Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sasi Taran, pelajar Tahun 3, Program Komp...
25/09/2026

🎬 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆! 🏆

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sasi Taran, pelajar Tahun 3, Program Komposisi Muzik, atas kejayaan meraih Tempat Kedua (Naib Johan) dalam Tomorrow’s Filmmaker Competition yang telah berlangsung pada 14 Jun 2026 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dalam pertandingan tersebut, Sasi Taran telah menggalas peranan sebagai Ketua Projek, Penerbit dan Komposer Muzik bagi filem pendek “NIAT”, serta memimpin pasukan multidisiplin yang terdiri daripada 9 orang pelajar UPM.

Kejayaan ini amat membanggakan apabila pasukan NIAT berjaya meraih Tempat Kedua daripada penyertaan 20 buah universiti di seluruh negara.

Ahli pasukan:
Sasi Taran | Nhavinish Kumar | Rattanavellan | Muhunthan | Nagadevi | Harish | Natasya | Ravin | Krishanth

Pencapaian ini membuktikan keupayaan, kreativiti, kepimpinan serta kecemerlangan seni yang dapat dizahirkan oleh mahasiswa melalui penglibatan dalam bidang kreatif dan produksi filem.

Syabas dan tahniah kepada Sasi Taran serta seluruh pasukan produksi NIAT atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berkarya, berinovasi dan mengharumkan nama UPM di persada yang lebih luas. 🎬🏆✨

Ikhlas Daripada:
Ahli Pengurusan & Seluruh Warga
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
_________________________________________________
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗵𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗙𝗘𝗠 𝗱𝗶:
𝗟𝗮𝗺𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴 : 𝗵𝘁𝘁𝗽𝘀://𝗲𝗰𝗼𝟭.𝘂𝗽𝗺.𝗲𝗱𝘂.𝗺𝘆
𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺 : 𝗵𝘁𝘁𝗽𝘀://𝘄𝘄𝘄.𝗶𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺.𝗰𝗼𝗺/𝗳𝗲𝗺_𝘂𝗽𝗺/
𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 : 𝗵𝘁𝘁𝗽𝘀://𝘄𝘄𝘄.𝗳𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸.𝗰𝗼𝗺/𝗨𝗣𝗠𝗘𝗰𝗼

Program  Bual Bicara Pakar 6.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk Scammer Tidak Pernah Cuti!Assalamualaiku...
25/09/2026

Program Bual Bicara Pakar 6.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk Scammer Tidak Pernah Cuti!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa program Bual Bicara Pakar 6.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat telah memasuki tahun ke-6. Program ini merupakan anjuran oleh Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia dan Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan format penyampaian yang ringan dan berilmiah serta secara santai. Butiran Program adalah seperti berikut :

Tarikh : 25 September 2026 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi -11.30 pagi
Tajuk : Scammer Tidak Pernah Cuti!
Medium : Atas talian- Zoom
Join Zoom Meeting : https://zoom.us/j/7281715891?pwd=uAMYy3bQq5WLo7B1jepByN8uZoV2Tb.1&omn=95379470212
Passcode: BBP06@06

Kesudian Dato/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan menerima dan memberi keutamaan atas undangan ini amatlah di hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih

Setiap Peserta dari UPM yang menyertai program ini juga akan diberikan mata CPD latihan UPM.

Link pendaftaran kehadiran peserta program akan diberikan pada sesi program bermula.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Profesor Dr. Arifin bin Abdu atas pelantikan sebagai Naib Canselor Univer...
23/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Profesor Dr. Arifin bin Abdu atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tempoh 18 September 2026 hingga 17 September 2028.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan UPM serta memperkukuh kepimpinan universiti dalam memacu agenda pendidikan tinggi negara.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab. Semoga YBhg. Profesor Dr. Arifin bin Abdu terus diberikan kejayaan dalam menerajui UPM ke arah pencapaian yang lebih gemilang.

Tahniah dan selamat maju jaya!

Ikhlas daripada
Ahli Pengurusan dan Warga
Fakulti Ekologi Manusia (FEM)
Universiti Putra Malaysia

18/09/2026

Bicara Telaah@ FEM Bersama Penulis Siri3 Dan Majlis Penutupan Sambutan Minggu Malaysia 2026
18//9/2026
10 . 00 am
sudut bacaan Fakulti Ekologi Manusia

17/09/2026

FEM Video Highlights of The Day – 17 September

Rangkuman video sekitar Program ”Aku Kasih Malaysia”- Sumbangan Bakul Makanan Kumpulan Pelaksana UPM yang berlangsung di Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Hj. Mohd Amim Hj. Othman di atas sumbangan kepakaran yang amat bermakna kepada F...
11/09/2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Hj. Mohd Amim Hj. Othman di atas sumbangan kepakaran yang amat bermakna kepada Fakulti.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Ts. Dr. Raihani Mohamed, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat; Dr. Hj. Mohd Amim Hj. Othman, Fakulti Ekologi Manusia; serta Prof. Madya Dr. Malina Osman, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan atas sumbangan sebagai penyumbang artikel kepakaran terbanyak di media bagi bulan Ogos 2026.

Sumbangan kepakaran para akademia UPM melalui media amat bermakna dalam memperluas perkongsian ilmu, meningkatkan kefahaman masyarakat serta mengetengahkan pandangan berasaskan ilmu dan penyelidikan kepada khalayak umum.

Syabas dan terima kasih atas komitmen dalam menyebarluaskan ilmu untuk manfaat masyarakat. 👏🎓📰

PROGRAM BUAL BICARA PAKAR 6.0: 360 PERSPEKTIF PENGGUNA & MASYARAKAT (SIRI 05)Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Sukacit...
11/09/2026

PROGRAM BUAL BICARA PAKAR 6.0: 360 PERSPEKTIF PENGGUNA & MASYARAKAT (SIRI 05)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa program Bual Bicara Pakar 6.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat telah memasuki tahun ke-6. Program ini merupakan anjuran oleh Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia dan Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan format penyampian yang ringan dan berilmiah serta secara santai. Butiran Program adalah seperti berikut :

Tarikh : 11 September 2026 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi -11.30 pagi
Tajuk : Jangan Jadi Mangsa Digital!
Medium : Atas talian- Zoom
Join Zoom Meeting : https://zoom.us/j/7281715891?pwd=IpI7oD7MWHKSmuYGHAF7R9ViuMJj53.1&omn=95121289782
Passcode: BBP06@05

Kesudian Dato/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan menerima dan memberi keutamaan atas undangan ini amatlah di hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

Setiap Peserta dari UPM yang menyertai program ini juga akan diberikan mata CPD latihan UPM.

Link pendaftaran kehadiran peserta program akan diberikan pada sesi program bermula.

📢 𝗝𝗢𝗠 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗧𝗥𝗔𝗜𝗡𝗜𝗡𝗚 𝗢𝗙 𝗧𝗥𝗔𝗜𝗡𝗘𝗥𝗦 (𝗧𝗢𝗧) 𝗞𝗜𝗔𝗥!Berminat untuk menjadi tenaga pengajar Kursus Integriti dan Antiras...
10/09/2026

📢 𝗝𝗢𝗠 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗧𝗥𝗔𝗜𝗡𝗜𝗡𝗚 𝗢𝗙 𝗧𝗥𝗔𝗜𝗡𝗘𝗥𝗦 (𝗧𝗢𝗧) 𝗞𝗜𝗔𝗥!

Berminat untuk menjadi tenaga pengajar Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR)? Jom sertai Bengkel Latihan Tenaga Pengajar (TOT) KIAR anjuran Fakulti Ekologi Manusia, UPM.

📅 28 & 29 September 2026 (Isnin & Selasa)
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Bilik Sidang, Fakulti Ekologi Manusia, UPM
💻 Pilihan: Bersemuka / Online
💰 Bersemuka: RM150 | Online: RM120
🎓 Sijil TOT diberikan kepada peserta yang melengkapkan keseluruhan bengkel.

📲 Pendaftaran kini dibuka! Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar.

Jemput daftar dan kongsikan kepada rakan-rakan yang berminat 🙌

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Sukacita dimaklumkan bahawa program Bual Bicara Pakar 6.0 : 360’ Perspektif Pengguna...
28/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa program Bual Bicara Pakar 6.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat telah memasuki tahun ke-6 penganjurannya. Program ini merupakan anjuran Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA).

Program ini dilaksanakan dalam format perkongsian ilmu yang santai, ringan tetapi berinformasi, bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai isu semasa berkaitan pengguna, keluarga dan kesejahteraan kewangan serta ekonomi keluarga.

Bagi siri kali ini, perbincangan akan memberi fokus kepada penipuan ( scammer) penggunana platform sosial media dan kesan terhadap pengguna serta tindakan yang perlu dilakukan.

BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 28 August 2026 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi – 11.30 pagi
Tajuk : SCAMMED! Duit Hilang, Siapa Hendak Tolong?
Link Zoom Meeting :
https://zoom.us/j/7281715891?pwd=O78oIzjsk4qt1gPa54UzX7eQKp1OuL.1&omn=93851654693

Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP06@04
---
Moderator:
Prof. Madya Dr. Irwan Syah Md Yusoff, CiDe.
Exco MACFEA & Pensyarah Kanan
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Panel:
Dr. Hanifah Binti Abdul Hamid
Ahli MACFEA
Pensyarah Kanan,
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Sains Islam Malaysia.

RINGKASAN PROGRAM:
Pernah terima mesej yang nampak seperti daripada bank?
✅ Pernah nampak iklan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan?
✅ Pernah ditawarkan kerja sambilan dengan pendapatan “terlalu bagus untuk jadi benar”?
✅ Atau mungkin ada ahli keluarga, rakan atau kenalan yang pernah menjadi mangsa scam?

Jangan anggap “saya takkan kena scam.”

Hari ini, scam bukan lagi sekadar panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali. Scammer menggunakan media sosial, WhatsApp, Telegram, iklan digital, akaun palsu, laman web tiruan, aplikasi berbahaya dan teknik manipulasi psikologi untuk mendapatkan kepercayaan mangsa.

Bank Negara Malaysia melaporkan bahawa impak penipuan yang dilaporkan di Malaysia mencecah RM2.8 BILION pada tahun 2025. Di sebalik angka tersebut ialah individu, pesara, keluarga dan pengguna biasa yang boleh kehilangan simpanan, wang kecemasan dan sumber pendapatan dalam sekelip mata.

Lebih membimbangkan, taktik scam terus berkembang.

Pada 3 Ogos 2026 sahaja, Bank Negara Malaysia mengemas kini Financial Consumer Alert List dengan beberapa entiti mencurigakan yang menggunakan Facebook, Instagram dan Telegram, termasuk entiti yang berpotensi menyamar sebagai organisasi yang sah.

Ini bermakna…

Sebagai pengguna, kita berhadapan dengan satu persoalan besar:

Bagaimana hendak membezakan antara tawaran yang benar dengan tawaran yang sengaja direka untuk memperdaya kita?

Scammer menggunakan teknik seperti:

🔴 Mewujudkan rasa takut dan panik
🔴 Mendesak mangsa membuat keputusan segera
🔴 Menawarkan keuntungan luar biasa
🔴 Menyamar sebagai bank, agensi kerajaan atau syarikat terkenal
🔴 Menggunakan akaun media sosial dan profil palsu
🔴 Menghantar pautan atau aplikasi yang berbahaya
🔴 Membina kepercayaan sebelum meminta wang atau maklumat peribadi.

Kesan scam bukan sekadar “duit hilang.”

Ia boleh menyebabkan:

💸 Simpanan keluarga susut atau lesap
🏦 Hutang meningkat
👨‍👩‍👧‍👦 Perancangan pendidikan anak terganggu
🏠 Komitmen rumah dan kenderaan terjejas
🧓 Simpanan hari tua hilang
😔 Tekanan emosi, rasa malu dan hilang keyakinan
🤝 Hubungan keluarga turut boleh terjejas

Dan persoalan yang lebih besar ialah:

Apabila duit kita telah hilang akibat scam, SIAPA YANG BOLEH MEMBANTU?

Bank?
Pihak berkuasa?
NSRC?
Atau pengguna sendiri?

Jawapannya tidak semudah “siapa salah, siapa bayar”.

BNM menjelaskan bahawa pendekatan semasa semakin menekankan tanggungjawab bersama antara institusi kewangan dan pelanggan, namun pampasan tidak dijamin dalam semua kes.

Sebab itu kita perlu tahu hak, tanggungjawab dan tindakan yang betul sebagai pengguna.

Hari ini kita bukan sekadar menggunakan media sosial untuk:

👍 Like
💬 Comment
🛒 Shopping
🎥 Menonton video
💼 Mencari kerja
📈 Mencari peluang pelaburan

Tetapi media sosial juga boleh menjadi ruang scammer membina kepercayaan.

Akaun yang nampak profesional belum tentu benar.

Jumlah followers bukan bukti seseorang itu sah.

Testimoni bukan semestinya bukti.

Logo organisasi bukan jaminan.

Dan “ramai orang dah masuk” bukan bermaksud ia selamat.

Malah, BNM kini turut memberi amaran tentang potential clone entity — entiti yang cuba menyerupai organisasi sebenar melalui nama, logo, identiti atau maklumat pendaftaran untuk mengelirukan pengguna.

JADI, APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN?

Sebelum klik, bayar, transfer atau percaya…

STOP → CHECK → THINK → ACT

⛔ STOP – Jangan terburu-buru apabila didesak.
🔎 CHECK – Semak nombor telefon, akaun, syarikat dan sumber rasmi.
🧠 THINK – Tanya diri: “Kenapa mereka mahu saya buat keputusan sekarang?”
✅ ACT – Jika mencurigakan, jangan teruskan dan dapatkan bantuan.

Dan jika anda menyedari berlaku transaksi tidak sah atau menjadi mangsa scam, BNM menasihatkan supaya segera menghubungi bank atau NSRC 997 serta membuat laporan polis.

APA YANG ISTIMEWA SIRI KALI INI?

Dalam masa 1 jam, kita akan melihat isu scam bukan hanya dari sudut “penipu dan mangsa”, tetapi melalui 360° perspektif:

👤 PENGGUNA – Bagaimana kita mengenal pasti perangkap scam?
💰 KEWANGAN – Apa kesan scam terhadap individu dan keluarga?
📱 MEDIA SOSIAL – Bagaimana platform digital digunakan untuk mempengaruhi dan memperdaya pengguna?
🧠 TINGKAH LAKU – Mengapa orang yang bijak dan berpendidikan juga boleh terperangkap?
🛡️ TINDAKAN – Apa perlu dilakukan sebelum dan selepas menjadi mangsa?

Bukan sekadar mendengar.
Tetapi belajar mengenal pasti tanda-tanda bahaya sebelum terlambat.

📌 Jangan tunggu duit hilang baru mencari jawapan.

📌 Jangan tunggu keluarga menjadi mangsa baru mahu belajar.

📌 Jangan anggap scam hanya berlaku kepada orang lain.

🚨 Satu klik.
Satu panggilan.
Satu keputusan terburu-buru.
Boleh mengubah keadaan kewangan sebuah keluarga.

Jadi…

ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK KENAL, CEGAH & LAWAN SCAM?

🎥 SERTAI KAMI PADA 28 OGOS 2026!

Kerana dalam dunia digital hari ini…

**CELIK DIGITAL SAHAJA TIDAK CUKUP.

KITA MESTI CELIK PENGGUNA.
CELIK KEWANGAN.
DAN CELIK SCAM.**

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!

Kesudian Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan menerima dan memberi keutamaan atas undangan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Setiap peserta / staf UPM yang menyertai program ini juga akan diberikan mata CPD latihan UPM.

JOM SERTAI PERBINCANGAN INI!


Address

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+60397697051

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Ekologi Manusia UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share