TvetMara Ledang

Call Directions Website

TvetMara Ledang Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang merupakan institusi pengajian yang menawarkan program Diploma di bawah Bahagian Kemahiran & Teknikal yang merupakan milik penuh MAJLIS AMANAH RAKYAT.

22/10/2026
21/10/2026
21/10/2026
YAYASAN PELAJARAN MARA SUMBANG LAPTOP BANTU PELAJAR B40 DI TVETMARA LEDANGTANGKAK, 21 Oktober – Seramai tiga orang pelaj...
21/10/2026

YAYASAN PELAJARAN MARA SUMBANG LAPTOP BANTU PELAJAR B40 DI TVETMARA LEDANG

TANGKAK, 21 Oktober – Seramai tiga orang pelajar TVETMARA Ledang dari kalangan kumpulan B40 menerima sumbangan komputer riba (laptop) bagi memastikan mereka tidak keciciran dalam pembelajaran digital. Sumbangan daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) ini disampaikan oleh Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Haji Dusuki, Pengerusi MARA melalui Program Peluncuran MARA DTEC yang diadakan di TVETMARA Ledang, petang tadi.

Pihak YPM berharap inisiatif ini akan merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi, khususnya mereka yang bakal menyiapkan projek tahun akhir bagi program teknikal TVET. Pihak agensi sedar bahawa akses kepada peranti komputer kini bukan lagi satu kemewahan, sebaliknya ia merupakan satu keperluan asas dalam sistem pendidikan moden. Sumbangan ini diharap dapat membakar semangat mereka untuk belajar dengan lebih tekun.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengerusi MARA, Ir. Dr. Mahzan Teh Ketua Pengarah MARA, Pn. Lailatul Asmah binti Mohd Tahir Pengarah Kanan Pelaburan MARA, Ir. Nuriman bin Yusop Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA, En. A Razu Abdul Razak Pengarah MARA Negeri Johor, pengarah-pengarah pusat MARA serta barisan kepimpinan komuniti setempat.

Sementara itu, seorang pelajar Semester 4 Program Makmal, Adriana Carmila, 20, menzahirkan rasa syukur atas sumbangan tersebut memandangkan sebelum ini dia terpaksa berkongsi telefon pintar usang milik ibunya untuk mengulang kaji pelajaran. "Saya berterima kasih kepada YPM. Laptop ini sangat membantu saya untuk mencari bahan rujukan peperiksaan dan menyiapkan tugasan dengan lebih selesa," ujarnya.

Semoga lebih banyak lagi agensi yang tampil membantu para pelajar yang memerlukan demi memartabatkan anak bangsa yang berwibawa.





π— π—˜π— π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› π—¦π—œπ—‘π—˜π—₯π—šπ—œ 𝗠𝗔π—₯π—”β€“π—œπ—‘π——π—¨π—¦π—§π—₯π—œ π— π—˜π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨π—œ 𝗠𝗔π—₯𝗔 π——π—§π—˜π—–LEDANG, 21 Oktober 2026 – Majlis Peluncuran MARA Dialysis Technical E...
21/10/2026

π— π—˜π— π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› π—¦π—œπ—‘π—˜π—₯π—šπ—œ 𝗠𝗔π—₯π—”β€“π—œπ—‘π——π—¨π—¦π—§π—₯π—œ π— π—˜π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨π—œ 𝗠𝗔π—₯𝗔 π——π—§π—˜π—–

LEDANG, 21 Oktober 2026 – Majlis Peluncuran MARA Dialysis Technical Excellence Centre (DTEC) di TVETMARA Ledang menjadi platform memperkukuh kerjasama strategik MARA bersama industri dan agensi dalam pembangunan pendidikan TVET serta bidang teknologi bioperubatan.

Majlis yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA, turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan Foresight Industries Sdn. Bhd.

Pengukuhan jaringan kerjasama ini diteruskan melalui penyerahan Surat Hasrat atau Letter of Intent (LOI) kepada empat rakan strategik:

1. GE Healthcare Sdn. Bhd.
2. Quantum Medical Solution Sdn. Bhd. (QMS)
3. Medivest Sdn. Bhd.
4. Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)

Sijil Kompetensi kepada para jurutera bioperubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah mengikuti latihan kompetensi anjuran Technical Expert Training Academy (THETA), Biomedical Electronics, TVETMARA Ledang turut disampaikan di dalam majlis ini. Latihan ini memberi tumpuan kepada pembangunan kompetensi teknikal dalam bidang peralatan makmal perubatan serta keselamatan radiasi dan penyelenggaraan sistem x-ray.

Jalinan ini membuka ruang untuk memperluas perkongsian kepakaran, pendedahan teknologi dan pembelajaran berasaskan industri bagi melahirkan bakat TVET yang kompeten serta bersedia memenuhi keperluan sektor penjagaan kesihatan negara.

MARA DTEC membawa aspirasi untuk menghubungkan pendidikan, kepakaran teknikal dan keperluan masyarakat, dengan TVETMARA Ledang sebagai medan pembangunan bakat serta kerjasama industri.

𝗠𝗔π—₯𝗔 π——π—§π—˜π—– π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› π—£π—˜π— π—•π—”π—‘π—šπ—¨π—‘π—”π—‘ π—•π—”π—žπ—”π—§ π—§π—©π—˜π—§ π—•π—œπ—’π—£π—˜π—₯𝗨𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑 π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔LEDANG, 21 Oktober 2026 β€” YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi...
21/10/2026

𝗠𝗔π—₯𝗔 π——π—§π—˜π—– π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› π—£π—˜π— π—•π—”π—‘π—šπ—¨π—‘π—”π—‘ π—•π—”π—žπ—”π—§ π—§π—©π—˜π—§ π—•π—œπ—’π—£π—˜π—₯𝗨𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑 π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔

LEDANG, 21 Oktober 2026 β€” YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Haji Dusuki, Pengerusi MARA, menyempurnakan Majlis Peluncuran MARA Dialysis Technical Excellence Centre (DTEC) di TVETMARA Ledang, sekali gus memperkukuh usaha MARA membangunkan tenaga teknikal Bumiputera dalam sektor teknologi perubatan dan penjagaan kesihatan.

Dibangunkan melalui kerjasama strategik TVETMARA Ledang dengan Foresight Industries Sdn. Bhd. (FISB), MARA DTEC mengintegrasikan pendidikan TVET, kepakaran teknikal industri dan perkhidmatan dialisis sebenar dalam satu ekosistem bersepadu.

MARA DTEC telah mula beroperasi pada 17 Ogos 2026 dengan enam unit mesin hemodialisis bagi fasa awal. Pusat ini dirancang untuk menampung kapasiti penuh sebanyak 14 unit mesin bagi menyokong keperluan perkhidmatan dialisis serta memperluas peluang latihan teknikal kepada pelajar.

Melalui pendekatan Teaching Factory, pelajar mendapat pendedahan kepada persekitaran operasi sebenar industri untuk membina kompetensi dalam pengendalian, penyelenggaraan dan sokongan teknologi peralatan dialisis. Pendekatan ini menghubungkan pembelajaran di kampus dengan keperluan industri, di samping membuka ruang perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi.

Majlis turut diisi dengan penandatanganan plak perasmian, penyerahan Surat Hasrat (LOI) kepada lima syarikat industri serta lawatan ke pusat dialisis bagi meninjau kemudahan dan pengoperasiannya.

Penubuhan MARA DTEC merupakan antara inisiatif strategik di bawah kerangka National’s Premier Biomedical & Smart Health Excellence Hub (NBioSH Hub) 2025–2035 TVETMARA Ledang. Inisiatif ini turut berpotensi menyokong peluasan ekosistem kesihatan MARA, termasuk hasrat penubuhan Hospital MARA, melalui pembangunan tenaga teknikal yang kompeten.

Peluncuran ini mencerminkan komitmen MARA untuk memastikan pendidikan TVET terus berkembang seiring kemajuan teknologi kesihatan serta memberikan manfaat kepada pelajar, industri dan komuniti.

MARA DTEC At TVETMARA Ledang To Produce Biomedical Technology Experts - Asyraf Wajdi
21/10/2026

MARA DTEC At TVETMARA Ledang To Produce Biomedical Technology Experts - Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi, MARA DTEC, TVETMARA Ledang, Hospital

MARA DTEC Di TVETMARA Ledang Platform Melahirkan Pakar Teknologi Bioperubatan
21/10/2026

MARA DTEC Di TVETMARA Ledang Platform Melahirkan Pakar Teknologi Bioperubatan

Asyraf Wajdi, MARA DTEC, TVETMARA Ledang, Hospital

𝗠𝗔π—₯𝗔 π——π—§π—˜π—–: π— π—˜π— π—”π—–π—¨ π—§π—˜π—žπ—‘π—’π—Ÿπ—’π—šπ—œ π——π—œπ—”π—Ÿπ—œπ—¦π—œπ—¦, π— π—˜π— π—•π—”π—‘π—šπ—¨π—‘π—žπ—”π—‘ π—žπ—˜π—£π—”π—žπ—”π—₯𝗔𝗑 π—§π—˜π— π—£π—”π—§π—”π—‘YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki,...
21/10/2026

𝗠𝗔π—₯𝗔 π——π—§π—˜π—–: π— π—˜π— π—”π—–π—¨ π—§π—˜π—žπ—‘π—’π—Ÿπ—’π—šπ—œ π——π—œπ—”π—Ÿπ—œπ—¦π—œπ—¦, π— π—˜π— π—•π—”π—‘π—šπ—¨π—‘π—žπ—”π—‘ π—žπ—˜π—£π—”π—žπ—”π—₯𝗔𝗑 π—§π—˜π— π—£π—”π—§π—”π—‘

YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA, meninjau operasi MARA Dialysis Technical Excellence Centre (DTEC) sempena Majlis Peluncuran MARA DTEC di TVETMARA Ledang.

Dalam lawatan ini, beliau diiringi oleh Dr. Asyraf, Pengarah Urusan Gedung Penawar Sdn. Bhd. (GPSB), untuk menyantuni pesakit serta melihat sendiri kemudahan dan perkhidmatan dialisis yang disediakan.

Beliau turut menerima penerangan mengenai skop kerjasama TVETMARA Ledang dan GPSB yang menghubungkan perkhidmatan dialisis dengan latihan teknikal, pemindahan teknologi serta pembangunan perniagaan dalam bidang peranti perubatan.

Melalui pendekatan Teaching Factory, kerjasama ini membuka ruang kepada penglibatan pelajar dan pensyarah dalam pemasangan, pengujian, kawalan kualiti serta penyelenggaraan mesin dialisis. Penerangan turut menyentuh hala tuju pemasangan tempatan dan potensi pengkomersialan secara berperingkat.

MARA DTEC menjadi platform untuk menterjemahkan kepakaran TVET kepada peluang ekonomi melalui latihan industri, khidmat teknikal dan pembangunan bakat tempatan, di samping menyediakan perkhidmatan dialisis kepada masyarakat.

Address

Serom 4 & 5
Serom
84000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6069756200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TvetMara Ledang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share