28/08/2026
26-27 Ogos 2026:
KURSUS PENYIASATAN BAGI JAWATANKUASA SIASATAN DALAMAN (JKSD) UiTM
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Integriti dengan kerjasama Bahagian Governan dan Integriti, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM (HASA) telah berjaya menganjurkan Kursus Penyiasatan bagi Jawatankuasa Siasatan Dalaman (JKSD) UiTM siri ke-7 pada 26 hingga 27 Ogos 2026, bertempat di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM.
Untuk makluman, kursus ini merupakan siri ke-7 yang berterusan dilaksanakan sejak mula diperkenalkan pada tahun 2017.
Program kali ini telah dihadiri oleh seramai 43 orang peserta. Peserta-peserta ini mewakili pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) termasuk HASA, UiTM Cawangan Johor, UiTM Cawangan Melaka, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, UiTM Cawangan Perak, dan UiTM Cawangan Selangor, serta Fakulti Sains Maklumat dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sepanjang dua hari kursus ini berlangsung, para peserta telah didedahkan kepada modul-modul komprehensif yang dikendalikan oleh barisan penceramah berpengalaman, iaitu:
Modul Dapatan Laporan dan Terma JKSD
Oleh Encik Mohd. Hafiz Ramlee, CeIO (Pengarah, Bahagian Integriti UiTM).
Modul Kesalahan, Keterangan dan Beban Pembuktian
Oleh Puan Ajeerah Jahawer Jalaludin (Pegawai Undang-Undang, Jabatan Undang-Undang UiTM).
Modul Di Sebalik Siasatan: Kisah, Cabaran dan Pengalaman
Sesi perkongsian panel yang dijayakan oleh:
Puan Ainul Fadzilah Harun (Timbalan Pendaftar Kanan, UiTM Cawangan Negeri Sembilan)
Puan Intan Syazlina Mohd Ali (Penolong Pendaftar Kanan, Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam)
Puan Noor Azmah Zuber (Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Integriti)
Prof. Madya Ts. Dr. Rusmadiah Anwar (Profesor Madya, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Shah Alam)
Modul Teknik dan Praktikal Merakam Percakapan, Jenis Siasatan dan Kajian Kes, serta Pembentangan Kajian Kes
Oleh Puan Nur Syazwani Rosli, CeIO (Pengarah Pusat Integriti, Universiti Malaya).
Pihak penganjur amat menghargai komitmen jitu dan penglibatan aktif yang dipamerkan oleh para peserta sepanjang kursus ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Bahagian Governan dan Integriti HASA atas kerjasama strategik dalam menjayakan penganjuran siri kali ini.
Adalah menjadi harapan Bahagian Integriti agar perkongsian ilmu ini dapat memperkasakan pengetahuan serta kemahiran peserta dalam mengendalikan tatacara siasatan yang teratur di UiTM. Hal ini penting bagi memastikan setiap ahli JKSD dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka dengan cemerlang, telus, dan profesional pada masa akan datang.
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA