08/07/2026
SOROTAN PROGRAM GEOFEST 2026 🌍
✨ MEMPERKASA KOMUNITI MELALUI TEKNOLOGI GEOMATIK DAN GEOSPATIAL ✨
Alhamdulillah, Program Tahunan GEOFEST 2026 anjuran Pusat Pengajian Ukur dan Pengurusan (Bidang Sains Ukur dan Geomatik), Fakulti Alam Bina, UiTM Shah Alam telah melabuhkan tirainya dengan jayanya pada 2 Julai 2026.
Program yang dianjurkan oleh barisan pelajar dan pensyarah dari bidang pengajian Sains Ukur dan Geomatik (SUG) ini turut mendapat kerjasama padu daripada Perpustakaan UiTM yang sekali lagi menjadi lokasi rasmi penganjuran yang sangat selesa dan kondusif.
Sambutan pada tahun ini amat memberangsangkan dengan jumlah penyertaan sebanyak 34 penyertaan yang melibatkan 60 orang peserta dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai program dan berkongsi hasil kerja dan penyelidikan yang penuh inovatif pada program tahun ini.
Majlis perasmian dan penutup program telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan Akademik, Fakulti Alam Bina iaitu Profesor Madya Sr Dr Nor Rima Muhamad Ariff.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri, Fakulti Alam Bina, - Prof Sr Dr Zulkiflee Abd Latif; Ketua Pusat Pengajian Ukur dan Pengurusan,Fakulti Alam Bina, - Profesor Madya Sr Dr Saiful Aman Sulaiman; serta Koordinator Prasiswazah Bidang Sains Ukur Dan Geomatik, Fakulti Alam Bian - Sr Dr Mohd Shahmy Bin Mohd Said.
💡 SOROTAN AKTIVITI SEPANJANG GEOFEST 2026
Pelbagai pengisian padat dan bermanfaat telah disajikan kepada para peserta dan pengunjung:
🗺️ Pameran Peta (Map Exhibition): Penerokaan peta geospatial, aplikasi geospatial, produk kartografi dan penyelesaian geospatial yang inovatif.
💻 Pameran Penyelidikan & Inovasi: Penemuan penyelidikan inovatif, teknologi geospatial dan projek geomatik.
🚁 Pameran Teknologi (Technology Showcase): Pempamer dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang turut hadir mempromosikan penggunaan aplikasi MyGeoserve, MyCartoGo, dan MyCartolink.
🚀 Demonstrasi Langsung (Live Demonstration): Pengalaman menyaksikan sendiri kelengkapan instrumen ukur moden dan peralatan geospatial yang dibawakan khas oleh GPS Lands & AllTerra Malaysia.
🎤 Sesi Perkongsian Pakar (Expert Talks):
Perkongsian wacana ilmu yang sangat bernilai daripada tokoh-tokoh hebat industri:
1. En. Mohamad Fathudden bin Mohamad Basir (Pusat Geospatial Negara)
2. Prof. Madya Gs. Ts. Dr. Abdul Rauf Abdul Rasam (MITRANS UiTM),
3. Pn. Emmelia Azli Bt Ayub (Petronas Carigali Sdn Bhd)
4. En. Asman Abadi bin Maswan (GPS Lands & AllTerra (M) Sdn Bhd).
💡MANFAAT KEPADA PESERTA DAN PELAJAR
Program GEOFEST 2026 ini direka khusus untuk memberi impak maksimum kepada semua pelajar, terutama dalam aspek:
💎 Membuka ruang untuk peserta bertemu dengan pakar industri dan memperluaskan jaringan kerjaya.
💎 Memberi peluang peserta meneroka teknologi baharu serta mendapat pengalaman terus melalui demonstrasi secara hands-on.
💎Menjadi medium untuk pelajar berkongsi idea, mempersembahkan inovasi dan kajian terkini di samping meraih pandangan masa depan daripada pihak berkepentingan dalam bidang geomatik dan geospatial.
💡SEKALUNG PENGHARGAAN
Kejayaan penganjuran ini pastinya tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan padu rakan penaja. Sekalung penghargaan buat penaja-penaja program kami iaitu:
💐 Penaja Platinum: Persatuan Jurukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dan Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT).
💐 Penaja Emas: Alumni UiTM (Kakitangan Syarikat Petronas dan Shell) serta GPS Lands (M) Sdn Bhd, dan AllTerra (M) Sdn Bhd.
Tajaan daripada pihak industri amat bermakna dan menjadi pemangkin semangat pelajar untuk memacu kecemerlangan industri di negra ini
💐 Terima kasih dan sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Jawatankuasa Penganjur GEOFEST 2026 yang telah bekerja keras menjayakan festival ini, khususnya kepada pasukan pelaksana utama yang diketuai oleh Persatuan Pelajar Sains Ukur Dan Geomatik / Geomatic Student Society (GEOMASS).
Komitmen, kreativiti, dan semangat kerja berpasukan anda semua amat dihargai dan menjadi tunjang utama kejayaan program ini!
🌍 GEOFEST 2026 bukan sekadar festival - ia adalah platform pemerkasaan ilmu, inspirasi kerjaya dan pencetus inovasi dalam dunia geomatik dan geospatial! 🌍