Jabatan Digital UITM

Directions Website Contact the university

Jabatan Digital UITM Jabatan Digital UiTM
https://digital.uitm.edu.my

20 Oktober 2026 |  DATC UiTMSekitar sesi lawatan Ketua Pegawai Digital bersama Pengarah Bahagian Infrastruktur Digital d...
20/10/2026

20 Oktober 2026 | DATC UiTM

Sekitar sesi lawatan Ketua Pegawai Digital bersama Pengarah Bahagian Infrastruktur Digital dan staf bertugas telah diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM pada 20 Oktober 2026.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau capaian akses sistem rangkaian (Wi-Fi) di DATC bagi memastikan infrastruktur digital berfungsi dengan optimum demi keselesaan warga UiTM dan orang awam sepanjang Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-105 berlangsung.


SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TERIMA KASIHSeluruh warga Jabatan Digital merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapa...
20/10/2026

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Seluruh warga Jabatan Digital merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr. Juliana Johari atas segala jasa, kepimpinan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Digital dari 01 Januari 2021 sehingga 14 Oktober 2026.

Semoga segala sumbangan dan komitmen YBrs. Profesor dalam memacu transformasi digital universiti diberkati dan menjadi amal jariah yang berterusan. Didoakan juga agar YBrs. Profesor terus dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, serta kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Bunga melati tumbuh di taman,
Harum mewangi di waktu pagi,
Budi dan jasa menjadi kenangan,
Terpahat indah di dalam hati.

Ikhlas daripada,
Ahli Pengurusan Eksekutif & Seluruh Warga Jabatan Digital


TAHNIAH & SELAMAT DATANG KETUA PEGAWAI DIGITAL BAHARUSeluruh warga Jabatan Digital merakamkan setinggi-tinggi Tahniah ke...
20/10/2026

TAHNIAH & SELAMAT DATANG KETUA PEGAWAI DIGITAL BAHARU

Seluruh warga Jabatan Digital merakamkan setinggi-tinggi Tahniah kepada Profesor Madya Dr. Mohamad Fariz Mohamad Taib atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Digital yang baharu, berkuat kuasa pada 15 Oktober 2026 bersamaan 4 Jamadilawal 1448H.

Semoga di bawah kepimpinan beliau, agenda transformasi digital akan terus memacu kecemerlangan dan kejayaan yang lebih gemilang.

Selamat datang ke Jabatan Digital dan selamat menjalankan tugas.


BENGKEL DOKUMENTASI PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) UiTM 2026-2030Jabatan Digital UiTM telah melaksanakan Bengkel Dok...
20/10/2026

BENGKEL DOKUMENTASI PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) UiTM 2026-2030

Jabatan Digital UiTM telah melaksanakan Bengkel Dokumentasi Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) UiTM 2026–2030 pada 14 hingga 16 Oktober 2026 bertempat di Dewan Seminar, UiTM Global.

Bengkel ini memberi fokus kepada usaha melengkapkan, memurnikan dan menyelaras kandungan draf PSP UiTM 2026–2030 sebagai persediaan ke arah proses semakan, pemuktamadan dan kelulusan seterusnya.

Sesi ini melibatkan komitmen bersama ahli pasukan PSP dan wakil domain dalam memastikan kandungan dokumen disusun secara menyeluruh, selaras dan menyokong hala tuju pendigitalan universiti sehingga tahun 2030.

Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.





7/10/26 |  Majlis Perpisahan Staf Sekitar majlis perpisahan dua warga Jabatan Digital, iaitu Ts. Dr. Nurshahrily Idura H...
13/10/2026

7/10/26 | Majlis Perpisahan Staf

Sekitar majlis perpisahan dua warga Jabatan Digital, iaitu Ts. Dr. Nurshahrily Idura Haji Ramli (Koordinator, Bahagian Pengurusan Projek dan Perundangan Digital) dan Ts. Nurziliana Nor'Akasah (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Bahagian Sistem dan Aplikasi) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Zetta, Aras 5, Menara SAAS.

Majlis ini diadakan bagi meraikan dan merakamkan penghargaan kepada Ts. Dr. Nurshahrily Idura yang telah tamat tempoh lantikan, serta Ts. Nurziliana Nor'Akasah yang kini meneruskan khidmat bakti di Jabatan Digital Negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala sumbangan, khidmat bakti, dan dedikasi yang telah diberikan. Warga Jabatan Digital mendoakan semoga Ts. Dr. Nurshahrily Idura dan Ts. Nurziliana terus cemerlang serta maju jaya di tempat baharu.

11/10/26 | Forum Digital Adakah anda bersedia menghadapi era Kecerdasan Buatan (AI)?Sertai Forum Perdana Digital: Naviga...
11/10/2026

11/10/26 | Forum Digital

Adakah anda bersedia menghadapi era Kecerdasan Buatan (AI)?

Sertai Forum Perdana Digital: Navigasi AI, Etika dan Peluang Kerjaya Masa Hadapan sempena program Digital TVET Frontier. Forum ini akan membincangkan potensi AI, etika digital serta peluang dan cabaran kerjaya masa hadapan bersama panel jemputan yang berpengalaman.

Panelis:

1. YBrs. Prof. Ir. Ts. Dr. Juliana Johari
Timbalan Naib Canselor ICAN
Universiti Teknologi MARA

2. Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan | Imam Muda

Moderator:
Dr. Muhammad Yusri Yusuf @ Salleh
Pensyarah Kanan, UiTM Cawangan Perak

12 Oktober 2026 (Isnin) | 11.00 pagi
Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak

Pautan Majlis Peluncuran TVET dan Forum Perdana Digital https://youtube.com/live/l7bEp7MbTW0?feature=share

Mendepani Era Digital, Memperkasa Ilmu, Membina Kerjaya Masa Hadapan. Kami mengalu-alukan kehadiran anda.

6/10/2026 | Ucapan TahniahSetinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Ts. Dr. Maznifah Binti Salam @ Mohd Sahala...
06/10/2026

6/10/2026 | Ucapan Tahniah

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Ts. Dr. Maznifah Binti Salam @ Mohd Sahalan, Timbalan Pegawai Teknologi Maklumat Kanan yang juga merupakan Pengarah Bahagian Keselamatan ICT atas kejayaan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) (Keselamatan Siber) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 30 September 2026 .

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dalam kerjaya serta menyumbang kepada kemajuan Jabatan Digital dan UiTM.

Tahniah atas pencapaian yang membanggakan!

Ikhlas Daripada,
Ahli Pengurusan Eksekutif dan Seluruh Warga Jabatan Digital

5/10/26 | Daftar My Digital IDMyDigital ID telah diperkenalkan sebagai inisiatif identiti digital nasional yang menyokon...
05/10/2026

5/10/26 | Daftar My Digital ID

MyDigital ID telah diperkenalkan sebagai inisiatif identiti digital nasional yang menyokong akses perkhidmatan dalam talian secara selamat dan bersepadu.

Semua warga UiTM (staf dan pelajar) adalah digalakkan untuk mendaftar MyDigital ID bagi tujuan:

a. Memudahkan akses ke pelbagai sistem dan aplikasi melalui konsep Single Sign-On (SSO).
b. Meningkatkan tahap keselamatan pengesahan identiti digital.
c. Menyokong agenda transformasi digital universiti.

Untuk maklumat lanjut dan panduan pendaftaran MyDigital ID, sila layari https://www.digital-id.my

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui +603 8687 2772 | [email protected]

2/10/26 | Kenaikan Pangkat StafSekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada: Puan Ajla AzmiPuan Hasnah Mat SallehEncik N...
05/10/2026

2/10/26 | Kenaikan Pangkat Staf

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada:

Puan Ajla Azmi
Puan Hasnah Mat Salleh
Encik Nur Shaharul Nizam Shaari
Encik Muhammad Faizal Harun
Cik Nur Huda Sharif

atas Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan.

​Semoga pencapaian ini menjadi pendorong dan inspirasi untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang serta menyumbang kepada kemajuan Jabatan Digital dan UiTM secara keseluruhannya.

​Selamat maju jaya dan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Ikhlas daripada,
Ahli Pengurusan Eksekutif dan Seluruh Warga Jabatan Digital

29/9/26, 30/9/26 & 1/10/26 - | Kursus AuditJabatan Digital UiTM telah menganjurkan Kursus Audit Dalaman ISO 9001:2015 ya...
02/10/2026

29/9/26, 30/9/26 & 1/10/26 - | Kursus Audit

Jabatan Digital UiTM telah menganjurkan Kursus Audit Dalaman ISO 9001:2015 yang berlangsung pada 29 September hingga 1 Oktober 2026 bertempat di Smart Classroom, Tingkat 6, Jabatan Digital.

Kursus ini menampilkan dua orang penceramah yang berpengalaman dalam bidang audit dan akademik, iaitu:

👤 Ir. Dr. Ruqayyah Binti Ismail
Ketua Sistem Audit UiTM / Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan Awam

👤 En. Yap Eng Sim
Pensyarah Kanan, Fakulti Muzik

Kursus ini menjadi platform kepada warga Jabatan Digital untuk memperkukuh pengetahuan dan kefahaman berkaitan pelaksanaan audit dalaman berasaskan ISO 9001:2015, di samping meningkatkan kompetensi dalam melaksanakan proses audit secara lebih sistematik dan berkesan.

Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan dalam usaha memperkukuh budaya kualiti serta penambahbaikan berterusan di Jabatan Digital UiTM. 💙

Address

Jabatan Digital, UiTM
Shah Alam
40400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Digital UITM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Jabatan Digital UITM:

Shortcuts

Share