15/08/2023
๐๐๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Perpaduan
[๐๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐]
Sekretariat Rukun Negara UiTM Shah Alam menerima baik penyelarasan Rukun Negara yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri baru-baru ini. Langkah ini adalah satu usaha yang bermakna dalam meneruskan warisan nilai-nilai keharmonian dan perpaduan di negara kita.
Oleh itu, pihak Sekretariat Rukun Negara UiTM Shah Alam dengan tulus hati menyambut baik langkah positif penyelarasan bacaan Rukun Negara di institusi-institusi awam. Penyelarasan ini bukan sahaja mengingatkan kita tentang prinsip-prinsip asas negara, tetapi juga mendorong semangat perpaduan dalam masyarakat kita.
Sehubungan itu, Sekretariat Rukun Negara UiTM Shah Alam mencadangkan agar penyelarasan Rukun Negara ini juga dilaksanakan di semua universiti awam. Hal ini adalah amat mustahak bagi menyemai semangat dan jati diri yang tinggi dalam kalangan mahasiswa.
Dengan semangat kerjasama dan komitmen dari semua pihak, kami yakin bahawa nilai-nilai Rukun Negara akan terus memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan Malaysia yang lebih bersatu, harmoni, dan sejahtera.
๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ,
โ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐โ
๐๐๐ค๐ซ๐๐ญ๐๐ซ๐ข๐๐ญ ๐๐ฎ๐ค๐ฎ๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐
๐๐ข๐๐ ๐๐ก๐๐ก ๐๐ฅ๐๐ฆ