11/03/2025
14 Mac 2025 : Jumaat.
Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan.
Dah berusaha bersungguh-sungguh, maka.. berdoalah selepas itu. Moga cemerlang keputusan anak-anak Sifu.
Yang konon-konon berusaha, tak perlulah mengharapkan sesuatu. Cermin diri sendiri.
Kalau ada yang gagal, salahkan diri sendiri. Kerana gagal berusaha. Jangan selepas ini meluahkan perasaan dalam "PUNDANA Confession" p**a. Budaya menjengkelkan meluah-luahkan perasaan benci, sayang, s**a, hebat, bijak... di dalam media sosial. Untuk apa?
Apapun..
Selamat berpuasa anak-anak Sifu. Anak dari zaman dinasour sehinggalah anak yang dah masuk level cucu kepada sifu. Moga kalian bergembira dan berbahagia bersama anak, isteri/suami dan keluarga tercinta.
-Sifu : kalau buat Sukan ALUMNI Rekod ni.. mesti best.