HIMPUNAN SISWAZAH KELANTAN

Call Directions Website Contact the university

HIMPUNAN SISWAZAH KELANTAN Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hal-hal kebajikan mahasiswa khususnya anak Kelantan.

𝗛𝗔𝗣𝗣𝗬 𝗕𝗜𝗥𝗧𝗛𝗗𝗔𝗬 𝗧𝗢𝗞 𝗣𝗔 !!!🎂Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Y.Bhg. Dato’ Sri Mustapa Mohamed...
25/09/2026

𝗛𝗔𝗣𝗣𝗬 𝗕𝗜𝗥𝗧𝗛𝗗𝗔𝗬 𝗧𝗢𝗞 𝗣𝗔 !!!🎂

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Y.Bhg. Dato’ Sri Mustapa Mohamed atau lebih mesra dengan panggilan TokPa atas segala budi, jasa, perhatian dan keprihatinan yang telah dicurahkan kepada HIMSAK selama hampir 20 tahun.

Sepanjang tempoh tersebut, Dato’ Sri bukan sekadar menjadi Penaung, malah sentiasa memberikan dorongan, pandangan dan perhatian dalam memastikan HIMSAK terus berkembang serta menjadi wadah yang menyatukan para siswazah dan anak-anak Kelantan.

Sesungguhnya, segala jasa dan budi Dato’ Sri amat kami hargai dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan seluruh warga HIMSAK.

Sempena ulang tahun kelahiran ini, kami mendoakan agar Dato’ Sri dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dilimpahkan keberkatan serta terus diberikan kekuatan untuk menabur bakti kepada agama, bangsa, negeri dan negara.

Selamat Hari Lahir, Y.Bhg. Dato’ Sri. Terima kasih kerana terus menjaga dan membimbing HIMSAK selama hampir dua dekad.

Jasa Dato’ Sri tetap kami kenang, budi Dato’ Sri tetap kami junjung.

𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚:

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐓𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 & 𝐒𝐚𝐟 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐈𝐌𝐒𝐀𝐊 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧

22/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Sebagai anak jati Kelantan yang telah mengukir nama dalam bidang korporat dan industri, beliau mempunyai pengalaman serta kepakaran yang luas, termasuk sumbangan dalam pembangunan dan pengukuhan industri automotif negara melalui Perodua dan Proton.

Pelantikan ini diharapkan dapat terus menyumbang kepada pemerkasaan pendidikan tinggi, pembangunan bakat serta kecemerlangan generasi muda, khususnya dalam melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran dan mampu bersaing di peringkat nasional serta global.

Semoga terus dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam menggalas amanah serta mencurahkan bakti kepada negara.

Ikhlas daripada

𝑯𝒊𝒎𝒑𝒖𝒏𝒂𝒏 𝑺𝒊𝒔𝒘𝒂𝒛𝒂𝒉 𝑲𝒆𝒍𝒂𝒏𝒕𝒂𝒏 (𝑯𝑰𝑴𝑺𝑨𝑲)

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄-𝟔𝟑63 tahun Malaysia terbina sejak 16 September 1963.Enam dekad yang lalu menyaksikan Malaysi...
15/09/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄-𝟔𝟑

63 tahun Malaysia terbina sejak 16 September 1963.

Enam dekad yang lalu menyaksikan Malaysia melalui pelbagai perubahan dan cabaran. Walaupun Singapura tidak lagi bersama Malaysia sejak 1965, negara ini terus melangkah dengan kekuatannya sendiri, membina nama dan kedudukan yang semakin gah di persada dunia.

Malaysia terus membangun dengan berusaha mencapai keseimbangan antara kemajuan ekonomi, pendidikan, kesejahteraan rakyat serta keharmonian masyarakat yang berbilang kaum dan budaya. Perjalanan ini tidak sentiasa mudah, namun titik kebahagiaan dan keamanan harus terus dicari dan dipertahankan bersama.

Dalam mendepani cabaran zaman, kita perlu sentiasa menjaga maruah, kedaulatan dan kepentingan negara. Perbezaan politik, kaum dan pandangan tidak seharusnya menjadi sebab kita menggadaikan nilai kebersamaan sebagai sebuah bangsa Malaysia. Pada masa yang sama, segala cabaran berkaitan keselamatan, integriti, migrasi dan kepentingan rakyat hendaklah ditangani dengan tegas, adil dan berlandaskan undang-undang.

Buat seluruh mahasiswa dan generasi muda,

Nama Malaysia telah dikenali dan dihormati di serata dunia. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan nama baik negara terus terpelihara. Jadilah generasi yang berilmu, berintegriti dan berjiwa patriotik dengan menghayati serta mengamalkan Rukun Negara dalam kehidupan.

Malaysia bukan sekadar sebuah negara yang kita diami, tetapi tanah air yang kita warisi dan akan kita serahkan kepada generasi seterusnya.

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia Ke-63.
Ayuh kita terus menjaga Malaysia, demi masa hadapan bersama.

Ikhlas daripada

𝑯𝒊𝒎𝒑𝒖𝒏𝒂𝒏 𝑺𝒊𝒔𝒘𝒂𝒛𝒂𝒉 𝑲𝒆𝒍𝒂𝒏𝒕𝒂𝒏 (𝑯𝑰𝑴𝑺𝑨𝑲)

“𝑷𝒆𝒏𝒆𝒓𝒂𝒋𝒖 𝑷𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒍𝒂𝒏𝒕𝒂𝒏 𝑫𝒊 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏”

Al-Fatihah...😔
09/09/2026

Al-Fatihah...😔

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇

𝐈𝐧𝐧𝐚𝐥𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐰𝐚𝐢𝐢𝐧𝐚 𝐈𝐥𝐚𝐡𝐢 𝐡𝐢𝐫𝐨𝐣𝐢𝐮𝐧...

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.”
(Surah Al-Baqarah: 156)

Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam atas tragedi nahas helikopter perkhidmatan doktor udara di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, yang telah meragut nyawa lima insan ketika mereka sedang melaksanakan amanah dan khidmat bakti kepada masyarakat di pedalaman.

Pemergian mereka merupakan satu kehilangan yang amat menyayat hati. Mereka pergi dalam perjalanan melaksanakan tugas, membawa misi kemanusiaan dan memberikan khidmat kesihatan kepada mereka yang memerlukan.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh kesemua mangsa, mengampuni segala dosa dan kesalahan mereka, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Buat seluruh keluarga yang ditinggalkan, semoga dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Al-Fatihah. 🤲

𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒊 :

𝑯𝑰𝑴𝑷𝑼𝑵𝑨𝑵 𝑺𝑰𝑺𝑾𝑨𝒁𝑨𝑯 𝑲𝑬𝑳𝑨𝑵𝑻𝑨𝑵 (𝑯𝑰𝑴𝑺𝑨𝑲)

*** Laporan terkini mengesahkan kesemua lima mangsa telah ditemukan, manakala proses pengenalpastian rasmi sedang dijalankan; punca nahas masih dalam siasatan.

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ𝐈𝐍𝐍𝐀 𝐋𝐈𝐋𝐋𝐀𝐇𝐈 𝐖𝐀 𝐈𝐍𝐍𝐀 𝐈𝐋𝐀𝐈𝐇𝐈 𝐑𝐀𝐉𝐈'𝐔𝐍Dengan penuh rasa dukacita dan sed...
01/09/2026

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

𝐈𝐍𝐍𝐀 𝐋𝐈𝐋𝐋𝐀𝐇𝐈 𝐖𝐀 𝐈𝐍𝐍𝐀 𝐈𝐋𝐀𝐈𝐇𝐈 𝐑𝐀𝐉𝐈'𝐔𝐍

Dengan penuh rasa dukacita dan sedih, Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) merakamkan ucapan salam takziah yang setulusnya kepada seluruh ahli keluarga Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha Raja Abdullah atas pemergian beliau ke negeri abadi.

Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga dan sahabat handai, malah kepada dunia akademik dan pendidikan tinggi negara.

Allahyarham merupakan anak jati Kelantan yang dilahirkan di Machang, Kelantan pada 26 Disember 1954. Sepanjang perjalanan kehidupannya, beliau telah mengharumkan nama negeri Kelantan melalui kecemerlangan ilmu, kepakaran serta sumbangan besar beliau dalam dunia akademik.

Allahyarham merupakan seorang tokoh ilmuwan yang mempunyai kepakaran dalam bidang Ekonomi Sumber, Ekonomi Perikanan dan Ekonomi Sumber Asli. Beliau berkhidmat di Universiti Putra Malaysia sejak tahun 1981 dan sepanjang kerjayanya telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam bidang pengajaran, penyelidikan serta pembangunan pendidikan tinggi negara. Beliau juga menghasilkan lebih daripada 100 penerbitan ilmiah dan menyelia ramai pelajar siswazah dari dalam serta luar negara.

Antara pencapaian paling besar dalam perjalanan akademik dan kepimpinan beliau ialah pernah berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) dan seterusnya menerajui Universiti Putra Malaysia sebagai Naib Canselor dari tahun 2006 hingga 2010. Sumbangan dan kepakaran beliau turut mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, khususnya dalam bidang ekonomi sumber dan perikanan.

Pengurniaan gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Putra Malaysia merupakan antara pengiktirafan terhadap jasa, ilmu dan sumbangan besar beliau kepada universiti, negara dan dunia akademik.

Kejayaan beliau menjadi bukti bahawa anak Kelantan mampu berdiri tinggi, menyumbang ilmu dan memimpin institusi pendidikan negara dengan penuh wibawa.

Sesungguhnya ilmu yang telah dicurahkan, pelajar yang telah dididik, penyelidikan yang telah dihasilkan serta jasa yang telah ditaburkan akan terus menjadi sebahagian daripada legasi Allahyarham untuk generasi mendatang.

HIMSAK mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa dan kesilapannya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan soleh.

Al-Fatihah. 🤲

Ikhlas daripada:

𝑯𝑰𝑴𝑷𝑼𝑵𝑨𝑵 𝑺𝑰𝑺𝑾𝑨𝒁𝑨𝑯 𝑲𝑬𝑳𝑨𝑵𝑻𝑨𝑵 (𝑯𝑰𝑴𝑺𝑨𝑲)

𝑷𝒆𝒏𝒆𝒓𝒂𝒋𝒖 𝑷𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒍𝒂𝒏𝒕𝒂𝒏 𝑫𝒊 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 🇲🇾Kemerdekaan bukan sekadar menyaksikan Jalur Gemilang berkibar megah di lan...
30/08/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 🇲🇾

Kemerdekaan bukan sekadar menyaksikan Jalur Gemilang berkibar megah di langit, bukan sekadar laungan Merdeka! yang bergema setiap kali tibanya tanggal keramat.

Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila jiwa, pemikiran, budaya dan masa depan bangsa tidak mudah dijajah oleh sesiapa.

Jangan kita terlalu bangga mengatakan negara ini telah lama merdeka, sedangkan pemikiran kita mudah dipengaruhi, budaya kita semakin hilang arah dan prinsip kita sanggup digadai hanya kerana suapan serta kepentingan pihak asing.

Jangan mudah menjual maruah negara demi habuan sementara.

Jangan mudah percaya kepada politik yang menjadikan fitnah sebagai senjata, janji kosong sebagai umpan dan kebencian sebagai modal untuk meraih sokongan.

Lebih membimbangkan apabila kita mula melihat tuduhan dijadikan kebiasaan, sedangkan kebenaran belum disiasat dan fakta belum dibuktikan. Jika keadaan seperti ini terus dinormalisasikan, akhirnya bukan sahaja individu yang menjadi mangsa, malah kepercayaan rakyat terhadap sistem dan pengurusan negara turut akan rosak.

Cukuplah negara ini melalui terlalu banyak persengketaan dan huru-hara akibat kita lebih gemar mencari siapa yang harus dipersalahkan daripada bersama-sama mencari jalan untuk memperbaiki keadaan.

🇲🇾 Kepada anak-anak Kelantan yang berada di menara gading,

Jangan sesekali lupa kepada tangan-tangan tua yang pernah membesarkan kita.

Di sebalik kejayaan kita hari ini, ada ibu dan ayah yang pernah mengikat perut, berjaga malam, berkorban tenaga dan mengetepikan impian mereka sendiri supaya anak-anak mendapat pendidikan dan masa depan yang lebih baik.

Balaslah segala pengorbanan itu dengan ilmu yang membawa tanggungjawab, bukan dengan sikap taksub sehingga dibutakan oleh satu pihak sahaja.

Kita yang diberi peluang menuntut ilmu sepatutnya menjadi golongan yang lebih matang dalam menilai.

Bukan sekadar tahu membaca, tetapi tahu memahami.
Bukan sekadar pandai bercakap, tetapi tahu membezakan fakta dan fitnah.
Bukan sekadar mempunyai ilmu, tetapi mempunyai kebijaksanaan untuk menggunakan ilmu demi masa depan.

Orang cerdik pandai bukan mereka yang sentiasa menganggap pihaknya sahaja benar. Orang cerdik pandai ialah mereka yang berani menilai kebenaran walaupun kadangkala kebenaran itu tidak memihak kepada kelompok yang disokongnya.

Negara ini memerlukan generasi yang mampu berbeza pandangan tanpa menjadi musuh.

Generasi yang tidak mudah dibeli.

Generasi yang tidak mudah diperalat.

Dan generasi yang tidak akan membenarkan sesiapa—sama ada dari dalam atau luar negara—menjajah pemikiran, memecah-belahkan masyarakat dan menentukan masa depan tanah air kita.

Sempena Hari Kemerdekaan ke-69 ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah.

Merdekakan pemikiran daripada kebencian.
Merdekakan diri daripada ketaksuban.
Merdekakan negara daripada kepentingan yang sanggup menggadaikan maruah bangsa.

Kerana sesungguhnya…

🇲🇾 Kemerdekaan yang diwarisi tanpa dipertahankan, suatu hari nanti mungkin hanya tinggal sebagai sejarah yang diceritakan kepada generasi akan datang.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69
Semoga ruh perjuangan kemerdekaan sentiasa mekar di hati ini selamanya.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾

Ikhlas daripada :

𝑯𝒊𝒎𝒑𝒖𝒏𝒂𝒏 𝑺𝒊𝒔𝒘𝒂𝒛𝒂𝒉 𝑲𝒆𝒍𝒂𝒏𝒕𝒂𝒏 (𝑯𝑰𝑴𝑺𝑨𝑲)

🌙✨ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ ✨🌙12 Rabiulawal 1448H / 2026MAssalamualaikum dan salam sejahtera.Sempena mempering...
25/08/2026

🌙✨ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ ✨🌙
12 Rabiulawal 1448H / 2026M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda ﷺ serta menghayati sunnah dan akhlak mulia yang telah diwariskan kepada kita.

❤️ Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW bukan sekadar pada ucapan, tetapi diterjemahkan melalui akhlak, tutur kata, perbuatan dan cara kita menjalani kehidupan.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ﷺ

Semoga kita semua dikurniakan hati yang sentiasa dekat dengan Rasulullah SAW, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan keberkatan serta mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. 🤲🏻

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ
Semoga cinta kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati kita. 🌿💚

Sedikit pandangan dari Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) melalui Naib Presiden HIMSAK 1 iaitu saudara Wan Mahussin Off...
17/08/2026

Sedikit pandangan dari Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) melalui Naib Presiden HIMSAK 1 iaitu saudara Wan Mahussin Official mengenai AUKU jika dimansuhkan.

Address

No. 20A, Jalan Keluli AN7/AN Kawasan Perindustrian Bukit Raja
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HIMPUNAN SISWAZAH KELANTAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to HIMPUNAN SISWAZAH KELANTAN:

Shortcuts

Share