Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Shah Alam

  • Home
  • Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Shah Alam
Directions Website Contact the university

Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Shah Alam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Shah Alam, College & University, .

𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐃𝐢𝐫𝐢 𝟒 𝐃𝐢𝐦𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐔𝐢𝐓𝐌Teks UcapanYBrs. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili ShahibiTimbalan Naib...
28/09/2026

𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐃𝐢𝐫𝐢 𝟒 𝐃𝐢𝐦𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐔𝐢𝐓𝐌

Teks Ucapan
YBrs. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)

Sempena Program Minggu Destini Siswa Sesi September 2026.


🎓 PELUANG KERJA PART TIME UNTUK PELAJAR UNIVERSITI!Nak cari duit poket tambahan sambil belajar? Jom sertai Kelab Promote...
27/09/2026

🎓 PELUANG KERJA PART TIME UNTUK PELAJAR UNIVERSITI!

Nak cari duit poket tambahan sambil belajar? Jom sertai Kelab Promoter Adabi – Edisi Pelajar Universiti.

Dapatkan info peluang kerja part time, aktiviti promosi dan sampling Adabi di seluruh Malaysia.

📲 Sertai Telegram

Channel rasmi untuk pengumuman peluang kerja promoter part time Adabi khas untuk pelajar universiti. Semua maklumat lokasi, tarikh dan tugasan akan dikongsikan di sini.

𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐂𝐚𝐧𝐬𝐞𝐥𝐨𝐫 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐔𝐢𝐓𝐌25 September 2026 - Amanat Naib Canselor dan Majlis Perasmian...
25/09/2026

𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐂𝐚𝐧𝐬𝐞𝐥𝐨𝐫 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐔𝐢𝐓𝐌

25 September 2026 - Amanat Naib Canselor dan Majlis Perasmian Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi September 2026 telah berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam dan disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Majlis ini menjadi platform penting dalam menyampaikan amanat dan aspirasi universiti kepada mahasiswa baharu, di samping menyemarakkan semangat serta kesiapsiagaan mereka untuk memulakan perjalanan sebagai warga UiTM.

Majlis turut disiarkan secara langsung ke seluruh kampus UiTM Cawangan bagi memastikan amanat dan mesej yang disampaikan dapat diikuti bersama oleh mahasiswa baharu di seluruh sistem UiTM.


𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐒𝐢𝐬𝐰𝐚! 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐍𝐂 𝐇𝐄𝐏 𝐔𝐢𝐓𝐌25 September 2026 - Membuka lembaran baharu perjalanan mahasiswa, Sesi Hello Siswa! Ber...
25/09/2026

𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐒𝐢𝐬𝐰𝐚! 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐍𝐂 𝐇𝐄𝐏 𝐔𝐢𝐓𝐌

25 September 2026 - Membuka lembaran baharu perjalanan mahasiswa, Sesi Hello Siswa! Bersama YBrs. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM telah berlangsung sempena Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi September 2026 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.

Sesi ini memberi ruang kepada mahasiswa baharu untuk mengenali dengan lebih dekat peranan Hal Ehwal Pelajar, perkhidmatan dan pembangunan mahasiswa, selain memperkenalkan barisan pengurusan kanan HEP serta Timbalan-Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) Fakulti.

Turut berlangsung secara siaran langsung ke seluruh UiTM Cawangan, menjadikan sesi ini sebagai wadah penyampaian informasi dan pengenalan HEP kepada mahasiswa baharu di seluruh sistem UiTM.


𝐓𝐍𝐂 𝐇𝐄𝐏 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐔𝐢𝐓𝐌24 September 2026 - Di sebalik langkah seorang anak masuk ke universiti, ada pengorba...
24/09/2026

𝐓𝐍𝐂 𝐇𝐄𝐏 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐔𝐢𝐓𝐌

24 September 2026 - Di sebalik langkah seorang anak masuk ke universiti, ada pengorbanan, doa dan harapan sebuah keluarga.

YBrs. Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Sahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM berkesempatan menyantuni dua orang pelajar baharu yang memulakan pengajian di UiTM Shah Alam.

Saudari Nur Fatin Hadirah binti Mohamed Heder, pelajar semester satu Fakulti Sains Komputer dan Matematik, mengikuti pengajian Sarjana Muda Statistik dalam Analitik Data (Kepujian). Sebagai anak sulung daripada empat orang adik-beradik, pelajar hadir membawa harapan keluarga meskipun persediaan untuk memulakan pengajian masih serba sederhana.

Turut disantuni, Saudari Nur Jannatul Sofea binti Rusdi, pelajar semester satu Fakulti Alam Bina yang mengikuti pengajian Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian). Anak keenam daripada tujuh orang adik-beradik ini dibesarkan dalam keluarga yang bergantung kepada hasil pekerjaan bapanya sebagai nelayan. Sebelum mendaftar, pelajar telah disantuni di kediamannya oleh wakil UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang bagi pihak YBrs. Prof.

Hari ini, YBrs. Prof. berkesempatan bertemu sendiri dengan pelajar dan memberikan kata-kata semangat untuk meneruskan perjalanan baharu ini. Bagi membantu meringankan persediaan awal pengajian, kedua-dua pelajar turut menerima sumbangan daripada UiTM melalui Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF).

Turut bersama ialah Encik Mohd Rizal Nordin, Pengarah Bahagian Pentadbiran Strategik dan Sumber Manusia (BPSSM); Hajah Ikhwana Misnan, Pengarah Pusat Residensi dan Hospitaliti Pelajar (PRHP); YDP MPP Saudara Adib Hazim serta wakil Kolej Kediaman Melati.

Mungkin langkah mereka bermula dengan serba sederhana, namun di sinilah sebuah harapan mula dibina. Semoga setiap sokongan yang diberikan menjadi kekuatan untuk mereka terus melangkah, menuntut ilmu dan mengubah masa depan keluarga.


𝐓𝐍𝐂 𝐇𝐄𝐏 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣24 September 2026 – Hari kedua Pendaftaran Pelajar Baharu di kol...
24/09/2026

𝐓𝐍𝐂 𝐇𝐄𝐏 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣

24 September 2026 – Hari kedua Pendaftaran Pelajar Baharu di kolej-kolej kediaman UiTM Shah Alam terus berlangsung dengan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan.

YBrs. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, berkesempatan hadir bagi melihat sendiri perjalanan proses pendaftaran serta menyantuni pelajar-pelajar baharu yang hadir mendaftar masuk ke kolej kediaman.


𝐇𝐄𝐏 𝐏𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 : 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐔𝐢𝐓𝐌23 September 2026 – Bersempena hari pertama pendaftaran pelajar baharu Sesi...
23/09/2026

𝐇𝐄𝐏 𝐏𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 : 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐔𝐢𝐓𝐌

23 September 2026 – Bersempena hari pertama pendaftaran pelajar baharu Sesi Akademik Oktober 2026 – Februari 2027 (20264), Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM telah menyantuni saudari Zarina Maisarah binti Masreh, pelajar Semester 1, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi yang ditempatkan di Kolej Kediaman Mawar, UiTM Shah Alam.

Pelajar merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik dan kini berada di bawah tanggungan ibunya yang menjadi sumber utama keluarga. Beliau merupakan antara pelajar yang dikenal pasti untuk diberikan perhatian dan sokongan bagi meringankan keperluan sepanjang proses kemasukan ke universiti.

Dalam kesibukan hari pendaftaran, Encik Mohd Rizal Nordin, Pengarah Bahagian Pentadbiran Strategik dan Sumber Manusia, yang mewakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), berkesempatan menyantuni pelajar, bertanya khabar serta melihat sendiri keperluan beliau dalam memulakan kehidupan sebagai mahasiswa UiTM. Sesi ini turut disertai oleh Puan Hjh. Ikhwana Misnan, Pengarah Pusat Residensi dan Hospitaliti Pelajar (PRHP).

Sebagai tanda keprihatinan, pelajar turut menerima sumbangan daripada Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM bagi membantu meringankan keperluannya di awal pengajian.

Usaha ini merupakan antara komitmen HEP UiTM dalam memastikan aspek kebajikan pelajar terus diberi perhatian, agar mereka dapat menjalani kehidupan kampus dan pengajian dengan lebih baik.

Semoga segala urusan pelajar dipermudahkan dan langkah pertamanya di UiTM menjadi permulaan kepada perjalanan yang penuh kejayaan.


𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐔𝐢𝐓𝐌23 September 2026 – Sekitar hari pertama Pendaftaran Pelajar Baharu di kolej-kolej k...
23/09/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐔𝐢𝐓𝐌

23 September 2026 – Sekitar hari pertama Pendaftaran Pelajar Baharu di kolej-kolej kediaman UiTM Shah Alam yang berlangsung lancar mengikut jadual pendaftaran kolej yang telah ditetapkan.

Suasana kampus mula meriah dengan kehadiran mahasiswa baharu bersama keluarga, menandakan bermulanya perjalanan baharu sebagai warga UiTM.

Selamat datang dan selamat memulakan langkah baharu di UiTM!


UiTM raih dua rekod MBOR menerusi UMBC 2026UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) melakar sejarah menerusi UiTM Marching Band ...
23/09/2026

UiTM raih dua rekod MBOR menerusi UMBC 2026

UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) melakar sejarah menerusi UiTM Marching Band Competition (UMBC) 2026 apabila meraih dua pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).

Kejohanan yang berlangsung dari 15 hingga 19 September 2026 itu dianjurkan UiTM Cawangan Perak dengan kerjasama Pusat Kesatria dan Kokurikulum (PKeKO), Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), UiTM, serta sokongan Unit Kesatria dan Kokurikulum (UKeKO) UiTM Cawangan di seluruh Malaysia.

Berita selanjutnya sila layari :

UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) melakar sejarah menerusi UiTM Marching Band Competition (UMBC) 2026 apabila meraih dua pengiktirafan Malaysia Book of...

22/09/2026

Pelajar baru UiTM dah bersiap ke nak daftar kolej kediaman esok hari?

Address


40450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Shah Alam:

Shortcuts

  • Want your university to be the top-listed university?

Share