23/09/2026
23 SEPTEMBER 2026 | PROGRAM SIHAT & STABIL: PROKSIMITY SIRI 3
Telah berlangsung program Sihat&Stabil : Proksimity Siri 3 bertempat di Kompleks Al-Farabi, UiTM Shah Alam, dengan penyertaan warga staf daripada Kolej Komuniti Shah Alam (KKSA), Kolej Komuniti Kelana Jaya (K*KJ) dan Kolej Komuniti Klang (K*K).
Program ini memberi penekanan terhadap aspek kesihatan, kesejahteraan dan pengukuhan pengurusan kewangan dalam kalangan warga Kolej Komuniti melalui pelbagai pengisian yang bermanfaat, antaranya Ceramah Kesihatan bertajuk βTulang Lemah, Otot Susutβ, saringan kesihatan, sesi pemanasan badan dan senaman ringan, aktiviti luar serta gamifikasi, diikuti dengan sesi pascatest dan refleksi.
Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga staf terhadap kepentingan penjagaan kesihatan secara berterusan, di samping memupuk semangat kebersamaan, kerjasama dan kesejahteraan komuniti.