Fakulti Sains Sukan & Rekreasi Shah Alam

Fakulti Sains Sukan & Rekreasi  Shah Alam FSR UITM Shah Alam
(1)

[𝗙𝗦π—₯ π—£π—π—œ π—œπ—–π—”π—‘: π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—œπ—‘π——π—¨π—¦π—§π—₯π—œ π—žπ—˜ π—˜π—©π—’π—Ÿπ—¨π—§π—œπ—’π—‘ π—ͺπ—˜π—Ÿπ—Ÿπ—‘π—˜π—¦π—¦] ​FSR UiTM Shah Alam terus mengorak langkah memperkasakan graduan ...
15/05/2026

[𝗙𝗦π—₯ π—£π—π—œ π—œπ—–π—”π—‘: π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—œπ—‘π——π—¨π—¦π—§π—₯π—œ π—žπ—˜ π—˜π—©π—’π—Ÿπ—¨π—§π—œπ—’π—‘ π—ͺπ—˜π—Ÿπ—Ÿπ—‘π—˜π—¦π—¦]

​FSR UiTM Shah Alam terus mengorak langkah memperkasakan graduan FSR! Satu lawatan industri ke Evolution Wellness di Wisma Mont Kiara, Kuala Lumpur telah diadakan pada 13 Mei 2026 bagi membincangkan kerjasama strategik demi masa depan pelajar.

​Delegasi yang diketuai oleh Dekan FSR, YM Prof. Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, telah disambut oleh Pengarah Urusan, En. Eric Niekerk dan Cik Jacqueline Wong (Ketua Badan Insan & Budaya). Fokus utama kolaborasi ini merangkumi:
β€‹βœ… Kesediaan Kerjaya: Mempersiapkan pelajar FSR untuk pasaran industri kecergasan.
βœ… Silibus Transformatif: Memantapkan pembelajaran melalui pendedahan industri sebenar.
βœ… Penyelidikan & Komuniti: Kerjasama dalam kajian saintifik dan program kemasyarakatan.

Sesi perbincangan diteruskan dengan lawatan ke pusat kecergasan FireFit, Fitness First dan GoFit di Mont Kiara. Semoga usaha merapatkan jurang akademia dan industri ini terus membuahkan hasil dalam melahirkan bakat yang berdaya saing dan meningkatkan kebolehpasaran graduan FSR! πŸŽ“πŸ’ͺ

[𝗙𝗦π—₯ π—¦π—§π—¨π——π—˜π—‘π—§: π—”π—Ÿπ—¨π— π—‘π—œ & π— π—”π—›π—”π—¦π—œπ—¦π—ͺ𝗔 𝗙𝗦π—₯ π—π—”π—¬π—”π—žπ—”π—‘ π—žπ—˜π—π—’π—›π—”π—‘π—”π—‘ π—£π—œπ—‘π—š π—£π—’π—‘π—š 𝗦𝗠𝗔𝗦𝗛 π—šπ—₯𝗔𝗑𝗗 π—Ÿπ—œπ— π—œπ—§π—Ÿπ—˜π—¦π—¦ 2026]Kejohanan Ping Pong Smash Gr...
11/05/2026

[𝗙𝗦π—₯ π—¦π—§π—¨π——π—˜π—‘π—§: π—”π—Ÿπ—¨π— π—‘π—œ & π— π—”π—›π—”π—¦π—œπ—¦π—ͺ𝗔 𝗙𝗦π—₯ π—π—”π—¬π—”π—žπ—”π—‘ π—žπ—˜π—π—’π—›π—”π—‘π—”π—‘ π—£π—œπ—‘π—š π—£π—’π—‘π—š 𝗦𝗠𝗔𝗦𝗛 π—šπ—₯𝗔𝗑𝗗 π—Ÿπ—œπ— π—œπ—§π—Ÿπ—˜π—¦π—¦ 2026]

Kejohanan Ping Pong Smash Grand Limitless 2026 yang berlangsung di Dewan Pusat Sukan UiTM Shah Alam telah berjaya dianjurkan dengan cemerlang oleh Kang Palio Sport & Event hasil komitmen serta kerjasama barisan jawatankuasa penganjuran yang terdiri daripada alumni dan mahasiswa Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam. Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform persaingan sihat dalam kalangan atlet ping pong, malah turut memperlihatkan keupayaan generasi muda dalam mengendalikan acara sukan secara profesional, kreatif dan tersusun.

Antara yang terlibat dalam menjayakan penganjuran ini ialah Mohammad Aimal Bin Mohammad Nizam (Alumni SR241), Muhammad Adam Shah (SR241), Muhammad Fazari Bin Juhari (SR241) dan Huzaifah Bin Kamal (SR117). Penglibatan aktif alumni dan mahasiswa FSR dalam industri pengurusan acara sukan membuktikan bahawa ilmu, kemahiran kepimpinan dan pengalaman yang diperoleh di universiti mampu diaplikasikan secara langsung dalam dunia sebenar. Kolaborasi ini sekali gus memberi nilai tambah kepada pembangunan sukan akar umbi serta melahirkan lebih ramai bakat muda dalam arena ping pong negara πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯


[𝗙𝗦π—₯ π—‘π—¦π—Ÿ2026: 𝗣𝗨𝗔𝗑 𝗑𝗨π—₯ π—”π—¦π— π—œπ——π—”π—₯ 𝗔 π—›π—”π—Ÿπ—œπ—  π—–π—œπ—£π—§π—” π—žπ—˜π—π—”π—¬π—”π—”π—‘ π—¦π—˜π—•π—”π—šπ—”π—œ π—£π—˜π—‘π—’π—Ÿπ—’π—‘π—š 𝗝𝗨π—₯π—¨π—Ÿπ—”π—§π—œπ—› π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨ 𝗠𝗔π—₯π—©π—˜π—Ÿπ—¦]Tahniah diucapkan ke...
11/05/2026

[𝗙𝗦π—₯ π—‘π—¦π—Ÿ2026: 𝗣𝗨𝗔𝗑 𝗑𝗨π—₯ π—”π—¦π— π—œπ——π—”π—₯ 𝗔 π—›π—”π—Ÿπ—œπ—  π—–π—œπ—£π—§π—” π—žπ—˜π—π—”π—¬π—”π—”π—‘ π—¦π—˜π—•π—”π—šπ—”π—œ π—£π—˜π—‘π—’π—Ÿπ—’π—‘π—š 𝗝𝗨π—₯π—¨π—Ÿπ—”π—§π—œπ—› π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨ 𝗠𝗔π—₯π—©π—˜π—Ÿπ—¦]

Tahniah diucapkan kepada Puan Nur Asmidar A Halim, pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam merangkap Penolong Jurulatih pasukan Terengganu Marvels atas kejayaan membantu pasukan muncul sebagai Juara Liga Super Bola Jaring Malaysia (NSL) 2026. Kejayaan ini mencerminkan komitmen, kepakaran serta dedikasi beliau dalam kejurulatihan dan pembangunan sukan bola jaring di peringkat elit.

Seluruh warga FSR UiTM Shah Alam amat berbangga dengan pencapaian yang diraih dan berharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga kerja dan mahasiswa serta komuniti sukan untuk terus mengejar kecemerlangan dalam bidang akademik dan sukan. Semoga Puan Nur Asmidar terus melakar lebih banyak kejayaan serta menyumbang kepada pembangunan atlet dan sukan negara pada masa hadapan.

[𝗙𝗦π—₯ π—–π—’π— π— π—¨π—‘π—œπ—§π—¬: π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ π—¦π— π—ž π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ π—žπ—Ÿπ—”π—‘π—š π—žπ—˜ 𝗙𝗦π—₯]Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Universiti Teknologi MARA hari...
07/05/2026

[𝗙𝗦π—₯ π—–π—’π— π— π—¨π—‘π—œπ—§π—¬: π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ π—¦π— π—ž π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ π—žπ—Ÿπ—”π—‘π—š π—žπ—˜ 𝗙𝗦π—₯]

Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Universiti Teknologi MARA hari ini menerima kunjungan daripada SMK Tinggi Klang bagi sesi perbincangan berkaitan potensi kolaborasi program. Kunjungan ini turut bertujuan meninjau kesesuaian lokasi dan kemudahan bagi penganjuran program akademik yang dirancang oleh pihak sekolah.

Delegasi SMK Tinggi Klang yang hadir terdiri daripada Puan Zainon, Puan Winnie, Puan Nik Norfarhana, Puan Siti Norhanizah, Cik Haneitha dan Encik Muhammad Afif. Kunjungan ini telah disambut oleh Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Prof. Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, Encik Adam Afif Mohamad Azmi (Koordinator Misi Akademik) dan Muhammad Faizal bin Kutip (Penyelaras Korporat - Komunikasi Digital, Acara dan Protokol)

Diharapkan pertemuan dan perbincangan ini dapat membuka ruang kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dalam pelaksanaan program-program pendidikan dan pembangunan pelajar pada masa akan datang. πŸ’œ

[𝗙𝗦π—₯ 𝗣π—₯π—’π—™π—œπ—Ÿπ—˜: 𝗣𝗑 π—¦π—œπ—§π—œ π—™π—”π——π—›π—œπ—Ÿπ—”π—› π—”π—•π——π—¨π—Ÿ π—›π—”π— π—œπ—— π—¦π—˜π—•π—”π—šπ—”π—œ π—£π—˜π—‘π—¦π—¬π—”π—₯𝗔𝗛 π—žπ—”π—‘π—”π—‘ 𝗙𝗦π—₯]Dekan dan warga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi ...
07/05/2026

[𝗙𝗦π—₯ 𝗣π—₯π—’π—™π—œπ—Ÿπ—˜: 𝗣𝗑 π—¦π—œπ—§π—œ π—™π—”π——π—›π—œπ—Ÿπ—”π—› π—”π—•π——π—¨π—Ÿ π—›π—”π— π—œπ—— π—¦π—˜π—•π—”π—šπ—”π—œ π—£π—˜π—‘π—¦π—¬π—”π—₯𝗔𝗛 π—žπ—”π—‘π—”π—‘ 𝗙𝗦π—₯]

Dekan dan warga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi mengucapkan tahniah kepada Puan Siti Fadhilah Abdul Hamid atas kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Kanan (Gred DS13). Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan terhadap dedikasi, komitmen dan sumbangan beliau dalam bidang akademik, pengajaran, penyelidikan serta pembangunan pendidikan.

Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dan memberikan inspirasi kepada warga akademik serta pelajar. Warga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi mendoakan agar beliau terus maju jaya dan cemerlang dalam meneruskan khidmat bakti kepada universiti dan masyarakat. πŸ’œ

07/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Dr. Shariman Ismadi Ismail, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam dan seluruh ahli kumpulan atas penerimaan geran projek Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 (Fasa 1 2026).

Semoga projek inovasi "Enhancing Comfort Performance of Traditional Malay Capal Footwear" ini berjalan lancar dan terus melakar kejayaan buat warga UiTM, UMK dan rakan industri.

Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi
Fakulti Sains Sukan & Rekreasi Shah Alam







[𝗙𝗦π—₯ π—œπ—‘π——π—¨π—¦π—§π—₯𝗬:  π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ π—”π—™π—™π—œπ—‘ π—•π—”π—‘π—ž π——π—œ π—™π—”π—žπ—¨π—Ÿπ—§π—œ π—¦π—”π—œπ—‘π—¦ π—¦π—¨π—žπ—”π—‘ 𝗗𝗔𝗑 π—₯π—˜π—žπ—₯π—˜π—”π—¦π—œ]Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) memperku...
07/05/2026

[𝗙𝗦π—₯ π—œπ—‘π——π—¨π—¦π—§π—₯𝗬: π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ π—”π—™π—™π—œπ—‘ π—•π—”π—‘π—ž π——π—œ π—™π—”π—žπ—¨π—Ÿπ—§π—œ π—¦π—”π—œπ—‘π—¦ π—¦π—¨π—žπ—”π—‘ 𝗗𝗔𝗑 π—₯π—˜π—žπ—₯π—˜π—”π—¦π—œ]

Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) memperkukuh jaringan kolaborasi strategik melalui kerjasama bersama Affin Bank dalam menjayakan pelbagai program berkaitan pengajaran dan pembelajaran serta pembangunan mahasiswa. Kerjasama ini dilihat mampu membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk memperoleh pendedahan industri, pengalaman pembelajaran yang lebih holistik serta pembangunan kemahiran insaniah yang selari dengan keperluan semasa.

Melalui jalinan kerjasama ini, kedua-dua pihak komited dalam menyokong pelaksanaan program akademik, pembangunan pelajar serta inisiatif yang memberi impak positif kepada komuniti universiti. Diharapkan kolaborasi strategik ini akan terus diperkasakan demi melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing dan holistik pada masa hadapan.

[𝗙𝗦π—₯ 𝗣π—₯π—’π—™π—œπ—Ÿπ—˜: π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› π—˜π—‘π—–π—œπ—ž π—›π—œπ—¦π—¬π—”π—  𝗔𝗧𝗔𝗦 π—£π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—§π—œπ—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π— π—¨π—Ÿπ—” π—¦π—˜π—•π—”π—šπ—”π—œ π—£π—˜π—‘π—šπ—˜π—§π—¨π—” 𝗑π—₯]Sekalung tahniah diucapkan kepada pensyara...
07/05/2026

[𝗙𝗦π—₯ 𝗣π—₯π—’π—™π—œπ—Ÿπ—˜: π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› π—˜π—‘π—–π—œπ—ž π—›π—œπ—¦π—¬π—”π—  𝗔𝗧𝗔𝗦 π—£π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—§π—œπ—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π— π—¨π—Ÿπ—” π—¦π—˜π—•π—”π—šπ—”π—œ π—£π—˜π—‘π—šπ—˜π—§π—¨π—” 𝗑π—₯]

Sekalung tahniah diucapkan kepada pensyarah kanan FSR, Encik Hisyam Che Mat atas pelantikan semula sebagai Pengetua Unit Pengurusan Non Residen, Universiti Teknologi MARA. Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, kepimpinan serta dedikasi beliau dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Semoga pelantikan semula ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pengurusan serta memperkukuh kebajikan dan pembangunan komuniti pelajar di UiTM Shah Alam. Warga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi mendoakan agar beliau terus diberikan kejayaan, kekuatan dan kecemerlangan dalam meneruskan khidmat bakti kepada universiti. πŸ’œ

Terima kasih MSPahang Kerajaan Negeri Pahang UiTM Cawangan Pahang πŸ’œ
04/05/2026

Terima kasih MSPahang Kerajaan Negeri Pahang UiTM Cawangan Pahang πŸ’œ

Oleh : Aimi Syafiqa Khairi & Ummul Qistina SofeaFoto : Farizul Hafiz Awang KUANTAN, 04 MEI 2026 : Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Sukan Pahang (MSP) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang sai...

[𝗙𝗦π—₯ 𝗠𝗼𝗨: 𝗠𝗦𝗣 𝗗𝗔𝗑 𝗨𝗢𝗧𝗠 π— π—˜π—§π—˜π—₯π—”π—œ π— π—˜π— π—’π—₯𝗔𝗑𝗗𝗨𝗠 π—£π—˜π—₯π—¦π—˜π—™π—”π—›π—”π— π—”π—‘ (𝗠𝗼𝗨)]Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ...
04/05/2026

[𝗙𝗦π—₯ 𝗠𝗼𝗨: 𝗠𝗦𝗣 𝗗𝗔𝗑 𝗨𝗢𝗧𝗠 π— π—˜π—§π—˜π—₯π—”π—œ π— π—˜π— π—’π—₯𝗔𝗑𝗗𝗨𝗠 π—£π—˜π—₯π—¦π—˜π—™π—”π—›π—”π— π—”π—‘ (𝗠𝗼𝗨)]

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Pahang (MSP) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di Dewan Meranti 1, Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Tuan Khaizulnizam bin Mohamad Zuldin selaku Chef de Mission (CDM) Kontinjen SUKMA Pahang, Pengarah MSP, Encik Mahadir bin Abdul Raffar, Rektor UiTM Cawangan Pahang, Prof. Ts. Dr. Azhan bin Hashim @ Ismail, serta Prof. Dr. Raja Mohammed Firhad bin Raja Azidin selaku Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.

Jalinan kerjasama strategik ini bertujuan memperkukuh pembangunan sukan prestasi tinggi Negeri Pahang, khususnya sebagai persediaan menghadapi SUKMA XXII Selangor 2026. Tumpuan utama diberikan kepada pemindahan kepakaran dalam bidang sains sukan yang merangkumi aspek psikologi, pemakanan, pemulihan serta analisis prestasi atlet secara menyeluruh.

Diharapkan kolaborasi ini akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sukan negeri secara berterusan, selaras dengan aspirasi melahirkan atlet berprestasi tinggi yang kompetitif di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

[𝗙𝗦π—₯ π—ͺπ—œπ—¦π—›: π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—£π—˜π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 2026]Selamat Hari Pekerja daripada Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi kepada seluruh warga...
30/04/2026

[𝗙𝗦π—₯ π—ͺπ—œπ—¦π—›: π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—£π—˜π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 2026]

Selamat Hari Pekerja daripada Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi kepada seluruh warga kerja yang sentiasa komited dan berdedikasi dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab. Semoga setiap usaha dan sumbangan yang diberikan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan, kesejahteraan dan kemajuan bersama.

Terima kasih atas semangat kerja, kecekalan dan profesionalisme yang ditunjukkan dalam memartabatkan bidang sains sukan dan pendidikan. Semoga kita semua terus diberi kekuatan dan inspirasi untuk melakar kejayaan yang lebih gemilang. πŸ’œ

Address

Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Sains Sukan & Rekreasi Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Sains Sukan & Rekreasi Shah Alam:

Share