31/10/2018
[PERUTUSAN MPP FPM UiTM KEPADA WARGA FPM SEMPENA PEMBUBARAN MPP UiTM SHAH ALAM SESI 2017/2018]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam UiTM dihatiku.
Hari ini dengan rasminya, kami Muhammad Raffiq Aidrus dan Zulfitri Aidil Zulhazmi akan melepaskan jawatan sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam sesi 2017/2018.
Alhamdulillah, bersyukur kami kepada illahi, kerana diberikan ruang dan peluang untuk menjadi wakil pelajar sepanjang sesi 2017/2018.
Di kesempatan ini ,kami ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan seperjuangan kami, MPP UiTM Shah Alam sesi 2017/2018, para ahli Sekretariat Mahasiswa Fakulti Pengurusan Maklumat , mantan-mantan MPP, mantan-mantan SMFPM, pihak UiTM, pihak pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat dan para pensyarah. Tidak lupa juga kepada geng gerak kelas, geng bola dan semua mahasiswa UiTM kampus Puncak Perdana yang sentiasa berada di belakang kami selama ini. Tanpa anda kami tidak mungkin mampu melakukan kerja kerja kami dengan jayanya. Tanpa anda semua juga tidak mungkin kami berada di sini. Terima kasih tak terhingga banyak memberi kerjasama dan kepercayaan kepada kami sepanjang penggal kami bergelar MPP.
Kami juga ingin meminta maaf andai tidak dapat menunaikan permintaan anda dan tidak dapat memperjuangkan nasib anda. Tetapi kami telah cuba yang terbaik untuk membantu anda semua.
Oleh itu, kami juga memohon anda semua untuk terus menyokong dan membantu pada pucuk kepimpinan pelajar yang seterusnya iaitu ‘Caretaker’ yang akan menjalankan tugas dan fungsi MPP, sementara menunggu proses perangkaan bagi sistem wakil pelajar pada masa akan datang. Caretaker yang akan telah dilantik oleh Naib Canselor UiTM daripada Fakulti Pengurusan Maklumat adalah Saudara Che Muhammad Fazuan Bin Che Mat (Abe) dan Saudara Muhammad Mirza Matheen Bin Hamzah (Ben). Teruskan menyokong mereka supaya nasib pelajar terus terbela. Tanpa anda mereka takkan berjaya.
Akhir kata, dalam memastikan Caretaker dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan efektif, kerjasama dari semua pihak amat diharapkan. Rakan mahasiswa seharusnya menggunakan saluran aduan yang betul dalam menyuarakan permasalahan anda dan juga haruslah peka dengan dasar yang ingin disampaikan oleh mereka agar segala persoalan dapat dirungkaikan dengan berkesan dan harmoni.
Yang baik datang daripada Allah SWT, yang buruk datang daripada kami sendiri. Kami tidak mampu membalas jasa kalian. Hanya Allah yang mampu membalas jasa anda.
Sebelum kami akhiri kata-kata ini, serangkap pantun kami rungkaikan kepada rakan-rakan seperjuangan
Hang Tuah pahlawan terbilang,
Bunuh J***t kerana raja,
MPP tidak akan hilang,
Selagi ahlinya tetap setia.
‘TOGETHER, WE EMPOWER’
Zulfitri Aidil Bin Zulhazmi
Muhammad Raffiq bin Aidrus
Mantan Majlis Perwakilan Pelajar
Fakulti Pengurusan Maklumat
Universiti Teknologi Mara
Sesi 2017/2018