20/09/2026
๐บ UiTM Ukir Sejarah Baharu Menerusi UMBC 2026, Raih Dua Pengiktirafan Malaysia Book of Records ๐๐ฒ๐พ
SERI ISKANDAR, 18 September 2026 โ Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencipta sejarah apabila UiTM Marching Band Competition (UMBC) 2026 meraih dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR), sekali gus memperkukuh komitmen universiti dalam memperkasa bakat, kepimpinan dan kemenjadian mahasiswa.
Kejohanan yang berlangsung pada 15 hingga 18 September 2026 itu dianjurkan oleh UiTM Cawangan Perak dengan kerjasama Pusat Kesatria dan Kokurikulum (PKeKO), Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), UiTM. Bertemakan โMelakar Sejarah, Menggema Patriotismeโ, UMBC 2026 menghimpunkan ratusan penggiat seni pancaragam serta kontinjen dari seluruh sistem UiTM.
Dua pengiktirafan tersebut ialah โMost Participants in a Marching Band Competitionโ dan โMost Marching Band Members in a Patriotic Song Performance (Negaraku)โ. Persembahan Negaraku secara beramai-ramai turut mencipta detik bersejarah yang menyatukan para peserta dalam satu semangat, satu irama dan satu identiti kebangsaan.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, menyifatkan pencapaian tersebut sebagai manifestasi semangat patriotisme, perpaduan dan kecemerlangan mahasiswa. Tahniah juga kepada Band of Spirit dari UiTM Shah Alam yang dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan UMBC 2026.
Kejayaan penganjuran ini turut didukung oleh Rektor UiTM Cawangan Perak, Profesor Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim, yang memberikan sokongan penuh terhadap usaha memperkasa bakat dan kemenjadian mahasiswa menerusi seni pancaragam. Pelaksanaan UMBC 2026 p**a dikoordinasikan oleh Profesor Madya Sr. Dr. Mohd Azian Zaidi, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Cawangan Perak, bersama seluruh jawatankuasa pelaksana bagi memastikan kejohanan berlangsung secara profesional, teratur dan berimpak tinggi.
Menurut Pengarah PKeKO, Datuk Dr. Hasrol Jono, kejayaan ini membuktikan bahawa bakat mahasiswa perlu terus diberikan ruang, bimbingan dan pentas yang sewajarnya. UMBC 2026 akan dikenang sebagai mercu tanda yang melakar sejarah, menyatukan warga dan menggemakan patriotisme melalui bahasa muzik.