Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)

Call Directions Website

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) pages Rasmi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Politeknik Premier Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 8 Mac 2002.

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Shah Alam terletak di Shah Alam, ibu negeri Selangor Darul Ehsan. Kedudukannya di lokasi strategik, ditambah dengan komitmen dan dedikasi warga kerjanya telah menjadikan PSA sebuah Politeknik dinamik, selari dengan kemajuan akademik dan pembangunan prasarana. Pertukaran nama Politeknik Shah Alam sempena nama Almarhum DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung ke XI yg telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor. PSA yang sinonim dengan gelaran "Politeknik Super Active" di kalangan rakan seperjuangan telah mengorak langkah menjadi politeknik pertama mendapat persijilan MS ISO 9002:1994 dari SIRIM pada September 1999. Tahun 2002 menyaksikan kejayaan PSA membuat peralihan sistem kualiti kepada MS ISO 9001:2000. Enam jabatan akademik PSA yang terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Matematik Sains & Komputer dan Jabatan Pengajian Am bersedia menawarkan kursus yang berkualiti melalui tenaga akademik profesional dan terlatih. Visi
PSA adalah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dan Latihan Yang Disegani

Dasar Kualiti
PSA Komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada pelanggan melalui kerja berpasukan, kajian semula serta penambahbaikan berterusan.

[ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’ ]Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah menerima Sijil Kelulusan Pensijilan...
22/10/2026

[ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’ ]

Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah menerima Sijil Kelulusan Pensijilan ISO 45001:2018 โ€“ Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OHSMS) daripada badan pensijilan LRQA.

Pensijilan ini berkuat kuasa mulai 4 November 2026 hingga 3 November 2029, mencerminkan komitmen berterusan PSA dalam memastikan persekitaran kerja dan pembelajaran yang selamat, sihat serta memenuhi standard antarabangsa.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Unit Pengurusan Keselamatan (UPKES) PSA serta seluruh warga PSA atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini.

Semoga pencapaian ini terus memperkukuh budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan PSA secara berterusan.

Ikhlas daripada,
Pengarah dan Warga Pengurusan
Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ฒ . ๐—ฆ๐˜†๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ๐˜‡๐—ฒ . ๐—”๐—ด๐—ถ๐—น๐—ฒ

Ketua Pengarah JPPKK - Shamsuri Abdullah
Politeknik.kolejkomuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi



Sosial Media Rasmi PSA :
https://psa.mypolycc.edu.my/
https://www.instagram.com/psa_pssaas
https://www.facebook.com/pssaas/
https://x.com/PSA_PSSAAS
https://tiktok.com/
https://www.youtube.com/

22/10/2026

โ€ผ๏ธ TERKINI โ€ผ๏ธ

๐Ÿ“Œ Isu Waze: Kerajaan ambil pendekatan berfasa lindungi keselamatan data

๐Ÿ“Œ Penjawat awam yang tidak laksana arahan hentikan penggunaan Waze boleh dikenakan tindakan disiplin

- KP Majlis Keselamatan Negara



๐†๐‘๐„๐„๐ ๐‚๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐‚๐„๐๐“๐‘๐„ ๐๐’๐€ ๐’๐„๐‘๐“๐€๐ˆ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐ˆ๐“๐‚๐‡๐ˆ๐๐† ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐‚๐“ ๐†๐„๐๐ˆ๐”๐’20 Oktober 2026 | Empat orang wakil Green Campus Centre, Poli...
22/10/2026

๐†๐‘๐„๐„๐ ๐‚๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐‚๐„๐๐“๐‘๐„ ๐๐’๐€ ๐’๐„๐‘๐“๐€๐ˆ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐ˆ๐“๐‚๐‡๐ˆ๐๐† ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐‚๐“ ๐†๐„๐๐ˆ๐”๐’

20 Oktober 2026 | Empat orang wakil Green Campus Centre, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah menghadiri Sesi Pitching Project GENIUS anjuran Sustainable Business Network Association Malaysia (SustNET) di KT Academy, Seksyen 24, Shah Alam.

Project GENIUS merupakan platform inovatif yang menghimpunkan projek berkaitan kelestarian, inovasi hijau dan teknologi berasaskan bahan terbuang daripada institusi pendidikan, industri, organisasi komuniti, perusahaan sosial serta syarikat. Platform ini bertujuan mengetengahkan idea dan inovasi berpotensi, di samping meneroka peluang kerjasama strategik, pembiayaan serta pembangunan projek ke arah pengkomersialan.

PSA diwakili oleh empat orang pegawai, iaitu:
1. Ts. Raazizah binti Haji Hussain (Ketua Projek)
2. Wahida binti Mohamad Noor
3. Azhan Zaki bin Silim
4. Teo Eng Yeaw

Sesi pitching ini melibatkan enam projek akhir daripada pelbagai agensi dan organisasi, iaitu Independent Fashion Designer, MEA Aquaponics PLT, HRB Q Tech Sdn. Bhd., Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Ar-Rajhi Bank dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Sesi pembentangan ini turut dinilai oleh panel yang terdiri daripada Dr. Danial CF Ng, Chairman, Asia Pacific Sustainability CEO Circle, serta Ts. Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan, GPM-b, RCA DESC, Founding Chairman dan Secretary-General Sustainable Business Network Association Malaysia (SustNET).

Penyertaan ini membuka peluang kepada PSA untuk berkongsi idea dan kepakaran dalam bidang kelestarian, memperluas jaringan profesional serta meneroka potensi kerjasama bersama pihak industri dan rakan strategik bagi menyokong pembangunan inovasi hijau yang mampan.

Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin kepada pengembangan projek kelestarian PSA dan membuka lebih banyak peluang untuk merealisasikan inovasi yang memberi manfaat kepada institusi, industri dan masyarakat.

๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ฒ . ๐—ฆ๐˜†๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ๐˜‡๐—ฒ . ๐—”๐—ด๐—ถ๐—น๐—ฒ

Politeknik.kolejkomuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi



Sosial Media Rasmi PSA :
https://psa.mypolycc.edu.my/
https://www.instagram.com/psa_pssaas
https://www.facebook.com/pssaas/
https://x.com/PSA_PSSAAS
https://tiktok.com/
https://www.youtube.com/

[ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’ ]Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Perpustakaan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (...
22/10/2026

[ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’ ]

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Perpustakaan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) atas kejayaan memperoleh Pengiktirafan 4 Bintang daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menerusi Penganugerahan Penarafan Bintang Perpustakaan.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan Perpustakaan PSA dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta memenuhi standard yang ditetapkan oleh PNM.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan demi manfaat seluruh warga PSA.

๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ฒ . ๐—ฆ๐˜†๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ๐˜‡๐—ฒ . ๐—”๐—ด๐—ถ๐—น๐—ฒ

Politeknik.kolejkomuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi



Sosial Media Rasmi PSA :
https://psa.mypolycc.edu.my/
https://www.instagram.com/psa_pssaas
https://www.facebook.com/pssaas/
https://x.com/PSA_PSSAAS
https://tiktok.com/
https://www.youtube.com/

22/10/2026
22/10/2026
๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐‰๐€๐Œ๐”๐€๐ ๐“๐„๐‡ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‰๐”๐๐‹๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐ƒ๐˜๐Œ๐Œ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘18 Oktober 2026 - Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)...
19/10/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐‰๐€๐Œ๐”๐€๐ ๐“๐„๐‡ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‰๐”๐๐‹๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐ƒ๐˜๐Œ๐Œ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘

18 Oktober 2026 - Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja Sempena Jubli Perak DYMM Sultan Selangor yang berlangsung di Padang Mahkota, Istana Alam Shah, Klang.

Penglibatan JPP PSA dalam majlis bersejarah ini merupakan satu penghormatan dan pengalaman bermakna kepada para pelajar. Penyertaan ini turut memberi peluang kepada pelajar untuk menghayati kepentingan institusi beraja, memupuk semangat patriotisme serta meningkatkan penghargaan terhadap adat istiadat dan warisan Kesultanan Selangor.

๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ฒ . ๐—ฆ๐˜†๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ๐˜‡๐—ฒ . ๐—”๐—ด๐—ถ๐—น๐—ฒ

Politeknik.kolejkomuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi



Sosial Media Rasmi PSA :
https://psa.mypolycc.edu.my/
https://www.instagram.com/psa_pssaas
https://www.facebook.com/pssaas/
https://x.com/PSA_PSSAAS
https://tiktok.com/
https://www.youtube.com/

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐๐’๐€! ๐๐€๐ˆ๐ ๐‰๐Ž๐‡๐€๐ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐—-๐…๐€๐‚๐“๐Ž๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”! ๐ŸฅˆSekalung tahniah diucapkan kepada Kump**an Rebrew Candl...
19/10/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐๐’๐€! ๐๐€๐ˆ๐ ๐‰๐Ž๐‡๐€๐ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐—-๐…๐€๐‚๐“๐Ž๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”! ๐Ÿฅˆ

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kump**an Rebrew Candle dari Jabatan Perdagangan, Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) atas kejayaan meraih TEMPAT KEDUA bagi Anugerah Inovasi Pelajar dalam pertandingan X-Factor: Big Idea Commercial Showcase PolyCC National 2026 (X-BICโ€™26)!

Pertandingan ini dianjurkan oleh Kolej Komuniti Shah Alam dengan kerjasama Kolej Komuniti Klang dan telah berlangsung pada 15 Oktober 2026 (Khamis) bertempat di Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Program ini menghimpunkan pelajar dan pensyarah politeknik serta kolej komuniti bagi mengetengahkan idea dan produk inovasi yang berpotensi untuk dikomersialkan.

Kejayaan ini membuktikan bahawa kreativiti, inovasi dan semangat keusahawanan pelajar PSA mampu bersaing serta menyerlah di peringkat kebangsaan.

Syabas dan tahniah kepada Kump**an Rebrew Candle, Jabatan Perdagangan, serta pensyarah pembimbing atas komitmen, usaha dan dedikasi yang telah membawa kejayaan membanggakan ini.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi berimpak tinggi dan kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan!

Team Rebrew! Candle:
Muhammad Alif Bin Abdul Hamid
Aisy Wafiy Bin Azwan Ezli
Aisyah Nabihah Binti Mohd Farid
Nur Afiqah Balqis Binti Kamarul Zaman
Muhammad Haekal Bin Hasrul Effendy

Mentor: Pn. Nur Azlina binti Jalaluddin & Pn. Diana binti Nasarudin

Tahiah dan syabas PSA!
Semoga terus melakar kejayaan demi kejayaan mencapai aspirasi usahawan TVET negara yang unggul!

๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ฒ . ๐—ฆ๐˜†๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ๐˜‡๐—ฒ . ๐—”๐—ด๐—ถ๐—น๐—ฒ

Politeknik.kolejkomuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi



Sosial Media Rasmi PSA :
https://psa.mypolycc.edu.my/
https://www.instagram.com/psa_pssaas
https://www.facebook.com/pssaas/
https://x.com/PSA_PSSAAS
https://tiktok.com/
https://www.youtube.com/

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐“๐‹๐ƒ๐Œ ๐ƒ๐€๐ ๐‰๐๐๐Š๐Š: ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐๐ˆ๐ƒ๐€๐๐† ๐๐€๐•๐€๐‹ ๐“๐„๐‚๐‡ @๐๐’๐€Satu sesi mesyuarat kerjasama antara Tentera Laut ...
19/10/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐“๐‹๐ƒ๐Œ ๐ƒ๐€๐ ๐‰๐๐๐Š๐Š: ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐๐ˆ๐ƒ๐€๐๐† ๐๐€๐•๐€๐‹ ๐“๐„๐‚๐‡ @๐๐’๐€

Satu sesi mesyuarat kerjasama antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Minda 1, Wisma Perwira ATM, Kementah, Kuala Lumpur, pada 19 Oktober 2026.

Sesi ini telah dihadiri oleh Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Timbalan Ketua Pengarah (Governan) JPPKK; Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Pengarah Kanan Akademik; Puan Hilmun binti Mohamed, Pengarah Bahagian Kurikulum; Encik Zaidi bin Othman, Pengarah Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital; Puan Nur Liana binti Khalid Khan, Timbalan Pengarah Instruksional; serta Dr. Zamsalwani, Ketua Seksyen Kejuruteraan.

Turut hadir mewakili Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) ialah Tuan A. Azman bin Arshad, Pengarah PSA dan Kdr. Ts. Asmira bin Ashari, Pensyarah merangkap Ketua Penyelaras Naval Tech .

Delegasi TLDM p**a diketuai oleh Laksda Muhamad Shakir bin Saleh, AKS Sumber Manusia, bersama Laksma Mohd Hasnan bin Mohd Hanafiah, Panglima Pasukan Simpanan TLDM; Laksma Ts. Rozaide bin Megat Othman, Pengarah Kanan Kejuruteraan; Laksma Zaharrudin Mohd Yusof, Pengarah Kanan Material; Kept. Ir. Ts. Abd Razak bin Ahmad, Pengarah Pembangunan Kejuruteraan; Kept. Shakib Ahmad Shakir bin Jamaluddin, Pegawai Pemerintah KD Sri Klang; serta P/Kdr Ir. Mohd Faisal bin Mohd Razali, Pegawai Pembangunan Sumber dan Industri Pertahanan.

Semoga sesi perbincangan ini menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dalam bidang pengajian Naval Tech , sekali gus memperkukuh pembangunan kurikulum dan kompetensi pelajar bagi melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi, berintegriti, amanah dan bersedia berkhidmat demi keselamatan serta kedaulatan negara.

๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ฒ . ๐—ฆ๐˜†๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ๐˜‡๐—ฒ . ๐—”๐—ด๐—ถ๐—น๐—ฒ

Ketua Pengarah JPPKK - Shamsuri Abdullah
Politeknik.kolejkomuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi



Sosial Media Rasmi PSA :
https://psa.mypolycc.edu.my/
https://www.instagram.com/psa_pssaas
https://www.facebook.com/pssaas/
https://x.com/PSA_PSSAAS
https://tiktok.com/
https://www.youtube.com/

Address

Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
14:30 - 17:00

Telephone

+60351634000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share