Faculty of Applied Sciences, UiTM Shah Alam

Call Directions Website Contact the university

Faculty of Applied Sciences, UiTM Shah Alam THIS IS AN OFFICIAL FSG PAGE. FSG (Fakulti Sains Gunaan) is the 4th Biggest Faculty with four (4) S The Faculty of Applied Sciences was established in 1967.

It started as the School of Applied Sciences at Institute Technology MARA’s (ITM) Jalan Othman campus in Petaling Jaya. In 1974 the School of Applied Sciences moved to Shah Alam where the Faculty of Applied Sciences was established in 1977 when ITM was upgraded to university status. The first programme offered in 1967 was Diploma in Planting Industry Management. Over the years the faculty has evolved into offering many programmes from pre-degree level to post-graduate level as a result of which new faculties such as the Faculty of Chemical Engineering, Faculty of Health Sciences and Faculty of Plantation and Agrotechnology were set-up. Currently the faculty offers 25 programmes. In future more programmes at post-graduate level will be offered by the faculty.

TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA KUMPULAN KIK FSGSetinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat maju jaya kepada Kumpula...
26/09/2026

TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA KUMPULAN KIK FSG

Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat maju jaya kepada Kumpulan PROCENT dan Kumpulan INOVHEP FSG yang akan mewakili Fakulti Sains Gunaan (FSG), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK2026) Peringkat Zon Tengah UiTM.

Tarikh: 28–30 September 2026
Tempat: Dewan Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam

Penyertaan kedua-dua kumpulan ini merupakan satu penghargaan dan kebanggaan buat Fakulti Sains Gunaan serta mencerminkan komitmen warga fakulti dalam memperkukuh budaya inovasi, kreativiti dan penambahbaikan berterusan.

Semoga Kumpulan PROCENT dan Kumpulan InnovHEP FSG dapat membentangkan projek masing-masing dengan penuh keyakinan, profesionalisme dan komitmen yang tinggi. Diharapkan segala usaha, idea dan inovasi yang diketengahkan dapat memberikan impak yang signifikan serta menyumbang kepada kecemerlangan UiTM.

Seluruh warga Fakulti Sains Gunaan merakamkan sokongan dan mendoakan agar kedua-dua kumpulan memperoleh kelancaran dan kejayaan sepanjang penyertaan dalam KIK2026.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada Kumpulan ProCent dan Kumpulan InnovHEP.

Kumpulan ProCent dibarisi oleh:
1. Dr. Siti Aimi Sarah Zainal Abidin (Fasilitator)
2. Puan DK Suhana AK Yunos (Ketua)
3. Puan Nor Ellina Othman
4. Puan Nurul Hayanti Musa
5. Puan Noor Azlin Baharudin
6. Encik Luqman Sabirin
7. Encik Muhammad Zulhairy Radzi
8. Encik Mohd Khairul Amri Ismail
⁠9. Puan Khairuniza Kamalludin

Kumpulan InnovHEP dibarisi oleh:
1. Puan Fairuzah Zaharos Mansor A.M.N (Fasilitator)
2. Encik Mohammad Norakmal Mohamad Ali (Ketua)
3. Encik Mohd Khairul Tajudin
4. Puan Noor Suzira Sappie
5. Puan Nurul Nadirah Mohamad Hazli
6. Ts. ChM. Salifairus Mohammad Jafar (Institut Sains )
7. Puan Norzalina Saat (Jabatan Digital UiTM Shah Alam)

Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama Fakulti Sains Gunaan.



The Faculty of Applied Sciences (FSG), UiTM proudly congratulates Assoc. Prof. ChM. Dr. Noor Hidayah Pungot on winning B...
26/09/2026

The Faculty of Applied Sciences (FSG), UiTM proudly congratulates Assoc. Prof. ChM. Dr. Noor Hidayah Pungot on winning Best Presenter at the 8th International Conference on Chemistry and Material Sciences (IC2MS 2026), for a paper entitled, "From Natural Products to Novel Drug Discovery: Synthetic Strategies and Pharmacological Potential of Bioactive Pyrrolidinedione Derivatives".

The conference was organized by the Department of Chemistry, Faculty of Mathematics and Natural Sciences at Universitas Negeri Malang, under the Ministry of Higher Education, Science, and Technology, and took place in Indonesia from September 15th–16th, 2026.

This outstanding achievement reflects her dedication to advancing scientific research. May this success inspire continued excellence in future endeavors. Congratulations! 🎉



The article “Volcanic Ash Risks Must Be Assessed Through Data” by Mr. Fairus Muhamad Darus and Dr. Nurzulaifa Shaheera E...
25/09/2026

The article “Volcanic Ash Risks Must Be Assessed Through Data” by Mr. Fairus Muhamad Darus and Dr. Nurzulaifa Shaheera Erne Mohd Yasim from the School of Chemistry and Environment, Faculty of Applied Sciences, Universiti Teknologi MARA (UiTM) was published on the BERNAMA Thoughts portal on 23 September 2026.

The article highlights that volcanic ash visible in satellite images does not necessarily mean that ground-level air quality is affected. The actual risk depends on factors such as wind direction, particle size, atmospheric conditions and pollutant concentrations near the surface.

It also explains that aviation warnings do not necessarily indicate toxic air exposure on the ground, while N95 masks can filter particles but do not protect against gases such as sulphur dioxide (SO₂). Therefore, public health risks should be assessed using ground-level air-quality data and official local information, rather than satellite imagery alone.

Read the full article here:
https://www.bernama.com/en/thoughts/news.php?id=2610611

PR Value: RM8,999



Artikel bertajuk "Abu Vulkanik di Langit: Apa Risiko kepada Rakyat?" oleh Dr. Nurzulaifa Shaheera Erne Mohd Yasim, Pensy...
25/09/2026

Artikel bertajuk "Abu Vulkanik di Langit: Apa Risiko kepada Rakyat?" oleh Dr. Nurzulaifa Shaheera Erne Mohd Yasim, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Kimia dan Persekitaran, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA telah diterbitkan di portal Berita RTM pada 23 September 2026. Menerusi artikel ini, penulis menerangkan bahawa imej satelit yang memaparkan kepulan abu gunung berapi di udara sering mencetuskan kebimbangan, namun beliau menekankan bahawa pergerakan zarah di altitud tinggi tidak semestinya bermaksud kualiti udara yang kita sedut di permukaan bumi turut terjejas. Artikel ini menyatakan kepentingan untuk orang awam memahami bahawa abu di lapisan langit yang tinggi mungkin tidak mendap ke paras pernafasan manusia kerana ia sangat bergantung pada arah angin dan saiz zarah, malah amaran bahaya kepada laluan pesawat di ruang udara juga tidak bermaksud penduduk di darat sedang terdedah kepada ancaman udara toksik.

Selain itu, penulis turut memperjelaskan bahawa pemakaian alat pernafasan N95 berkesan menapis debu, tetapi ia tidak melindungi paru-paru daripada gas berbahaya seperti sulfur dioksida. Oleh hal yang demikian, penentuan kesan kesihatan awam yang sebenar bergantung kepada data pengukuran kualiti udara berhampiran permukaan serta keadaan setempat, bukan sekadar merujuk arah pergerakan awan pada peta satelit. Secara kesimpulannya, penulis menekankan agar masyarakat kekal waspada dan mengambil perlindungan berdasarkan data rasmi setempat, bukannya membuat andaian atau panik akibat imej satelit semata-mata.

Baca artikel penuh di sini:
https://berita.rtm.gov.my/fokus/perspektif/senarai-berita-fokus/perspektif/senarai-artikel/abu-vulkanik-di-langit-apa-risiko-kepada-rakyat/

Nilai PR: RM3,599.00



SAUDARA PENGARANGRINGKASAN BERITA AI − Bezakan pengesanan, pendedahan dan risiko; nilaian bergantung pada jenis bahan, kepekatan, saiz zarah, tempoh pendedahan dan keadaan individu. Kepungan atmosfera tinggi tidak bermakna pendedahan permukaan; perlu perbandingan dengan pengukuran udara setempat d...

Artikel bertajuk “Minggu Orientasi, Mahasiswa Perlukan Ruang untuk Beradaptasi” oleh En. Fairus Muhamad Darus, Pensyarah...
25/09/2026

Artikel bertajuk “Minggu Orientasi, Mahasiswa Perlukan Ruang untuk Beradaptasi” oleh En. Fairus Muhamad Darus, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Kimia dan Persekitaran, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), telah diterbitkan di Portal Berita RTM, ruangan Perspektif, pada 24 September 2026. Artikel ini mengetengahkan bahawa minggu orientasi merupakan langkah awal untuk mahasiswa mengenali persekitaran universiti, namun proses menyesuaikan diri sebenarnya berterusan apabila kuliah bermula dan mereka mula berhadapan dengan tugasan, jadual pengajian, pengurusan kewangan serta rutin kehidupan kampus.

Penulis menekankan kepentingan memberi ruang kepada mahasiswa untuk membina rutin yang sesuai, memahami tuntutan pengajian dan mengetahui saluran bantuan yang boleh dirujuk apabila menghadapi kesulitan. Sokongan daripada pensyarah, penasihat akademik, pihak fakulti, hal ehwal pelajar serta rakan sekuliah dapat membantu mahasiswa melalui fasa peralihan ini dengan lebih baik. Persekitaran kampus yang mudah didekati dan responsif turut memainkan peranan penting dalam membantu mahasiswa membina keyakinan serta menyesuaikan diri dengan kehidupan universiti.

Baca artikel penuh:
https://berita.rtm.gov.my/fokus/perspektif/senarai-berita-fokus/perspektif/senarai-artikel/minggu-orientasi-mahasiswa-perlukan-ruang-untuk-beradaptasi/

Nilai PR: RM3599



🔬⚡ PHYSICS IN ACTION! – MENDEKATKAN FIZIK DENGAN DUNIA SEBENAR⚡🔬Program “Physics in Action!” telah berlangsung dengan ja...
24/09/2026

🔬⚡ PHYSICS IN ACTION! – MENDEKATKAN FIZIK DENGAN DUNIA SEBENAR⚡🔬

Program “Physics in Action!” telah berlangsung dengan jayanya bersama warga SMK Kampung Jawa, Klang pada 15–17 September 2026.

Program komuniti ini dianjurkan sebagai satu usaha untuk mendekatkan ilmu Fizik kepada para pelajar melalui pendekatan yang lebih interaktif, praktikal dan menyeronokkan. Melalui aktiviti hands-on dan demonstrasi, para pelajar Tingkatan 4 dan 5 berpeluang meneroka konsep Fizik dalam situasi yang dekat dengan kehidupan seharian.

📚 Antara aktiviti yang dijalankan merangkumi:
🔹 Daya & Gerakan
🔹 Pengukuran
🔹 Kesan Fotoelektrik
🔹 Aktiviti eksperimen dan pembelajaran secara hands-on
🔹 Aktiviti interaktif yang menggalakkan pemikiran kritis dan penyelesaian masalah

Program ini bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi turut memberi ruang kepada para pelajar untuk bertanya, mencuba, membuat pemerhatian dan memahami bagaimana Fizik berfungsi dalam dunia sebenar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SMK Kampung Jawa, Klang, para guru serta semua pensyarah dan fasilitator yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha kecil ini dapat menyemarakkan minat pelajar terhadap Fizik, Sains dan STEM, serta membuka peluang kepada mereka untuk melihat bahawa pembelajaran Fizik bukan hanya tentang formula, tetapi tentang memahami dunia di sekeliling kita🌍✨



Artikel bertajuk “PISA: Adakah Pelajar Benar-benar Kuasai Bidang Sains?” oleh En. Fairus Muhamad Darus, Fakulti Sains Gu...
22/09/2026

Artikel bertajuk “PISA: Adakah Pelajar Benar-benar Kuasai Bidang Sains?” oleh En. Fairus Muhamad Darus, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), telah diterbitkan di Utusan Malaysia pada 21 September 2026. Artikel ini membincangkan cabaran pendidikan sains di Malaysia berdasarkan pencapaian PISA 2025, yang menunjukkan bahawa minat dan keterujaan terhadap aktiviti STEM tidak semestinya mencerminkan penguasaan sebenar dalam bidang sains. Penguasaan konsep, keupayaan mentafsir data dan graf serta menggunakan pengetahuan dalam situasi baharu perlu diberi perhatian agar pembelajaran sains tidak hanya berasaskan hafalan.

Penulis turut menekankan kepentingan pentaksiran sebagai medium untuk mengenal pasti kelemahan dan salah konsep pelajar, seterusnya membolehkan tindakan susulan seperti pengajaran semula, maklum balas dan bimbingan diberikan dengan lebih berkesan. Seiring pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027, kandungan, pengajaran dan pentaksiran perlu bergerak seiring, manakala kejayaan program STEM wajar dinilai bukan hanya berdasarkan jumlah penyertaan, tetapi sejauh mana pelajar benar-benar memahami dan mampu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari.

Baca artikel penuh:
https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2026/09/pisa-adakah-pelajar-benar-benar-kuasai-bidang-sains/

Nilai PR: RM5901.00



Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Fakharul Zaman Raja Yahya dan Dr. Nurul Hidayah Adenan atas kejayaan mener...
19/09/2026

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Fakharul Zaman Raja Yahya dan Dr. Nurul Hidayah Adenan atas kejayaan menerima Geran Penyelidikan Eksploratori dan Transformatif (GET) Fasa 1/2026. Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan warga Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam menerajui penyelidikan berimpak tinggi, inovatif dan berpotensi menyumbang kepada kemajuan ilmu serta penyelesaian isu semasa.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan penyelidikan yang lebih cemerlang, penghasilan penerbitan berkualiti, pengukuhan jaringan kolaborasi serta peningkatan impak penyelidikan di peringkat institusi, nasional dan antarabangsa. Seluruh warga Fakulti Sains Gunaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya.



Artikel bertajuk “Ancaman Gunung Berapi Perlu Dibaca Melalui Data” oleh En. Fairus Muhamad Darus dan Dr. Nurzulaifa Shah...
19/09/2026

Artikel bertajuk “Ancaman Gunung Berapi Perlu Dibaca Melalui Data” oleh En. Fairus Muhamad Darus dan Dr. Nurzulaifa Shaheera Erne Mohd Yasim, Pusat Pengajian Kimia dan Persekitaran, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), telah diterbitkan di Utusan Malaysia pada 18 September 2026. Artikel ini membincangkan kepentingan menilai risiko letusan gunung berapi berdasarkan data saintifik yang lengkap, susulan siri letusan Anak Krakatau yang menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan pergerakan abu dan bahan vulkanik ke negara jiran termasuk Malaysia.

Penulis menekankan bahawa maklumat daripada imej satelit, arah dan kelajuan angin, ketinggian kepulan serta bacaan kualiti udara di permukaan perlu dianalisis secara menyeluruh sebelum sesuatu kesimpulan dibuat. Abu vulkanik dan sulfur dioksida (SO₂) juga perlu dibezakan kerana kedua-duanya mempunyai sifat, pergerakan dan kesan yang berbeza. Penyampaian maklumat kepada masyarakat perlu dibuat dengan konteks yang tepat, berasaskan bukti dan tanpa sensasi supaya kebimbangan awam tidak tercetus daripada tafsiran data yang tidak lengkap.

Baca artikel penuh:
https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2026/09/ancaman-gunung-berapi-perlu-dibaca-melalui-data/

Nilai PR: RM6999.00



Artikel bertajuk “UiTM Perkukuh Keupayaan Analisis Tekstil Pegawai Jabatan Kimia Malaysia” oleh Dr Najua Tulos telah dit...
18/09/2026

Artikel bertajuk “UiTM Perkukuh Keupayaan Analisis Tekstil Pegawai Jabatan Kimia Malaysia” oleh Dr Najua Tulos telah diterbitkan di Dewan Kosmik pada 15 September 2026. Artikel ini mengetengahkan penganjuran Kursus Analisis Tekstil: Mendepani Cabaran Teknologi Bahan Termaju Tekstil 2026 oleh Program Tekstil dan Pakaian, Fakulti Sains Gunaan (FSG), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, yang berlangsung dari 7 hingga 10 September 2026. Kursus selama empat hari itu disertai oleh 10 pegawai daripada Jabatan Kimia Malaysia bagi memperkukuh pengetahuan dan kemahiran dalam analisis, pencirian serta pengujian bahan tekstil termaju.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada prinsip analisis dan pencirian bahan tekstil, pemilihan kaedah pengujian serta latihan amali di makmal melalui demonstrasi dan pengujian secara langsung. Program ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan teknikal peserta, malah memperkukuh perkongsian kepakaran antara UiTM dan Jabatan Kimia Malaysia, sekali gus membuka ruang kepada kerjasama berterusan dalam bidang analisis, penyelidikan dan pembangunan kepakaran teknikal, khususnya dalam menghadapi perkembangan teknologi tekstil yang semakin kompleks dan pelbagai.

Baca artikel penuh:
https://dewankosmik.jendeladbp.my/2026/09/15/25964/

Nilai PR: RM2999.00



Address

Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60355444568

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faculty of Applied Sciences, UiTM Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Faculty of Applied Sciences, UiTM Shah Alam:

Shortcuts

Share