16/01/2026
Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar sesi 25/26 ke Institut Kepimpinan Pelajar
SHAH ALAM, 16 Januari 2026 — Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2025/2026 telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Kepimpinan Pelajar (IKP) di Bilik Latihan IKP pada jam 9.15 pagi. Kunjungan ini dihadiri oleh barisan kepimpinan MPP dan turut disertai oleh Prof. Dr. Ismi Roha binti Mohamed Jais, Penolong Naib Canselor Komunikasi Strategik.
Dalam sesi perjumpaan, PNYDP Muhammad Zuhair Hazmin bin Zohari menerangkan hala tuju MPP yang menumpukan kepada advokasi dan suara mahasiswa, pembangunan bakat dan kepimpinan, serta kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa, dengan menegaskan komitmen melalui slogan “Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung.”
Pengarah Institut Kepimpinan Pelajar, Prof. Madya Dr. Alwi Mohd bin Yunus, menekankan kepentingan memetakan hala tuju kedua-dua pihak supaya program yang dirancang dapat dilaksanakan secara berkesan dan memberi impak positif kepada mahasiswa.
Pengarah IKP juga menekankan bahawa MPP perlu tampil ke hadapan dalam menangani isu-isu negatif, khususnya di media sosial, dengan cadangan penambahbaikan yang konstruktif dan maklumat yang tepat. MPP digalakkan meningkatkan perkongsian mengenai pencapaian UiTM bagi mengimbangi naratif negatif. Prof. Dr. Ismi Roha p**a menyeru agar MPP bekerjasama dengan pentadbiran dalam usaha menaikkan imej UiTM, bersikap adil terhadap kekurangan universiti, dan menanam rasa kesyukuran dalam kalangan mahasiswa. Strategic engagement antara MPP dan IKP akan dilaksanakan secara berterusan.
Dari aspek kewangan dan program, Pengarah IKP mencadangkan penggunaan aplikasi Settle bagi semua transaksi pelajar sebagai inisiatif penjanaan dana untuk menyokong program berskala besar, termasuk di peringkat antarabangsa. MPP juga akan dilibatkan sebagai fasilitator dan pembangun modul dalam program kepimpinan, kemahiran insaniah dan kenegaraan anjuran IKP.
Kunjungan hormat ini diakhiri dengan harapan agar kerjasama strategik MPP dan IKP terus diperkukuh demi melahirkan mahasiswa berdaya saing, berintegriti, dan berjati diri.