Akademi Kepolisan UiTM/PDRM ditubuhkan secara rasmi pada 1 Ogos 2011 melalui keputusan Jawatankuasa Eksekutif (JKE) UiTM Bil 15/2011 pada 19 Julai 2011 dan disahkan pada mesyuarat JKE Bil 16/2011 pada 25 Julai 2011. Penubuhan Akademi adalah lanjutan daripada Memorandum Persefahaman yang ditandatangani antara Universiti Teknologi MARA dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 14 Julai 2011. Akademi Kep
olisan UiTM/PDRM merupakan satu daripada rangkaian kerjasama yang telah dipersetujui penubuhannya untuk menyediakan ruang dan peluang kepada warga PDRM sama ada untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau pun meningkatkan kerjaya kepolisan dalam kalangan Anggota dan Pegawai PDRM. Akademi Kepolisan UiTM/PDRM juga berperanan untuk meluaskan pelaksanaan latihan Kor SUKSIS di seluruh Kampus Cawangan menggunakan pendekatan yang lebih dinamik dan efektif dari segi kos pelaksanaannya yang perlu ditanggung oleh kedua-dua belah pihak UiTM dan PDRM. Struktur perjawatan Akademi Kepolisan UiTM/PDRM pada dasarnya telah diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif (JKE) UiTM dalam mesyuarat Bil.18/2011 pada 8 Ogos 2011, yang kemudiannya disahkan di dalam mesyuarat JKE Bil. 19/2011. Akademi diketuai seorang Pegarah dan dibantu oleh 3 orang koordinator, manakala pentadbirannya pula dikendalikan oleh seorang Penolong Pendaftar.