04/09/2014
[Persepsi Pengajian Bertajwid Dewasa Yang SALAH]
Ini kontroversi... Maaf bagi yang tidak sependapat.
Ramai bakal pelajar pengajian bertajwid dewasa yang menelefon saya, soalan yang agak sukar untuk saya beri penjelasan adalah:
Soalan: "Berapa jam kelas pengajian ni ustaz"
Nak olah ayat ni pun susah, biasanya jawapan saya begini:
Jawapan: Kaedah pembelajaran bacaan Quran bertajwid ni buka seperti kita mendengar tazkirah, ceramah ataupun apa2 yang lain bang, boleh mendengar sehingga 2jam atau pun lebih. Pengajian bertajwid Quran ni kita belajar kefahaman tentang hukum tajwid tersebut dan membaca latihannya. Tidak cukup sekadar contoh-contoh sahaja kerana kebanyakan hukum tajwid namanya sama tetapi kejadiannya banyak variasi, jadi jika tidak cukup latihan kita tidak akan nampak hukum tajwid tersebut di dalam bacaan kita walaupun kita telah pelajari hukum tajwid tersebut. Cukup sekadar 12-15minit sekali belajar dan istiqomah. Seminggu sekali mengadap guru sudah memadai. Jangan percaya tetapi inilah rahsia Kaedah Abata dan ianya telah terbukti sungguh pun daripada '0'.
Kami di Pusat Pengajian Abata menjalankan pengajian secara personal coaching (individu) bukan secara kelas. Jika pengajian secara kelas, ya.. 2 jam pengajian secara kelas adalah biasa. Inilah perkara pokok yang telah menjadi salah persepsi di kalangan bakal pelajar Quran. Tetapi.. adakah ianya adil atau berkesan untuk pelajar Quran? Tidak...semestinya TIDAK. kenapa? - walaubagaimanapun duduk di dalam majlis ilmu, masih mendapat pahala insyaAllah.
Anda duduk di dalam kelas pengajian selama 2jam. Biasanya apakah situasi kelas pengajian Quran. Saya juga pernah mengikuti dan mengajar secara begini. Adakah ia efektif? anda baca anda jawab...
Situasi 1: Sejarah pengajian setiap orang adalah berbeza. Ada yang sudah boleh baca dan tahu sikit2 hukum tajwid, ada juga yang tak tahu hukum tajwid. Ada yang kenal huruf tetapi merangkak dalam bacaan dan tak tahu hukum tajwid. Ada yang makhraj huruf pun tak berapa jelas dan ada huruf2 Quran pun tak berapa mahir.
Soalan 1: Di manakah ustaz yang mengajar ingin mulakan. Basic? nanti yang sudah tahu boring dan rasa tak belajar apa2. 1x kelas...ok, 2x kelas...ok, 3x kelas....? sebaliknya jika mengajar yang lebih tinggi, adakah kita pasti yang lemah itu akan faham? 1x kelas...ok, 2x kelas..ok, 3x kelas...?Ini belum masuk soalan2 advance yang di tanya oleh pelajar yg menyebabkan pelajar belum mahir terasa sukar akan pelajaran pengajian bertajwid.
Soalan 2: Orang dewasa biasanya banyak urusan. Kadang2 terpaksa miss kelas. miss 1x..ok, miss 2x..ok lagi, miss 3x...? 4x..?
Soalan 3: Macam mana pulak dengan status keperibadian kita. Dato', CEO kompani, Pengurus, jawatan bawahan, operator kilang, kerani, Imam, bilal, perwatakan alim? dan berbagai lagi... adakah ini menjadikan kita pasif untuk bertanyakan soalan di dalam kelas? malu?
InsyaAllah Pengajian Kaedah Abata untuk dewasa mampu mengatasi masalah diatas dan masalah2 lain yang berkaitan.
Para ustaz/ah pengajian Quran bertajwid: Kami perlukan ramai ustaz/ah. InsyaAllah kami bercita-cita menjadikan guru Quran sebagai satu profession.
Para saudara seislam : Jika rasa tidak yakin bacaan quran anda, inilah masanya untuk bersama kami. Aggaplah yuran bulanan anda yang sedikit itu sebagai amal jariah untuk perkembangan ilmu pengajian Quran. Hubungi kami.
"Al Quran adalah kalam Allah dan perantara antara Pencipta dan Manusia, Adakah kita masih mahu menangguh-nangguh beberapa tahun lagi untuk mula pelajarinya sehingga kita tidak akan jumpa masa yang sesuai itu..."
Mohon share jika sependapat dengan saya...untuk manfaat para ustaz/ah dan yang tercari2 kaedah untuk belajar. Mereka belajar, anda dapat juga bahagian insyaAllah kerana mereka tahu daripada anda.
--------------------------------------------
http://wajibtajwid.com/
Belajar Tajwid Kaedah Abata
Ahmad Saipuddin Saat
cara mudah belajar membaca al-quran secara bertajwid dan berperingkat