Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam

Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam Faculty of Civil Engineering, UiTM website offers a variety of opportunities for communicating information about FKA to an extending audience.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-69 πŸ‡²πŸ‡ΎSemoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina Malay...
01/09/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang aman, maju dan sejahtera. Bersama kita menghargai perjuangan terdahulu dan melangkah ke hadapan dengan semangat perpaduan serta kecintaan kepada negara.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada,
Dekan & Seluruh Warga Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM

🏐 PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR NAHRIM & FKA UiTM 🏐Pada 24 Ogos 2026, telah berlangsung Perlawanan Persahabatan Bo...
26/08/2026

🏐 PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR NAHRIM & FKA UiTM 🏐

Pada 24 Ogos 2026, telah berlangsung Perlawanan Persahabatan Bola Tampar antara NAHRIM dan FKA UiTM bertempat di NAHRIM, Seri Kembangan, Selangor. Tahniah kepada pasukan FKA UiTM atas kemenangan dengan keputusan 3–0. Syabas juga kepada pasukan NAHRIM atas semangat juang, kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang perlawanan. πŸ’ͺ

Perlawanan ini turut mendapat kunjungan Pemangku Pengarah NAHRIM, Ir. Ts. Dr. Safari Hj. Mat Desa, yang juga merupakan Pengarah, River Basin Research Centre, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Kehadiran beliau turut memeriahkan suasana serta memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan.

Semoga perlawanan persahabatan ini terus mengeratkan hubungan silaturahim antara NAHRIM dan FKA UiTM, di samping menyemarakkan semangat kesukanan, persahabatan dan kerjasama pada masa akan datang.

🌊 1-DAY SHORT COURSE ON FLOOD MANAGEMENT IN MALAYSIA: CURRENT ISSUES, CONTROL MEASURES AND EMERGING TECHNOLOGIESProgram ...
19/08/2026

🌊 1-DAY SHORT COURSE ON FLOOD MANAGEMENT IN MALAYSIA: CURRENT ISSUES, CONTROL MEASURES AND EMERGING TECHNOLOGIES

Program β€œ1-Day Short Course on Flood Management in Malaysia: Current Issues, Control Measures and Emerging Technologies” telah diadakan pada 11 Ogos 2026 bertempat di Bilik Seminar Al Jazari, Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam.

Program ini dianjurkan oleh RIG Flood Control Research Group (FCRG), Fakulti Kejuruteraan Awam dengan kerjasama Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Program ini turut melibatkan barisan pakar termasuk Ir. Dr. Zaizatul Zafflina Mohd Zaki, Prof. Madya Ir. Dr. Gs. Jazuri Abdullah, Ir. Dr. Suzana Ramli, Ir. Dr. Nuryazmeen Farhan Haron, Mohd Syazwan Faisal Mohd., Ts. Dr. Irma Noorazurah Mohamad, Prof. Madya Janmaizatulriah Jani, Prof. Madya Ir. Dr. Jurina Jaafar dan Prof. Ts. Dr. Wardah Tahir.

Program ini telah berjaya menghimpunkan seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada wakil pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, NGO dan sektor swasta, termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), JPS Selangor, WWF Malaysia, Zaidun Leeng Sdn. Bhd., Dr Nik Associates Sdn. Bhd. dan lain-lain.

Program ini telah dibahagikan kepada lima modul utama yang disampaikan oleh pakar bidang masing-masing iaitu Modul 1: Understanding Flood Formation-Hydrology and Surface Runoff, Modul 2: Flood Issues In Malaysia: Trends and Challenges, Modul 3: Hydrological Modeling in Flood Management Perspectives, Modul 4: Global Best Practices In Flood Mitigation Strategies: Structural & Non-structural Measures, dan Modul 5: Smart Technologies for Flood Disaster Preparedness and Community Resilience-Big Data, AI and IoT.

Antara objektif program adalah memberi pendedahan tentang punca dan tren terkini banjir di Malaysia, memahami sistem pengurusan dan mitigasi banjir sedia ada, meneroka teknologi baharu dalam kawalan banjir seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet of Things (IoT), dan Smart Drainage dan meningkatkan kesedaran serta kesiapsiagaan peserta terhadap risiko bencana banjir.

πŸ† International Highest Early Strength Eco-Green Concrete Cube Competition (i-HESEGC) 2026Three students from the Facult...
16/08/2026

πŸ† International Highest Early Strength Eco-Green Concrete Cube Competition (i-HESEGC) 2026

Three students from the Faculty of Civil Engineering, UiTM Shah Alam participated in the International Highest Early Strength Eco-Green Concrete Cube Competition (i-HESEGC) 2026, held from 2–4 August 2026 at Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan.

The students representing UiTM were:
β€’ Muhammad Zaim Irfan Bin Mohd Zawawi
β€’ Valerian Danielle Anak Lawrence Macwell
β€’ Muhammad Arif Daniel Bin Mohd Shahrin

Throughout the competition, the team participated in concrete mixing, poster presentation and compression testing, gaining valuable hands-on experience in eco-green concrete technology.

Congratulations to the team for achieving the Bronze Award! πŸ₯‰πŸ‘

Special appreciation to Ir. Ts. Dr. Adiza Binti Jamadin for her involvement and support.

Well done to the team for representing UiTM! 🌟

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN FKA 2026Pada 12 Ogos 2026, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Fakulti...
15/08/2026

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN FKA 2026

Pada 12 Ogos 2026, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), UiTM dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam telah berjaya melaksanakan Latihan Pengungsian Bangunan sebagai persediaan menghadapi situasi kecemasan dan pelaksanaan Fire Drill fakulti.

Sepanjang latihan, para peserta telah didedahkan kepada asas keselamatan kebakaran, teknik pengendalian alat pemadam api, teknik menyelamat mangsa, penggunaan hos serta pelan tindakan kecemasan.

Terima kasih kepada pihak Bomba dan semua peserta atas kerjasama serta komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Keselamatan Anda, Tanggungjawab Bersama.

SESI PERKONGSIAN PANDUAN PERMOHONAN HAK CIPTA & PERLINDUNGAN HARTA INTELEKFakulti Kejuruteraan Awam (FKA), UiTM telah me...
14/08/2026

SESI PERKONGSIAN PANDUAN PERMOHONAN HAK CIPTA & PERLINDUNGAN HARTA INTELEK

Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), UiTM telah menganjurkan Sesi Perkongsian: Panduan Permohonan Hak Cipta dan Amalan Terbaik Perlindungan Harta Intelek pada 12 Ogos 2026, bertempat di Bilik CDIO, Aras 7, FKA.

Sesi yang disampaikan oleh Ts. Dr. Nuryazmeen Farhan Haron, Penyelaras EK & Inovasi FKA, telah memberi pendedahan kepada para pensyarah dan penyelidik mengenai tatacara permohonan hak cipta serta amalan terbaik dalam melindungi hasil karya akademik seperti bahan pengajaran, penerbitan, modul, infografik dan perisian.

Program anjuran Structural & Construction Materials Engineering (SCME), FKA UiTM ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga fakulti mengenai kepentingan perlindungan harta intelek dan hak cipta.

πŸŒ‰ UTM BRIDGE MODEL COMPETITION 2026Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah men...
13/08/2026

πŸŒ‰ UTM BRIDGE MODEL COMPETITION 2026

Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah menghantar tiga kumpulan pelajar untuk menyertai UTM Bridge Model Competition 2026 anjuran Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang telah berlangsung pada 10 Ogos 2026 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kontinjen UiTM terdiri daripada 13 orang pelajar di bawah bimbingan tiga orang pensyarah, iaitu Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Anizahyati binti Alisibramulisi, Ir. Ts. Dr. Oh Chai Lian dan Dr. Nadiah Saari.

Tiga kumpulan yang mewakili UiTM ialah UiTM ACES, CTRL dan Cactus Jack Engineering. Sepanjang pertandingan, para peserta mengaplikasikan pengetahuan dalam analisis dan reka bentuk struktur bagi menghasilkan model jambatan yang memenuhi spesifikasi pertandingan, di samping menguji kreativiti, kerja berpasukan dan keupayaan membuat keputusan teknikal.

Pertandingan ini menghimpunkan 20 kumpulan daripada 14 institusi pendidikan tinggi dari Malaysia dan Indonesia.

πŸ† Pencapaian Kontinjen FKA,UiTM:
πŸ₯ˆ UiTM ACES – Tempat Kedua
πŸ… CTRL – Tempat Keempat
πŸŽ–οΈ Cactus Jack Engineering – Tempat ke-18

Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan bagi Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM serta mencerminkan keupayaan pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan akademik dan kemahiran teknikal dalam persekitaran pertandingan yang kompetitif di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

πŸ‘Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan pensyarah pembimbing atas usaha, komitmen serta pencapaian cemerlang yang mengharumkan nama Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM.

Tahniah diucapkan kepada 29 orang warga Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), UiTM Shah Alam yang telah tersenarai dalam Top ...
07/08/2026

Tahniah diucapkan kepada 29 orang warga Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), UiTM Shah Alam yang telah tersenarai dalam Top 500 UiTM Authors by Rank berdasarkan data Scopus dan SciVal bagi tempoh 2020–2025.

Pencapaian ini mencerminkan usaha dan komitmen warga FKA dalam menghasilkan penerbitan ilmiah yang berkualiti serta berimpak. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan kepada seluruh warga fakulti untuk terus meningkatkan kecemerlangan dalam penyelidikan dan penerbitan.

Data dan maklumat lanjut boleh disemak melalui:
https://library.uitm.edu.my/research/bibliometrics/uitm-citation-metrics

b.p. Timbalan Dekan Penyelidikan & Jaringan Industri

Congratulations to Ir. Ts. Hjh. Dr. Wardati Hashim! πŸŽ‰The Faculty of Civil Engineering, Universiti Teknologi MARA (UiTM),...
05/08/2026

Congratulations to Ir. Ts. Hjh. Dr. Wardati Hashim! πŸŽ‰

The Faculty of Civil Engineering, Universiti Teknologi MARA (UiTM), extends its warmest congratulations to Ir. Ts. Hjh. Dr. Wardati Hashim on her appointment as Head of Postgraduate Studies (Recruitment & Admissions), Institut Pengajian Siswazah (IPSis) for the term 2 August 2026 – 31 July 2028.

Your dedication, leadership, and commitment to academic excellence are truly inspiring. We wish you every success as you lead postgraduate recruitment and admissions, and we are confident that your vision and expertise will further strengthen postgraduate education at UiTM.

May this new journey be filled with continued achievements and meaningful contributions to the university and the academic community.

Congratulations and best wishes! 🌟

πŸŽ‰ Heartiest congratulations to our dean, Prof. Ir. Ts. Dr. Che Khairil Izam Che Ibrahim on his appointment as Visiting P...
05/08/2026

πŸŽ‰ Heartiest congratulations to our dean, Prof. Ir. Ts. Dr. Che Khairil Izam Che Ibrahim on his appointment as Visiting Professor at the College of Arts, Technology and Environment, University of the West of England (UWE Bristol), United Kingdom, from 1 August 2026 to 31 July 2029.

This prestigious appointment reflects his outstanding academic leadership, professional expertise, and significant contributions to international research and collaboration. The Faculty of Civil Engineering, Universiti Teknologi MARA (UiTM), is proud to celebrate this remarkable achievement.

Wishing him continued success in strengthening global academic partnerships, advancing impactful research, and inspiring future generations.

Congratulations and well deserved, Prof.! πŸ‘πŸŒπŸŽ“

InternationalCollaboration ResearchImpact GlobalEngagement UiTMDiHatiku

Address

Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA UiTM Shah Alam
Shah Alam
40450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam:

Shortcuts

Share