Persatuan Alumni Undang - Undang Universiti Teknologi MARA

Directions Contact the university

Persatuan Alumni Undang - Undang Universiti Teknologi MARA Ini merupakan FB Page Rasmi Persatuan Alumni Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UITM)(Baru)

Laman FB ini diwujudkan sebagai platform penghubung di antara alumni dan juga Fakulti Undang-undang (yang dahulunya dikenali sebagai Fakulti Pentadbiran dan Undang-undang) untuk makluman aktiviti terkini Persatuan dan Fakulti. Laman ini dikendalikan oleh Encik Muhammad Umar, Setiausaha Persatuan Alumni (Batch 2006/2007). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Encik Muhammad Umar di [email protected]. Semua alumni dijemput untuk menjadi ahli Persatuan dengan mengisi borang permohonan keahlian di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdrcLYSMqcewKPv4SjRfB2jyZKXsRqTt55KVxlW0q5g3jadqA/viewform .

🎓 BACK TO FACULTY: ALUMNI SUPPORT PROGRAMME 💜💛Jom bersama-sama menyumbang demi kebajikan dan kecemerlangan warga Fakulti...
15/10/2026

🎓 BACK TO FACULTY: ALUMNI SUPPORT PROGRAMME 💜💛

Jom bersama-sama menyumbang demi kebajikan dan kecemerlangan warga Fakulti Undang-Undang UiTM!

Fakulti Undang-Undang UiTM mengalu-alukan sokongan dan sumbangan daripada para alumni melalui inisiatif Back to Faculty: Alumni Support Programme bagi memperkukuh ekosistem pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kebajikan pelajar.

Sumbangan alumni boleh disalurkan dalam dua bentuk utama:

💻 Sumbangan Peralatan Pembelajaran
Menyumbang peralatan, kemudahan dan keperluan pembelajaran seperti komputer riba, buku serta bahan akademik yang bersesuaian.

💜 Sumbangan Kewangan
Membantu memenuhi keperluan kebajikan pelajar, termasuk bantuan makanan, yuran pengajian dan bentuk bantuan lain yang bersesuaian, tertakluk kepada keperluan serta ketetapan pihak universiti.

Setiap sumbangan, tanpa mengira jumlah atau bentuknya, amat bermakna dalam membantu melahirkan graduan undang-undang yang cemerlang serta memastikan kebajikan pelajar terus terpelihara.

Marilah kita bersama-sama mengeratkan hubungan antara alumni dengan fakulti dan meneruskan legasi kecemerlangan UiTMLaw. Sekali warga UiTMLaw, selamanya keluarga UiTMLaw! 💜💛

📲 Untuk maklumat lanjut dan saluran sumbangan, sila imbas kod QR pada poster atau layari:

https://forms.gle/sztZkgU3PKYd1scXA

📸 Instagram:

JEMPUTAN KE UiTM ALUMNI BACK TO CAMPUS (FUN WALK & ICAN CAR BOOT SALE 2026)Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Ja...
03/10/2026

JEMPUTAN KE UiTM ALUMNI BACK TO CAMPUS (FUN WALK & ICAN CAR BOOT SALE 2026)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menganjurkan UiTM Alumni Back to Campus (Fun Walk & ICAN Car Boot Sale 2026) sebagai salah satu pengisian bagi menyokong Majlis Peluncuran Alumni Back to Campus (ABC) Peringkat Kebangsaan 2026 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.

2. Program ini merupakan platform untuk menghimpunkan alumni dalam suasana yang santai dan inklusif, mengeratkan hubungan sesama alumni serta memperkukuh hubungan antara alumni dengan universiti.

3. Sehubungan itu, para alumni UiTM dengan sukacitanya dijemput untuk menyertai program ini seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.15 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tempat: Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam
🚶 Fun Walk: 3 KM mengelilingi UiTM (peta akan diberikan selepas pendaftaran)
💰 Yuran Penyertaan: RM35 seorang
📌 Pautan Pendaftaran Fun Walk: https://forms.gle/XeQrKwyznpCMU87j9

Peserta Fun Walk akan menerima T-shirt acara, selempang “UiTM Alumni Back to Campus” dan medal.

Selain itu, program turut menyediakan ICAN Car Boot Sale sebagai ruang kepada alumni untuk menjalankan aktiviti jualan serta berkongsi produk bersama warga UiTM dan komuniti. Alumni yang berminat untuk menyertai ICAN Car Boot Sale adalah dijemput untuk mendaftarkan diri sebagai penjual seperti ketetapan berikut:

💰 Kadar Penyertaan: RM90 / petak
⚠️ Penyertaan adalah terhad kepada 10–15 petak sahaja.
📌 Pautan Pendaftaran ICAN Car Boot Sale: https://forms.gle/qQk24qpDkXJwTGBt9

Pihak ICAN amat mengalu-alukan penyertaan para alumni dalam menjayakan program ini sebagai wadah untuk kembali ke alma mater, mengeratkan jaringan serta memperkukuh hubungan berterusan antara alumni dan UiTM. Dilampirkan aturcara program untuk rujukan. Aturcara ini adalah tertakluk kepada perubahan.

Ayuh alumni, kita kembali ke kampus!

Sekian, terima kasih atas perhatian dan sokongan yang diberikan.

Alumni First. Always A Home Wherever You Roam. 💜💛

Mari bersama-sama menyumbang kepada TABUNG ALUMNI PRIHATIN RM5 ‘KELANGSUNGAN PENGAJIAN MAHASISWA' Fakulti Undang-Undang....
02/10/2026

Mari bersama-sama menyumbang kepada TABUNG ALUMNI PRIHATIN RM5 ‘KELANGSUNGAN PENGAJIAN MAHASISWA' Fakulti Undang-Undang.

Sumbangan alumni ke dalam Tabung ini akan dimanfaatkan oleh pelajar Fakulti Undang-Undang untuk memastikan kebajikan mereka terjaga.

Setiap sumbangan yang diberikan akan terus menerima resit untuk tujuan Pengecualian Cukai Di Bawah Subseksyen 44(6) ACP 1967.

1. DISCLAIMER Universiti Teknologi MARA (UiTM) is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. 2. SECURITY POLICY Data Protection The latest technology includes data encryption to protect data and compliance to strict security standards are ma...

Terima kasih YAB Perdana Menteri di atas kunjungan ke UiTM dan berkongsikan berita baik kepada Universiti dan juga para ...
27/09/2026

Terima kasih YAB Perdana Menteri di atas kunjungan ke UiTM dan berkongsikan berita baik kepada Universiti dan juga para alumni.

Persatuan Alumni Undang-Undang UiTM diwakili oleh YBhg Dato' Amirul Rahman Abdul Rahim, Timbalan Pengerusi Persatuan.

Tahniah kepada Persekutuan Alumni Universiti Teknologi MARA Malaysia dan ICAN Pej. Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni ICAN, UiTM di atas kejayaan penganjuran program ini.

26/08/2026

Innalillahwainnalillahirojiun.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Pn Noraziah Abdul Jabar, mantan Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang UiTM yang telah menghembuskan nafas terakhir di PPUM hari ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan roh para syuhada.

Jenazah akan dibawa ke Surau Adeeniah PPUM dan selepas itu akan dibawa ke Kuantan untuk pengebumian selepas solat Asar.

Update setakat 4.30 petang: Jenazah dalam perjalanan ke Masjid Tok Sira, Kuantan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan Pahang.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. *JEMPUTAN MENGISI KAJIAN PASARAN: PROGRAM DOKTOR FALSAFAH (UNDANG-UNDANG) (LW95...
10/08/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

*JEMPUTAN MENGISI KAJIAN PASARAN: PROGRAM DOKTOR FALSAFAH (UNDANG-UNDANG) (LW951), FAKULTI UNDANG-UNDANG, UiTM*

Merujuk kepada perkara di atas, pihak Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini sedang melaksanakan penilaian dan semakan semula kurikulum bagi program Doktor Falsafah (Undang-Undang) (LW951).

Sehubungan dengan itu, pandangan dan maklum balas daripada pihak YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan amatlah berharga bagi memastikan penawaran program ini kekal relevan, kompetitif, serta memenuhi kehendak industri dan pasaran semasa. Mohon kerjasama untuk melengkapkan borang kajian pasaran menerusi pautan di bawah:

*📌 Pautan Borang Kajian Pasaran:*
• *Pihak Industri / Pemegang Taruh: https://forms.gle/ie3G6HX2dbnYemoC8*

⏱️ *Masa Pengisian: Anggaran 3-5 minit.*
Kerjasama dan sumbangan idea daripada pihak YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

Assalamualaikum and Warmest Greetings from UiTMLaw. Dear Respondent, The Faculty of Law at Universiti Teknologi MARA (UiTMLaw) is conducting a market study to assess the relevance, industry demand, and strategic alignment of its Doctor of Philosophy in Law (LW951) program. This survey gathers insigh...

UCAPAN TAHNIAHPersatuan Alumni Undang-Undang UiTM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada dua orang ...
21/07/2026

UCAPAN TAHNIAH

Persatuan Alumni Undang-Undang UiTM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada dua orang alumni Fakulti Undang-Undang UiTM atas pelantikan mereka sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 14 Julai 2026 yang lepas.

Yang Arif Tuan Mohamad Nor Azam Rashid bin Zainol Rashid
(LLB (Hons) 1992-1995)

dan

Yang Arif Puan Helina binti Sulaiman
(ADIL 1995)

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap kecemerlangan, integriti serta dedikasi di dalam bidang perundangan dan kehakiman negara. Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan keluarga besar Alumni Undang-Undang UiTM, malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga Fakulti Undang-Undang UiTM dan generasi bakal peguam serta hakim pada masa hadapan.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keadilan kepada Yang Arif berdua dalam melaksanakan amanah yang mulia demi menegakkan kedaulatan undang-undang serta keadilan di Malaysia.

Selamat menjalankan tugas.

Pengerusi
Persatuan Alumni Undang-Undang Universiti Teknologi MARA

Persekutuan Alumni Universiti Teknologi MARA Malaysia Pej. Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni ICAN, UiTM

09/07/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

​Dengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan bahawa Puan Habibah Kiprawi, bekas Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang UiTM telah kembali ke rahmatullah di Hospital UiTM Puncak Alam sebentar tadi.

​Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

​Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga mereka diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

*********

*كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ*
*Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati*
Ali Imran ayat 185

Maklumat Kematian:

*إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ*
*Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami Kembali*
Al-Baqarah ayat 156

*Nama:* HABIBAH BINTI KIPRAWI
-

*Tarikh:* 09/07/2026
-

*Hari/Masa:* 23.30pm
-

*Alamat:* NO. 12 JALAN PULAU ANGSA U10/32H.
BANDAR NUSARHU
SHAH ALAM SELANGOR
-

*Umur:* 65 TAHUN
-

*Sebab Kematian:* KENSER USUS
-

*Waris:* ABD MUBIN HARUN
-

Doa untuk Jenazah Muslimin:
*اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ*

Doa untuk Jenazah Muslimat:
*اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا*

*Aturcara Pengurusan Jenazah:*

*Ambil Jenazah:*
- Bilal Farriz
- Hopital Uitm Puncak Alam

*Mandi & Kafan:*
- 11.00 am

*Solat Jenazah:*
- Selepas solat Jumaat

*Tempat:*
- Masjid Ar Raudhah U10 Puncak Perdana

*Kubur:*
- Tanah perkuburan Islam Meru

*Sebagai satu kariah yang bersatu hati, marilah kita hadir bersama dalam solat jenazah ini sebagai tanggungjawab fardu kifayah.*

*Ganjaran Solat dan Mengiringi Jenazah*

*عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا فَإِنَّه يَرْجِعُ مِنْ الْأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ*

*Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: “Barangsiapa mengiringi jenazah seorang muslim, kerana iman dan mengharapkan balasan dan dia bersama jenazah tersebut ketika disolatkan dan sehingga selesai dari penguburannya, maka dia pulang dengan membawa dua qirat, setiap qirat setara dengan gunung Uhud (satu pahala yang besar). Dan barangsiapa menyembahyangkannya dan pulang sebelum dikuburkan maka dia pulang membawa satu qirat”* (HR Bukhari No: 45) Status: Sahih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Bahagian Arkib Universiti (BARU) Jabatan Perpustakaan UiTM dengan sukacitanya menjem...
10/06/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bahagian Arkib Universiti (BARU) Jabatan Perpustakaan UiTM dengan sukacitanya menjemput seluruh warga UiTM serta masyarakat umum untuk mengikuti program Bual Bicara Alumni yang menampilkan tokoh alumni yang pernah menyumbang kepada pembangunan institusi pendidikan negara.

🎙️ Bual Bicara Alumni

Bersama:
Tuan Haji Mohammad Bokhari bin Shariff
Mantan Ketua Kajian Pentadbiran dan Undang-Undang ITM (1979–1983)

📅 Tarikh: 10 Jun 2026 (Rabu)
🕛 Masa: 12.00 Tengah Hari

Program ini merupakan platform perkongsian pengalaman, kenangan dan pandangan tokoh alumni dalam menghayati sejarah serta warisan institusi yang telah membentuk kecemerlangan Universiti Teknologi MARA.

✨ "Menghayati Warisan, Membina Masa Depan"

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar sendiri kisah, pengalaman dan inspirasi daripada alumni yang pernah menjadi sebahagian daripada sejarah kegemilangan ITM dan UiTM.

📺 Sertai siaran langsung melalui:

YouTube Perpustakaan UiTM : https://www.youtube.com/watch?v=8HS9rJzMon4

Facebook Perpustakaan UiTM : https://www.facebook.com/events/1798237417562860

Kehadiran dan penyertaan tuan/puan amat dialu-alukan.

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Jabatan Perpustakaan UiTM

_Assalamualaikum dan Salam Sejahtera responden-responden yang dihormati_, Kami merupakan sekumpulan penyelidik dari Faku...
18/05/2026

_Assalamualaikum dan Salam Sejahtera responden-responden yang dihormati_,

Kami merupakan sekumpulan penyelidik dari Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, yang sedang menjalankan satu penyelidikan bagi menilai keberkesanan sistem pelantikan kehakiman di Malaysia di bawah kajian bertajuk _Kajian Komparatif Sistem Pelantikan Kehakiman_. Soal selidik ini bertujuan untuk mengumpul pandangan, tahap pemahaman, dan pendapat anda berhubung isu-isu berkaitan proses pelantikan kehakiman, termasuk aspek ketelusan, tadbir urus, dan keyakinan awam.

Penyertaan dan kerjasama anda dalam perkara ini adalah sangat dihargai.

Link Borang Kaji Selidik: https://www.surveymonkey.com/r/RKZR3ZZ

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Dr. Ikmal Hisham bin Md Tah
Ketua Penyelidik
Email: [email protected]

Take this survey powered by surveymonkey.com. Create your own surveys for free.

Address

Faculty Of Law, Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
40450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Alumni Undang - Undang Universiti Teknologi MARA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Persatuan Alumni Undang - Undang Universiti Teknologi MARA:

Shortcuts

Share