21/09/2026
π DRAMA SEBABAK: LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
"Biar putih tulang, jangan putih mata! Tanah air ini milik kami!" π₯
Durasi video : 11-12 Minit
Lokasi: Kawasan Bukit KVSB
Watak:
1. Leftenan Adnan (Pejuang Melayu, gagah & tidak mengaku kalah)
2. Pegawai Tentera Jepun (Angkuh, tegas, menggunakan prop pedang)
3. Beberapa Pejuang Melayu / Askar Melayu
4. Beberapa orang Tentera Jepun
Suasana gempak dan mendebarkan menyelubungi dewan semasa tayangan Gimik Penutupan Bulan Kemerdekaan 2026!
Lakonan sebabak Leftenan Adnan Wira Bangsa berjaya membawa penonton kembali ke medan tempur Bukit Chandu 1942.
Babak Paling Mencuri Tumpuan: Keangkuhan tentera musuh yang memandang rendah pejuang kita: π£οΈ "Zamaa miro! Kore ga, Nihon no tennΕ ni sakaratta mono no matsuro da!" (Padan muka kau!
Inilah kesudahan bagi mereka yang menentang Maharaja Jepun!)
Namun, semangat pahlawan negara tidak sesekali padam! Walaupun diasak dan dihina, kebangkitan semula Leftenan Adnan bersama Jalur Gemilang menjadi simbolik teguhnya kemerdekaan yang kita nikmati hari ini.π²πΎ
........
SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH πΈ
Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas dedikasi serta sumbangan karya daripada Jawatankuasa Pelaksana Unit Bahasa Melayu KVSB bagi Pementasan Drama Sebabak "Leftenan Adnan Wira Bangsa"
π¬ Pengarah: Cikgu Mazlin binti Mohamed
π¬ Penolong Penerbitan: Cikgu Fatin Syamira binti Shamsull
π‘ Idea Asal: Cikgu Norlida binti Mat Som
βοΈ Penulis Skrip: Cikgu Mazlin dan Cikgu Fatin Syamira
π¨ Pembuat Prop: Cikgu Arwina, Cikgu Alawiah, Cikgu Noriedah,Cikgu Sariwati dan Cikgu Zulkesham
Setinggi-tinggi kepujian atas ketelitian, kreativiti, dan pengorbanan masa dalam menterjemahkan karya ini sehingga menghasilkan pementasan yang berimpak tinggi dan penuh emosi. Semoga usaha murni ini terus menyemarakkan semangat patriotisme dalam jiwa kita semua! π²πΎβ¨
Jom saksikan!!
Penonton boleh mengimbas qr code yang diberikan.
Link video :
https://drive.google.com/file/d/17lw-wbvLSSR3sJFoP8lAVpUQBDq47s65/view
Selamat menonton DRAMA SEBABAK LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA