06/10/2026
๐๐๐ฆ๐๐ข๐ง๐ ๐๐ฎ๐๐๐ฒ๐ ๐๐๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ก๐ฌ๐ข๐๐ก: ๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง ๐๐ ๐๐ข ๐
๐๐ค๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ข ๐๐๐ข๐ง๐ฌ ๐๐๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐๐ญ (๐
๐๐), ๐๐ข๐๐
Keharmonian persekitaran akademik dan profesional tidak hanya dibina menerusi kecemerlangan teoretikal, malah berteraskan nilai adab, empati, dan integriti yang tinggi.
Sejajar dengan aspirasi ini, Fakulti Sains Maklumat (FSM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan rasminya melancarkan Kempen 3S: Senyum, Sapa dan Salam membawa tema:
"Budaya Positif, Mahasiswa Berintegriti, FSM Lebih Harmoni"
Teras Utama Kempen 3S:
๐น Senyum (Tanda Mesra, Buka Hati): Menterjemahkan keikhlasan, ketenangan, serta sikap positif dalam mewujudkan suasana interaksi yang mesra dan kondusif.
๐น Sapa (Tanda Prihatin, Bina Hubungan): Memupuk kesopanan dan keterbukaan untuk merapatkan silaturahim serta mengukuhkan semangat kekeluargaan warga FSM.
๐น Salam (Tanda Hormat, Pupuk Adab): Menerapkan nilai murni dan penghormatan menerusi ucapan salam yang santun sesama rakan, pensyarah, dan staf.
Inisiatif ini turut memperluaskan amalan 3S ke ruang digital (secara maya) menerusi etika berkomunikasi yang berhemah dalam setiap mesej, komen, dan perkongsian dalam talian.
Maklumat Pelancaran:
๐ Tarikh: 4 Julai 2026
๐จ Sempena: Program WALK WITH ART 2.0: TURNOVER A NEW LEAF
๐ค Disempurnakan oleh: Prof. Ts Dr Norhayati Hussin, Dekan Fakulti Sains Maklumat (FSM)
Mari bersama-sama membudayakan amalan 3S demi membentuk komuniti akademik yang cemerlang dan harmoni.