Media Himsak

Directions Contact the university

Media Himsak Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) sebuah badan NGO yang menghimpunkan graduan anak Kelantan

๐Œ๐„๐‘๐€๐…๐€๐Š ๐’๐„๐Œ๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡Keluarga Besar Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) merafakan sembah dan...
01/10/2026

๐Œ๐„๐‘๐€๐…๐€๐Š ๐’๐„๐Œ๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡

Keluarga Besar Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) merafakan sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena:

Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-57
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V
Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim

Mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat, hidayah, kurniaan kesihatan yang berpanjangan, serta bersemayam di atas takhta singgasana kerajaan Negeri Kelantan dengan penuh keagungan, kedaulatan, dan kesejahteraan.

Daulat Tuanku! ๐Ÿ‘‘โœจ

Sembah Takzim daripada:
Barisan Kepimpinan & Ahli Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK)

Assalamualaikum..Kita berkongsi kelebihan puasa sunat hari Isnin dan Khamis..InshaAllah..semoga bermanfaat..
01/10/2026

Assalamualaikum..
Kita berkongsi kelebihan puasa sunat hari Isnin dan Khamis..
InshaAllah..semoga bermanfaat..

28/09/2026

๐€๐‹-๐…๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐‡ | ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡

Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) merakamkan ucapan takziah kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali ke rahmatullah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikan beliau serta menempatkan roh beliau bersama para solihin.

Semoga seluruh keluarga dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan yang amat disayangi ini.

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐ˆ๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ฌ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š
๐‡๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐’๐ข๐ฌ๐ฐ๐š๐ณ๐š๐ก ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง (๐‡๐ˆ๐Œ๐’๐€๐Š)

๐—›๐—”๐—ฃ๐—ฃ๐—ฌ ๐—•๐—œ๐—ฅ๐—ง๐—›๐——๐—”๐—ฌ ๐—ง๐—ข๐—ž ๐—ฃ๐—” !!!๐ŸŽ‚Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Y.Bhg. Datoโ€™ Sri Mustapa Mohamed...
25/09/2026

๐—›๐—”๐—ฃ๐—ฃ๐—ฌ ๐—•๐—œ๐—ฅ๐—ง๐—›๐——๐—”๐—ฌ ๐—ง๐—ข๐—ž ๐—ฃ๐—” !!!๐ŸŽ‚

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Y.Bhg. Datoโ€™ Sri Mustapa Mohamed atau lebih mesra dengan panggilan TokPa atas segala budi, jasa, perhatian dan keprihatinan yang telah dicurahkan kepada HIMSAK selama hampir 20 tahun.

Sepanjang tempoh tersebut, Datoโ€™ Sri bukan sekadar menjadi Penaung, malah sentiasa memberikan dorongan, pandangan dan perhatian dalam memastikan HIMSAK terus berkembang serta menjadi wadah yang menyatukan para siswazah dan anak-anak Kelantan.

Sesungguhnya, segala jasa dan budi Datoโ€™ Sri amat kami hargai dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan seluruh warga HIMSAK.

Sempena ulang tahun kelahiran ini, kami mendoakan agar Datoโ€™ Sri dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dilimpahkan keberkatan serta terus diberikan kekuatan untuk menabur bakti kepada agama, bangsa, negeri dan negara.

Selamat Hari Lahir, Y.Bhg. Datoโ€™ Sri. Terima kasih kerana terus menjaga dan membimbing HIMSAK selama hampir dua dekad.

Jasa Datoโ€™ Sri tetap kami kenang, budi Datoโ€™ Sri tetap kami junjung.

๐ˆ๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ฌ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š:

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐“๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข & ๐’๐š๐Ÿ ๐Š๐ž๐ฉ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง๐š๐ง ๐‡๐ˆ๐Œ๐’๐€๐Š ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง

22/09/2026

Alhamdulillah..Tahniah kpd Tan Sri.. ๐Ÿ˜€

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ‘63 tahun Malaysia terbina sejak 16 September 1963.Enam dekad yang lalu menyaksikan Malaysi...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ‘

63 tahun Malaysia terbina sejak 16 September 1963.

Enam dekad yang lalu menyaksikan Malaysia melalui pelbagai perubahan dan cabaran. Walaupun Singapura tidak lagi bersama Malaysia sejak 1965, negara ini terus melangkah dengan kekuatannya sendiri, membina nama dan kedudukan yang semakin gah di persada dunia.

Malaysia terus membangun dengan berusaha mencapai keseimbangan antara kemajuan ekonomi, pendidikan, kesejahteraan rakyat serta keharmonian masyarakat yang berbilang kaum dan budaya. Perjalanan ini tidak sentiasa mudah, namun titik kebahagiaan dan keamanan harus terus dicari dan dipertahankan bersama.

Dalam mendepani cabaran zaman, kita perlu sentiasa menjaga maruah, kedaulatan dan kepentingan negara. Perbezaan politik, kaum dan pandangan tidak seharusnya menjadi sebab kita menggadaikan nilai kebersamaan sebagai sebuah bangsa Malaysia. Pada masa yang sama, segala cabaran berkaitan keselamatan, integriti, migrasi dan kepentingan rakyat hendaklah ditangani dengan tegas, adil dan berlandaskan undang-undang.

Buat seluruh mahasiswa dan generasi muda,

Nama Malaysia telah dikenali dan dihormati di serata dunia. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan nama baik negara terus terpelihara. Jadilah generasi yang berilmu, berintegriti dan berjiwa patriotik dengan menghayati serta mengamalkan Rukun Negara dalam kehidupan.

Malaysia bukan sekadar sebuah negara yang kita diami, tetapi tanah air yang kita warisi dan akan kita serahkan kepada generasi seterusnya.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Malaysia Ke-63.
Ayuh kita terus menjaga Malaysia, demi masa hadapan bersama.

Ikhlas daripada

๐‘ฏ๐’Š๐’Ž๐’‘๐’–๐’๐’‚๐’ ๐‘บ๐’Š๐’”๐’˜๐’‚๐’›๐’‚๐’‰ ๐‘ฒ๐’†๐’๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’ (๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ด๐‘บ๐‘จ๐‘ฒ)

โ€œ๐‘ท๐’†๐’๐’†๐’“๐’‚๐’‹๐’– ๐‘ท๐’†๐’“๐’–๐’ƒ๐’‚๐’‰๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’ ๐‘ซ๐’Š ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’โ€

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡๐ˆ๐ง๐ง๐š๐ฅ๐ข๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐ฐ๐š๐ข๐ข๐ง๐š ๐ˆ๐ฅ๐š๐ก๐ข ๐ก๐ข๐ซ๐จ๐ฃ๐ข๐ฎ๐ง...ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽโ€œSesungguhnya kami adalah mil...
09/09/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡

๐ˆ๐ง๐ง๐š๐ฅ๐ข๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐ฐ๐š๐ข๐ข๐ง๐š ๐ˆ๐ฅ๐š๐ก๐ข ๐ก๐ข๐ซ๐จ๐ฃ๐ข๐ฎ๐ง...

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

โ€œSesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.โ€
(Surah Al-Baqarah: 156)

Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam atas tragedi nahas helikopter perkhidmatan doktor udara di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, yang telah meragut nyawa lima insan ketika mereka sedang melaksanakan amanah dan khidmat bakti kepada masyarakat di pedalaman.

Pemergian mereka merupakan satu kehilangan yang amat menyayat hati. Mereka pergi dalam perjalanan melaksanakan tugas, membawa misi kemanusiaan dan memberikan khidmat kesihatan kepada mereka yang memerlukan.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh kesemua mangsa, mengampuni segala dosa dan kesalahan mereka, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Buat seluruh keluarga yang ditinggalkan, semoga dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ

๐‘ฐ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’” ๐’…๐’‚๐’“๐’Š ๐’Œ๐’‚๐’Ž๐’Š :

๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ด๐‘ท๐‘ผ๐‘ต๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฐ๐‘บ๐‘พ๐‘จ๐’๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘จ๐‘ต (๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ด๐‘บ๐‘จ๐‘ฒ)

*** Laporan terkini mengesahkan kesemua lima mangsa telah ditemukan, manakala proses pengenalpastian rasmi sedang dijalankan; punca nahas masih dalam siasatan.

01/09/2026

๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

๐ˆ๐๐๐€ ๐‹๐ˆ๐‹๐‹๐€๐‡๐ˆ ๐–๐€ ๐ˆ๐๐๐€ ๐ˆ๐‹๐€๐ˆ๐‡๐ˆ ๐‘๐€๐‰๐ˆ'๐”๐

Dengan penuh rasa dukacita dan sedih, Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) merakamkan ucapan salam takziah yang setulusnya kepada seluruh ahli keluarga Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha Raja Abdullah atas pemergian beliau ke negeri abadi.

Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga dan sahabat handai, malah kepada dunia akademik dan pendidikan tinggi negara.

Allahyarham merupakan anak jati Kelantan yang dilahirkan di Machang, Kelantan pada 26 Disember 1954. Sepanjang perjalanan kehidupannya, beliau telah mengharumkan nama negeri Kelantan melalui kecemerlangan ilmu, kepakaran serta sumbangan besar beliau dalam dunia akademik.

Allahyarham merupakan seorang tokoh ilmuwan yang mempunyai kepakaran dalam bidang Ekonomi Sumber, Ekonomi Perikanan dan Ekonomi Sumber Asli. Beliau berkhidmat di Universiti Putra Malaysia sejak tahun 1981 dan sepanjang kerjayanya telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam bidang pengajaran, penyelidikan serta pembangunan pendidikan tinggi negara. Beliau juga menghasilkan lebih daripada 100 penerbitan ilmiah dan menyelia ramai pelajar siswazah dari dalam serta luar negara.

Antara pencapaian paling besar dalam perjalanan akademik dan kepimpinan beliau ialah pernah berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) dan seterusnya menerajui Universiti Putra Malaysia sebagai Naib Canselor dari tahun 2006 hingga 2010. Sumbangan dan kepakaran beliau turut mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, khususnya dalam bidang ekonomi sumber dan perikanan.

Pengurniaan gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Putra Malaysia merupakan antara pengiktirafan terhadap jasa, ilmu dan sumbangan besar beliau kepada universiti, negara dan dunia akademik.

Kejayaan beliau menjadi bukti bahawa anak Kelantan mampu berdiri tinggi, menyumbang ilmu dan memimpin institusi pendidikan negara dengan penuh wibawa.

Sesungguhnya ilmu yang telah dicurahkan, pelajar yang telah dididik, penyelidikan yang telah dihasilkan serta jasa yang telah ditaburkan akan terus menjadi sebahagian daripada legasi Allahyarham untuk generasi mendatang.

HIMSAK mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa dan kesilapannya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan soleh.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ

Ikhlas daripada:

๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ด๐‘ท๐‘ผ๐‘ต๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฐ๐‘บ๐‘พ๐‘จ๐’๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘จ๐‘ต (๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ด๐‘บ๐‘จ๐‘ฒ)

๐‘ท๐’†๐’๐’†๐’“๐’‚๐’‹๐’– ๐‘ท๐’†๐’“๐’–๐’ƒ๐’‚๐’‰๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’ ๐‘ซ๐’Š ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พKemerdekaan bukan sekadar menyaksikan Jalur Gemilang berkibar megah di lan...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Kemerdekaan bukan sekadar menyaksikan Jalur Gemilang berkibar megah di langit, bukan sekadar laungan Merdeka! yang bergema setiap kali tibanya tanggal keramat.

Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila jiwa, pemikiran, budaya dan masa depan bangsa tidak mudah dijajah oleh sesiapa.

Jangan kita terlalu bangga mengatakan negara ini telah lama merdeka, sedangkan pemikiran kita mudah dipengaruhi, budaya kita semakin hilang arah dan prinsip kita sanggup digadai hanya kerana suapan serta kepentingan pihak asing.

Jangan mudah menjual maruah negara demi habuan sementara.

Jangan mudah percaya kepada politik yang menjadikan fitnah sebagai senjata, janji kosong sebagai umpan dan kebencian sebagai modal untuk meraih sokongan.

Lebih membimbangkan apabila kita mula melihat tuduhan dijadikan kebiasaan, sedangkan kebenaran belum disiasat dan fakta belum dibuktikan. Jika keadaan seperti ini terus dinormalisasikan, akhirnya bukan sahaja individu yang menjadi mangsa, malah kepercayaan rakyat terhadap sistem dan pengurusan negara turut akan rosak.

Cukuplah negara ini melalui terlalu banyak persengketaan dan huru-hara akibat kita lebih gemar mencari siapa yang harus dipersalahkan daripada bersama-sama mencari jalan untuk memperbaiki keadaan.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Kepada anak-anak Kelantan yang berada di menara gading,

Jangan sesekali lupa kepada tangan-tangan tua yang pernah membesarkan kita.

Di sebalik kejayaan kita hari ini, ada ibu dan ayah yang pernah mengikat perut, berjaga malam, berkorban tenaga dan mengetepikan impian mereka sendiri supaya anak-anak mendapat pendidikan dan masa depan yang lebih baik.

Balaslah segala pengorbanan itu dengan ilmu yang membawa tanggungjawab, bukan dengan sikap taksub sehingga dibutakan oleh satu pihak sahaja.

Kita yang diberi peluang menuntut ilmu sepatutnya menjadi golongan yang lebih matang dalam menilai.

Bukan sekadar tahu membaca, tetapi tahu memahami.
Bukan sekadar pandai bercakap, tetapi tahu membezakan fakta dan fitnah.
Bukan sekadar mempunyai ilmu, tetapi mempunyai kebijaksanaan untuk menggunakan ilmu demi masa depan.

Orang cerdik pandai bukan mereka yang sentiasa menganggap pihaknya sahaja benar. Orang cerdik pandai ialah mereka yang berani menilai kebenaran walaupun kadangkala kebenaran itu tidak memihak kepada kelompok yang disokongnya.

Negara ini memerlukan generasi yang mampu berbeza pandangan tanpa menjadi musuh.

Generasi yang tidak mudah dibeli.

Generasi yang tidak mudah diperalat.

Dan generasi yang tidak akan membenarkan sesiapaโ€”sama ada dari dalam atau luar negaraโ€”menjajah pemikiran, memecah-belahkan masyarakat dan menentukan masa depan tanah air kita.

Sempena Hari Kemerdekaan ke-69 ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah.

Merdekakan pemikiran daripada kebencian.
Merdekakan diri daripada ketaksuban.
Merdekakan negara daripada kepentingan yang sanggup menggadaikan maruah bangsa.

Kerana sesungguhnyaโ€ฆ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Kemerdekaan yang diwarisi tanpa dipertahankan, suatu hari nanti mungkin hanya tinggal sebagai sejarah yang diceritakan kepada generasi akan datang.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69
Semoga ruh perjuangan kemerdekaan sentiasa mekar di hati kita selamanya.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada :

๐‘ฏ๐’Š๐’Ž๐’‘๐’–๐’๐’‚๐’ ๐‘บ๐’Š๐’”๐’˜๐’‚๐’›๐’‚๐’‰ ๐‘ฒ๐’†๐’๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’ (๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ด๐‘บ๐‘จ๐‘ฒ)

๐ŸŒ™โœจ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ๏ทบ โœจ๐ŸŒ™12 Rabiulawal 1448H / 2026MAssalamualaikum dan salam sejahtera.Sempena mempering...
25/08/2026

๐ŸŒ™โœจ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ๏ทบ โœจ๐ŸŒ™

12 Rabiulawal 1448H / 2026M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda ๏ทบ serta menghayati sunnah dan akhlak mulia yang telah diwariskan kepada kita.

โค๏ธ Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW bukan sekadar pada ucapan, tetapi diterjemahkan melalui akhlak, tutur kata, perbuatan dan cara kita menjalani kehidupan.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ๏ทบ

Semoga kita semua dikurniakan hati yang sentiasa dekat dengan Rasulullah SAW, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan keberkatan serta mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ๏ทบ
Semoga cinta kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati kita. ๐ŸŒฟ๐Ÿ’š

Address

Seksyen 7
Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media Himsak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Media Himsak:

Shortcuts

Share