10/06/2026
MESYUARAT STRATEGIK PEMBANGUNAN CENTRE OF EXCELLENCE (CoE) EMERGING TECHNOLOGY
π
10 Jun 2026
π₯ 10.30 pagi β 12.30 tengah hari
TVET MARA S*k telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama wakil Bahagian Kemahiran Teknikal (BKT) MARA dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi meneroka penubuhan Centre of Excellence (CoE) dalam bidang Emerging Technology.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Encik Zulkifli Haji Zakaria, Pengarah TVET MARA S*k, Puan Rosnani binti Mohd Rosdi selaku wakil BKT MARA, Dr. Radin Zaid Radin Umar, Encik Nazreen Abdullasim serta pasukan pengurusan TVET MARA S*k.
Perbincangan memberi fokus kepada pembangunan ekosistem teknologi masa hadapan meliputi Kecerdasan Buatan (AI), Keselamatan Siber, Digital Twin, Internet of Things (IoT), Realiti Maya (VR) dan teknologi Industri 4.0. Turut dibincangkan adalah potensi kerjasama strategik antara TVET MARA dan UTeM dalam aspek pembangunan bakat, penyelidikan, inovasi, perkongsian kepakaran serta pengukuhan kompetensi tenaga pengajar.
Inisiatif ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada penubuhan CoE yang berupaya memperkasakan pendidikan TVET dan melahirkan modal insan berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan industri masa hadapan.
TVET MARA S*k β Memacu Kecemerlangan Teknologi, Melahirkan Bakat Masa Hadapan.
*k