Maahad Dini Sultan Abdul Halim

Maahad Dini Sultan Abdul Halim Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Maahad Dini Sultan Abdul Halim, Kampung Belantik, Sik.

Maahad Dini Sultan Abdul Halim merupakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kelolaan Lembaga Zakat Negeri Kedah yang mengutamakan pendidikan anak-anak asnaf negeri Kedah.

Keselamatan di sekolah bukan tugas guru semata-mata, tapi tanggungjawab semua.Melalui Program 5 Minit Kesedaran Keselama...
10/05/2026

Keselamatan di sekolah bukan tugas guru semata-mata, tapi tanggungjawab semua.

Melalui Program 5 Minit Kesedaran Keselamatan Sekolah, para pelajar diberi peringatan ringkas tetapi sangat penting tentang kepentingan menjaga keselamatan diri, rakan-rakan dan persekitaran sekolah.

Perkongsian telah disampaikan oleh Encik Zainuddin bin Abdul Majid, PK HEM Maahad Dini Sultan Abdul Halim.

*k

Orang kata, “Kadang-kadang bukan hadiah yang paling diingati, tapi siapa yang bersama meraikannya.”Alhamdulillah, selesa...
06/05/2026

Orang kata, “Kadang-kadang bukan hadiah yang paling diingati, tapi siapa yang bersama meraikannya.”

Alhamdulillah, selesai berlangsung Sambutan Hari Lahir murid dan guru bagi bulan Januari hingga April dalam suasana santai.

Walaupun simple, tapi benda macam ni lah yang buat sekolah terasa lebih dekat dan bermakna. Ada gelak tawa, ada muka malu bila nama dipanggil, dan paling penting rasa dihargai sebagai sebahagian daripada keluarga sekolah.

Selamat hari lahir buat semua yang diraikan. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan terus diberi semangat untuk belajar serta berbakti dengan baik.

*k

03/05/2026
Tahniah. Ucapan tahniah diucapkan kepada Saudara Muhammad Jufri Aiman bin Nor Azwan atas lantikan sebagai Timbalan Yang ...
03/05/2026

Tahniah.

Ucapan tahniah diucapkan kepada Saudara Muhammad Jufri Aiman bin Nor Azwan atas lantikan sebagai Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Kedah Jordan (MPKJ) dan Saudara Muhammad Naim bin Mahadzir atas lantikan sebagai Perwakilan Irbit, Majlis Perwakilan Kedah Jordan (MPKJ) bagi sesi 2026 / 2027.

Seterusnya kepada Saudara Saudara Muhammad Haziq bin Zamri atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Kolej Malinja, UITM Cawangan Kedah.

Semoga amanah yang diberi dapat dijalankan dengan penuh dedikasi serta dapat memupuk semangat ukhwah dan perpaduan sesama mahasiswa seterusnya dapat menyumbang kepada pembinaan masyarakat Islam yang lebih tersusun.

Di Sini Lahirnya Daie Ummah

Selamat Hari Pekerja1 Mei 2025Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pekerja yang menjadi tulang belakang pemb...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja
1 Mei 2025

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.

Dedikasi, integriti dan semangat juang anda adalah pemacu kepada kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Malaysia.

Bersama kita memperkukuh budaya kerja cemerlang demi merealisasikan aspirasi negara yang maju, berdaya saing dan sejahtera.

“Kerja Ikhlas, Negara Gemilang.”

Semoga setiap usaha diberkati dan terus menyumbang ke arah masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Penantian berkunjung Tiba, Kami Juara! Akhirnya pecah telur jugak kali pertama jadi juara selepas kali ke-5 sukan diadak...
29/04/2026

Penantian berkunjung Tiba, Kami Juara!

Akhirnya pecah telur jugak kali pertama jadi juara selepas kali ke-5 sukan diadakan! Memang bukan rezeki biasa ni, tapi hasil usaha, semangat dan “fight” habis-habisan dari semua ahli rumah. Dari trek sampai ke tepi padang, semua bagi padu!

Orang kata, “kalau tak give up, giliran kita tetap akan sampai.”
Dan tahun ni… memang giliran Hijau!

Kejohanan Sukan dan Olahraga Maahad Dini Sultan Abdul Halim Kali Ke-5 (2026) sampai ke kemuncaknya hari ini dengan penuh...
29/04/2026

Kejohanan Sukan dan Olahraga Maahad Dini Sultan Abdul Halim Kali Ke-5 (2026) sampai ke kemuncaknya hari ini dengan penuh semangat dan warna-warni!

Sejak bermula pada Isnin, 27 April 2026, padang sekolah dah jadi “medan perjuangan” ada yang kejar pingat, ada yang kejar masa, dan ada juga yang kejar nafas tapi itulah nikmatnya sukan, semua bagi yang terbaik!

Perasmian kejohanan disempurnakan oleh En. Muhammad Shahril bin Mohamad Ghzazali YDP PIBG Maahad Dini Sultan Abdul Halim yang sentiasa menyokong penuh aktiviti sekolah dari akademik sampai ke padang, semua kita nak buat betul-betul

Apa yang lebih penting, bukan sekadar siapa paling laju atau paling kuat, tapi siapa yang paling semangat, paling konsisten dan paling tak mudah mengalah. Sorakan rumah sukan, gelak tawa kawan-kawan, dan semangat berpasukan itu semua yang buat kejohanan ni hidup.

Seperti kata orang, “Menang itu bonus, berjuang itu wajib.”

Tahniah kepada semua peserta, guru-guru dan urus setia yang menjayakan kejohanan ini dari awal sampai kemuncak. Penat tu memang penat, tapi kenangan tu mahal

Jumpa lagi tahun depan insyaAllah dengan semangat yang lagi padu!

*k

Pemimpin bukan dilahirkan, tetapi dibentuk melalui cabaran dan pengalaman.”Kata-kata penuh semangat ini menjadi penguat ...
25/04/2026

Pemimpin bukan dilahirkan, tetapi dibentuk melalui cabaran dan pengalaman.”

Kata-kata penuh semangat ini menjadi penguat jiwa dalam Majlis Penutup Kem Kepimpinan dan Organisasi, Badan Kepimpinan Murid (BKM) Maahad Dini Sultan Abdul Halim yang telah berlangsung pada 23 hingga 25 April 2026 bertempat di Kem Seri Juluk Resort, Naka.

Kem ini menjadi medan membina jati diri, memupuk semangat kepimpinan serta mengukuhkan organisasi dalam kalangan pemimpin pelajar. Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang mencabar fizikal, menguji mental serta membentuk keyakinan diri sebagai pemimpin masa hadapan.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Idris bin Mohd Yussoff, Ketua Pegawai Operasi, Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat Kedah (LEPSAZ), yang turut memberikan suntikan motivasi agar para pemimpin pelajar terus berperanan sebagai agen perubahan dalam sekolah dan masyarakat.

Semoga segala pengalaman yang diperoleh sepanjang kem ini menjadi bekalan berharga dalam memimpin dengan amanah, berkhidmat dengan ikhlas dan terus menyebarkan kebaikan di mana sahaja berada.

*k

“Al-Quran diangkat bukan hanya dengan suara dan tulisan, tetapi dengan hati yang mencintainya.”Mahrajan Al-Quran, Nasyid...
25/04/2026

“Al-Quran diangkat bukan hanya dengan suara dan tulisan, tetapi dengan hati yang mencintainya.”

Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (MQNKSS) Peringkat Daerah S*k 2026 menyaksikan semangat dan kesungguhan para pelajar dalam mengangkat syiar Al-Quran melalui bakat dan kemahiran masing-masing.

Alhamdulillah, warga sekolah berjaya mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila Mohd Aqil bin Mohd Afifi muncul sebagai johan dalam acara Khat kategori lelaki seterusnya melayakkan diri ke peringkat negeri dan Nurul Farhana bin Mohd Solishudin meraih tempat ketiga dalam Khat kategori perempuan

Muhammad Aslam bin Mohd Ariff dan Ummi Nuwairoh binti Masri masing-masing memperoleh tempat kelima dalam acara Tilawah kategori lelaki dan perempuan.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh dan melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Tahniah kepada semua!

*k

Pengajian Umumi, Surau Abdullah Hashim, Maahad Dini Sultan Abdul Halim.MDSAH dengan kelolaan Sahsiah Unggul Murid (SUMUR...
19/04/2026

Pengajian Umumi, Surau Abdullah Hashim, Maahad Dini Sultan Abdul Halim.

MDSAH dengan kelolaan Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) mengadakan pengajian umumi mingguan khusus buat murid MDSAH.

Tujuan penganjuran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid berkenaan kaedah belajar secara turath dan menambah pengetahuan murid berkenaan agama melalui sistem ini.

Tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru MDSAH sendiri iaitu :
1. Ustaz Khairul Anwar bin Aziz - Ketua Panitia Mata Pelajaran Al-Syariah
2. Ustaz Mohd Naim bin Hamid - Ketua Panitia Pendidikan Islam.
3. Ustaz Mohd Suhaib bin Ab Rashid - Guru Mata Pelajaran Bahasa Arab.
4. Ustaz Mohamad Sholiheen Rahman bin Mohamad Noor - Ketua Panitia Usul Al-Din.

Semoga penganjuran ini dapat menambah pengetahuan murid dan meningkatkan penghayatan murid terhadap agama Islam seterusnya dapat membentuk sahsiah murid ke arah yang diimpikan.

'' Di Sini Lahirnya Daie Ummah"

Address

Kampung Belantik
Sik
08210

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6047520170

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Dini Sultan Abdul Halim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Maahad Dini Sultan Abdul Halim:

Share