11/10/2026
β TVET TAHFIZ 2026: MCSA BARISTA SERVICE β PERKHIDMATAN BARISTA (COFFEE) MODUL 2
Pada 11 Oktober 2026 (Ahad), telah berlangsung Kursus TVET Tahfiz 2026: MCSA Barista Service β Perkhidmatan Barista (Coffee) Modul 2 yang memberikan pendedahan kepada peserta tentang asas dunia kopi dan kemahiran profesional seorang barista. Kursus ini merangkumi pengenalan kepada biji kopi, jenis-jenis kopi, peralatan barista, teknik pengisaran biji kopi, penyediaan espresso serta pengenalan kepada minuman berasaskan kopi seperti Americano, Cappuccino dan Latte.
Peserta turut didedahkan kepada teknik milk steaming dan milk frothing, termasuk penghasilan tekstur susu yang sesuai untuk pelbagai jenis minuman kopi. Selain itu, peserta mempelajari jenis susu yang lazim digunakan dalam penyediaan kopi, antaranya susu penuh krim (full cream milk), susu rendah lemak (low-fat milk), susu bebas laktosa (lactose-free milk) serta susu berasaskan tumbuhan seperti susu soya, oat dan badam. Pemilihan susu yang sesuai amat penting bagi menghasilkan tekstur, buih dan rasa yang seimbang dalam setiap cawan kopi.
Kursus ini turut menekankan aspek kebersihan dan keselamatan makanan, penjagaan serta penggunaan peralatan kopi, sukatan bahan yang tepat, konsistensi kualiti minuman dan etika perkhidmatan pelanggan. Peserta berpeluang membina kemahiran asas dalam penyediaan minuman kopi serta memahami kepentingan kreativiti, ketelitian dan komunikasi dalam kerjaya sebagai barista.
Kursus ini dikendalikan oleh Muhd Aminuddin Azizan selaku Tenaga Pengajar, dibantu oleh Laila Najwa bt Yahaya sebagai Pembantu Tenaga Pengajar, dengan penyelarasan oleh Norlia binti Md Bidi, Penyelaras PSH, dan Norain @ Fauzana binti Mohd Bokori, Penyelaras PISH. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kompetensi peserta, membuka peluang keusahawanan serta memperluas prospek kerjaya dalam industri kopi dan makanan serta minuman (F&B).