28/11/2021
📌Posting ketiga📌
Tema : Cabaran Etika dalam menangani Pandemik COVID-19
Cabaran etika sektor kerajaan dalam menangani covid 19
Cabaran etika yang dihadapi sepanjang Covid-19 ini banyak mendatangkan permasalahan,🤯 dan salah satunya adalah permasalahan dalam sektor kerajaan. 🏢Tahun ini
seharusnya adalah tahun dimana meletakkan Malaysia 🇲🇾 dalam peta global 🗺 sebagai negara maju serta berkembang setanding dengan negara-negara maju yang lain. Namun sebaliknya ,negara kita telah dilanda dengan virus covid-19 😷 dan hal ini demikian boleh dikatakan bahawa tahun 2020 adalah tahun yang mempunyai pelbagai pancaroba 😓🙅🏻♀️ jika dinilai dari segi cabaran
ke atas pertumbuhan🌳 dan daya tahan sebuah kerajaan dalam mentadbir negara.🧑🏻✈️ Ia adalah rentetan yang berlaku sejak beberapa
tahun kebelakangan ini yang berpunca samaada di peringkat global 🌎 dan dalam negara sendiri.🇲🇾 Namun begitu , dalam mendepani krisis ini, kita sebagai individu yang prihatin 🤝 dan berhemah tinggi haruslah menjaga etika dan adab 🙇🏻♀️masing - masing walau berada dalam apa dua keadaan. Seterusnya, dibawah terdapat beberapa cabaran etika sektor kerajaan dalam menangani covid19 :
1. Kemorosotan ekonomi
Pada pasca-covid, ekonomi negara juga telah mendapani krisis yang sangat menduka citakan.😔 Hal ini demikian disebabkan ,perintah kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasakan di seluruh negara pada fasa pertama 1️⃣ sewaktu kes covid19 meningkat 📈 secara mendadak. 😱 Dalam mendepani cabaran ini , pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memberi bantuan🤝 kepada rakyat yang terjejas dengan akibat covid 19 😷 ini. Setiap lapisan masyarakat, syarikat-syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) turut berperanan besar 😻 dalam membantu antara satu sama lain untuk memutuskan✂️ rantaian wabak ini serta menjaga kesejahteraan rakyat.😊🤝 Sebagai contoh , beberapa buah hotel 🏨telah menawarkan kepada kerajaan untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin. 🏢Malah,dinamika kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan turut jelas apabila mereka melakukan persiapan seperti mengambil kakitangan khususnya doktor 👨🏻⚕️di hospital swasta untuk merawat pesakit-pesakit covid19 di hospital kerajaan 🏩 dengan menawarkan gaji dan elaun yang tinggi.💰💰 Di samping itu, kerajaan juga telah memberi banyak insentif kepada rakyat misalnya seperti bantuan prihatin rakyat. Oleh itu , dalam waktu kritikal dalam mendepani wabak covid 19 ini, pihak kerajaan telah melakukan tindakan yang proaktif 🏃🏻supaya ekonomi negara dapat pulih 😷semula seperti sediakala.❤️🩹
2. Pengurusan ruang
Bunyinya agak asas, tetapi pada hakikatnya keperluan ruang pada pasca-covid sudah tentu memberi implikasi yang besar kepada kos 💵 dan tenaga ⚡️pekerja akibat daripada pekerja yang bekerja dari rumah🏡 (BDR). BDR ini dilaksanakan merentasi pelbagai kementerian serta agensi dan kerajaan negeri. Pendekatan ini adalah norma baharu untuk penjawat awam 👨💼secara amnya dan mempunyai kelebihan dan kelemahan sendiri. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa , apabila pekerja bekerja dari rumah , isu kejujuran dan komitmen terhadap kerja 💪🏻sering menjadi masalah utama 😓 kepada ketua atau kakitangan. Hal ini telah menyebabkan,ada segelintir pihak pengurusan yang masih dengan menggunakan kaedah prosedur lama dengan mengadakan mesyuarat dan perbincangan secara fizikal di pejabat. 🏣Umum, mengetahui perkidmatan awam adalah antaran pemilik ruang terbesar dalam negara. Kos bebanan kerajaan akan meningkat 📈 berkadar langsung dengan kepenggunaan ruang asbab berkurangan akibat BDR. Walau bagaimanapun,adalah kurang tepat 😓 jika kita fikir BDR perlu dihentikan 🙅🏻♀️ secara total malahan ia perlu diteruskan dengan pendekatan yang lebih berorientasikan produktiviti dan man-hours yang diperlukan untuk menyelesaikan projek dan permasalahan yang lebih inovatif.
3. Pihak Berkuasa Keselamatan
Hero 🦸🏻♂️ ini bukan sahaja memastikan Malaysia 🇲🇾 kekal aman dan selamat malah mereka sanggup berhujan 🌧 dan berpanas ☀️ untuk memastikan rakyat Malaysia 🇲🇾 kekal patuh kepada undang-undang khususnya di bawah Perintah Kawalan Pergerakan yang dilancarkan. Baik pasukan Polis 👮🏻♂️Diraja Malaysia mahupun Angkatan Tentera Malaysia, mereka berkawal⚔️ untuk memastikan masyarakat umum selamat🛡 berada di rumah 🏡sepanjang tempoh perintah yang menyokong penjarakan 🤜🏻🤛🏻 sosial itu dilaksanakan.Selain itu,ada yang terpaksa kembali bekerja dan cuti mereka dibekukan semata-mata untuk anda semua selamat ⛑ daripada ancaman COVID-19. 😷🦠 Meskipun ada masyarakat yang masih 'nakal' 🙅🏻♀️ mengingkari perintah itu, namun mereka tetap memberi layanan yang baik 🤗 namun tegas, supaya undang-undang itu dipatuhi.Di samping itu,mereka juga sangat komited dan amanah dalam menjalankan tugas sambil menjaga etika mereka sebagai seorang petugas keselamatan 👮🏼♀️👨🏻⚕️walaupun mereka berada dalam keadaan yang memenatkan. 😓Terima kasih 🤝kepada semua pihak berkuasa yang terlibat. Oleh itu, kita sebagai rakyat yang prihatin mestilah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. 🏣
Kesimp**annya, dalam melalui pandemik covid19 ini ,kita mestilah berganding bahu dan bekerjasama 🤝 untuk keluar dari belengggu ini. Sebagai rakyat yang prihatin, kita mestilah mematuhi segala peraturan 📜 yang telah ditetapkan demi keselamatan ⛑ dan kesejahteraan negara. 🇲🇾 Akhir sekali kita semua mestilah menjaga etika dan adab dengan melatih diri menjadi seorang individu yang bertanggungjawab dan berhati -hati ☝🏻 atas setiap tindakan yang dilakukan.
Disediakan oleh :
Mahirah (281657 )
Afifa Nur Aisya (281660)