10/12/2021
Tajuk: GELANDANGAN
Topik: KESAN-KESAN GELANDANGAN
Nama : NORZAIMAH BINTI MOHD BADRI
No. Matrik : 282446
1. INDIVIDU
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kita dapat melihat orang kita sendiri menjadi gelandangan disebabkan mereka telah hilang pekerjaan dan kekurangan makanan. Faktor kawasan yang tidak selamat dan tidak bersih untuk tidur, ketiadaan atau kekurangan air minuman yang selamat, sisa makanan yang tidak bersih dan makanan yang dikumpul daripada tong sampah juga menjadi salah satu kesan buruk kepada individu gelandangan di Malaysia ini. Jangkitan penyakit seolah-olah menjadi suatu perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak jalanan. Kanak-kanak jalanan juga mengalami masalah fizikal yang berkaitan dengan tempat tinggal seperti kekurangan tandas.
Akibat daripada isu gelandangan ini juga, keselamatan orang gelandangan akan terjejas. Orang gelandangan akan menghadapi masalah kesihatan yang agak teruk, seperti mana yang kita lihat, kebanyakan orang gelandangan akan tertagih pada dadah dan juga minum arak. Kehidupan gelandangan memberi impak negatif kepada kesejahteraan dan kefungsian sosial kehidupan individu yang bergelandangan.
Dalam kajian Mohd Suhaimi Mohamad, Khaidzir Ismail dan Nasrudin Subhi (2016) menunjukkan kebanyakan gelandangan yang ditempatkan di pusat pemulihan mengalami tahap kebimbangan dan tahap kemurungan yang tinggi. Dalam kajian yang sama, pengkaji mengatakan antara faktor yang menyebabkan masalah mental inilah akan menyebabkan tekanan hidup yang terlalu tinggi, kurangnya sokongan sosial, sikap sambil lewa terhadap masalah mental dan kekurangan pengetahuan terhadap perkhidmatan kesihatan dalam komuniti. Sebagai contoh, seseorang individu yang menjadi gelandangan sebelum umur 50 tahun mempunyai kelaziman yang tinggi untuk mengalami masalah mental dan masalah penggunaan bahan dan mengalami kesukaran melakukan aktiviti yang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.
2. MASYARAKAT
Selain itu, pembangunan ekonomi dan sosial yang tidak sekata pada masa yang sama akan menyebabkan masyarakat juga kekurangan pekerjaan yang sesuai berdasarkan kelayakan yang mereka ada. Kehadiran gelandangan di sekitar ibu negara terutama di lokasi tarikan pelancong jika tidak dibendung berpotensi akan memberi impak yang tidak menyenangkan terutama daripada aspek imej dan keselamatan kepada warga kota dan pelancong. Ianya hanya akan melahirkan masyarakat tidak produktif, enggan berubah dan tidak kisah dengan kehidupan yang miskin. Sehubungan dengan itu, masyarakat juga ingin bebas daripada keluarga dan tanggungjawab. Isu gelandangan juga berlaku disebabkan oleh kemiskinan individu dan keluarga.
Kehadiran mereka di lokasi-lokasi terbabit terutama yang menjadi tumpuan pelancong jelas sedikit sebanyak boleh mengundang rasa kurang selesa orang ramai selain mencemar pemandangan. Sebagai contoh, kawasan Masjid Jamek yang termasuk dalam lingkaran pembangunan River Of Life, adalah antara lokasi yang kerap dikunjungi pelancong serta penduduk tempatan termasuk pada waktu malam.
Ini kerana kehadiran mereka bukan sahaja memberi imej yang kurang baik, malah sikap sebilangan mereka yang tidak menjaga kebersihan akan mendatangkan tanggapan tidak enak kepada orang luar yang mengunjungi lokasi-lokasi terbabit. Tambahan p**a kerajaan pada tahun ini menyasarkan kehadiran 30 juta pelancong antarabangsa ke negara ini dan Kuala Lumpur adalah antara lokasi yang menjadi tumpuan utama pelancongan.
3. NEGARA
Isu gelandangan kini menjadi salah satu masalah nasional sejak pandemik Covid-19 ini menular. Seperti golongan rentan yang lain, isu gelandangan perlu dipandang serius kerana ianya akan memberi kesan kepada ekonomi negara melalui sektor pelancongan. Sekiranya, isu ini ditangani dengan baik, bukan saja ia dapat meningkat pendapatan negara, malah ia juga berpotensi untuk meningkatkan kualiti sesebuah kerajaan.
Kebiasaannya, golongan gelandangan ini tinggal di persekitaran kurang bersih seperti di bawah jambatan, di kaki lima, perhentian bas, bangunan yang ditinggalkan dan sebagainya. Kesan yang agak ketara daripada situasi tersebut adalah imej negara akan terjejas dan akan mengakibatkan ekonomi negara terjejas.