MPU 1013 Etika Dan Peradaban Kumpulan 1 I A211

MPU 1013 Etika Dan Peradaban Kumpulan 1 I A211 Fb page bagi tugasan kumpulan 1 MPU103 Etika Dan peradaban sesi A211 (I) Oleh Dr Muhammad.

USAHA DALAM MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME
13/12/2021

USAHA DALAM MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME

KEPENTINGAN MENYEMAI SEMANGAT PATRIOTISME
13/12/2021

KEPENTINGAN MENYEMAI SEMANGAT PATRIOTISME

CABARAN DALAM MEMUPUK SEMANGAT PATRIOSTISME🔴Cabaran yang pertama ialah kurang kesedaran generasi muda. Terdapat banyak g...
22/11/2021

CABARAN DALAM MEMUPUK SEMANGAT PATRIOSTISME

🔴Cabaran yang pertama ialah kurang kesedaran generasi muda. Terdapat banyak generasi muda yang tidak mempunyai kesedaran tentang patriostisme dalam hati mereka. Hal ini dikatakan kerana mereka tidak menghargai apa yang telah dilakukan oleh pejuang terdahulu.

🔴Generasi muda sekarang tidak menikmati subjek Sejarah merupakan salah satu cabaran yang dihadapi untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Subjek Sejarah merupakan subjek yang mangajar perjuangan tokoh-tokoh terdahulu kepada generasi muda. Apabila generasi muda tidak menikmati subjek Sejarah, maka mereka tidak akan mengambil perhatian dalam apa perjuangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh.

🔴Pengaruh media massa juga merupakan cabaran dalam memupuk patriotisme dalam kalangan masyarakat. Terdapat ramai orang yang tidak mempunyai semangat patriotisme meluahkan perasaan tidak sayang akan negara melalui media massa. Hal ini mempengaruhi generasi muda yang berfikiran tidak matang lagi. Mereka akan ikut apa yang mereka jumpa melalui media massa tanpa fikir perkara itu betul atau salah. Dengan ini, semangat patriotisme sukar untuk ditanam dalam kalangan generasi muda dengan adanya pengaruh media massa.

Posting: TEE JIN SHENG (276908)

APA ITU PATRIOTISME 🤔❓Patriotisme didefinisikan sebagai sebuah sikap yang positif dan sentiasa menolong ataupun membantu...
18/11/2021

APA ITU PATRIOTISME 🤔❓

Patriotisme didefinisikan sebagai sebuah sikap yang positif dan sentiasa menolong ataupun membantu tanah air sendiri oleh beberapa orang tokoh. Tanah air mahupun ibu pertiwi mungkin dilihat sebagai suatu bandar atau sebuh rantau namun bagi patriotisme ia bermaksud bangsa atau negata.

Patriotisme lebih jelas merupakan sebuah perasaan yang cinta akan negara dan juga tanah air. Namun begitu, patriotisme juga bukan sekadar semangat, tetapi ia merupakan sesuatu yang agung melibatkan soal keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian, kemerdekaan, jati diri dan kedaulatan.

Oleh itu semangat mahupun nilai patriotisme ini penting bagi mengharmonikan sesebuah negara. Seperti dalam konteks Malaysia, kita sedia maklum bahawa patriotisme merupakan elemen penting dalam proses mengekalkan perpaduan.
Oleh itu, tidak hairanlah jika kita tegaskan bahawa patriotisme adalah tunjang perpaduan masyarakat.

" Rakyat dengan hati yang tabah hendaklah menegakkan satu bangsa dan satu negara, memandang ke hadapan dengan penuh keyakinan akan mencapai keamanan dan kemakmuran, kesentosaan dan kebahagiaan" - Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (BH 7 Ogos 2009)

Posting: NUR SYAFEEZA ATIQAH BT NASIR (271800)

Jangan jadikan semangat patriotisme sebagai simbolik semata! Perpaduan dalam kepelbagaian kaum menjadikan Malaysia negar...
18/11/2021

Jangan jadikan semangat patriotisme sebagai simbolik semata! Perpaduan dalam kepelbagaian kaum menjadikan Malaysia negara yang jitu dan unik.

13/11/2021

Address

Sintok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPU 1013 Etika Dan Peradaban Kumpulan 1 I A211 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share